Wednesday, December 30, 2009

kami kepanasan..meletop!!

"panas..panas..panas.. kaklin..!! "
jeritan dari luar kedengaran... sambil termengah2 aku tgk staf aku berlari menuju masuk opis aku..

"hoh, guane neh" tanya aku dengan nada agak sopan...
" ekon tadop... jeng.." staf menjawab pertanyaan dengan jujur...

HAH...EKON TADAK!! purak-purak terkejut.. tapi siyes aku tak sedor pun ekon tadak.. tak panas pulak aku rasa.. cecceeecee cam mendapat berkat jer.. huhuhu

aku berjalan dengan penuh gaya kesopanan dan kesusilaan menuju bilik ekon sambil cuba membise

"urm., ekon no 3 jgn buka.. bunyi..buka yang no 1,2, dan 4 je ." selepas aku cuba check2 button tu..nampaknya berjaya disitu ..setelah 5 minit menunggu result...

"brooooooooooooooooooomm ngeeeeeeeee" uiks... alamak meletop..!!!

haish awak nih tak meletop agi la.. aku berpura macho sambil gelak pada staf aku yang aku syak agak pucat muka dia..!! kesian dia.. okay ..saya tahu la..nak settle..sambil menilik phone mendial.....

"encik technician...tulum..ekon meletop..waaaaaa..kami hampir terbakar"
( sambil membuat sedikit gempak supaya cik techinician cepat sampai )


love is in the air,



esok 31hb...Disember 09...



waaa..esok dah 31hb Disember 2009.. dah nak abis tahun.. sedang aku duk pikir apa perkara baik buruk yang aku dah buat tahun nih.. pk pk takder yang istimewa sangat ... tapi tahun nih takdak lah teruk sangat bagi aku.. semua baik2 jer ..lusa dah nak tahun baru..esok belum tentu aku dapat update blog mane taknyer.. esok bos datang opis nak buat semua clearance account untuk tutup account 2009.. aku dah agak dah aku mesti sibuk gila babas...!! waaa...tapi pehal pun esok aku dah booking kat hotel renaissance untuk buffet lunch .sempena aku nak merayakan penghujung tahun dengan diri aku sendiri.. waaa bestnya ...agak2 udang ada tak esok.. sotong.. kerang.. tiram..perghhh lambat pulak esok.. dan untuk tahun baru aku dah booking kek awal2 lagi dari hotel renaissance jugak dan masih menggunakan voucher hotel.. kek tu untuk aku menyambut tahun baru untuk diri aku sendiri.. semoga lah kan tahun baru membawa lebih kebaikan dan manfaat buat aku.. lebih2 lagi harap2 gaji naik.. $$$$..


apapun, pada korang yang dah tercapai hajat pada tahun 2009..
tahniah lah ..hebat korang
mane yang masih tak berjaya cam aku tu...beter luck next time.. huhu

love is in the air,



Tuesday, December 29, 2009

ini adalah edisi paling perasan

aku rasa ini adalah paling perasan aku post ... 
ditujukan kepada lelaki di luar sana..

kalau korang rasa aku cantik,
aku nak ucapkan terima kasih,
kalu korang rasa aku sombong,
urm.. korang mesti tak kenal aku,
kalu korang rasa aku baik pulak,
korang mmg betul lah ..sah sah itu aku....

kalau korang rasa korang nak rapat ngan aku,
aku terima je dengan hati yang terbuka,
kalu korang rasa nak buat jahat kat aku,
aku harap korang tahu..Tuhan nampak korang tu,

kalau korang kata aku nih frenly,
ada orang sebenarnya dah kata aku too frendly,
kalau korang kata aku mesra,
aku pun rasa mesra tapi aku bukan gedik.

kalu korang rasa korang nak ngorat aku,
mak aih, baik korang jangan cuba,
kalu korang tanya aku kenapa,
sebab aku rasa..kita lebih elok berkawan jer.

kalu korang nak tahu bile aku nak available,
aku nih senang cakap tak available sampai bile-bile,
kalau korang nak jugak berharap,
aku rasa aku tak peduli pun  sebab aku dah cakap..

korang kalu rasa nak cakap i labiu,
aku rasa cam nak sepak je korang,
korang kalau nak jugak menggatal ngan aku,
nih aku nak jawab.. aku single tapi not available..keh keh keh

okay tamat.. moral dia korang jgn rasa apa2.. hihi

apapun, kita kawan tak simpan hati...!! 

love is in the air,



post tak bertajuk...

kadang aku harap ada orang yang bakal memahami bagaimana perwatakan aku yang sebenarnya.. tapi mane lah nak cari orang yang betul-betul boleh memahami begitu.. sebanyak mana orang tu cuba memahami mungkin suatu hari pemahaman dia akan berubah jugak...

aku seorang yang berkawan dengan sesiapa saja dan aku percaya bahawa kawan yang aku jumpa dalam virtual seperti facebook dan friendster adalah mereka yang mempunyai karektor sendiri dan mereka meluahkan dalam facebook mereka.. mungkin ada antara nya menjadi rapat dan mungkin ada diantaranya hanya add sebagai kawan atau mereka mungkin nak memenuhi senarai kawan ..untuk menunjuk ramai peminat mungkin...!!

bukan dengan semua orang aku boleh rapat ... namun aku tahu bila aku rapat aku sungguh mesra.. senang untuk mesra tapi itu hanyalah sekadar mesra dengan teman walaupun hanya teman virtual..bukankah kita digalakkan untuk berbaik2... bukankah dengan virtual kita juga boleh menjadi karib...???

kepada dia.... apa pun jua perkataan yang digunakan dari saya untuk seorang teman saya, saya mengharapkan bahawa kamu memahami bahawa cara pergaulan saya mungkin berbeza dari kamu.. namun saya merasakan saya masih tidak melampau batas sebagai seorang teman.. !! saya tidak tahu sama ada kamu cemburu, kamu binggung atau kamu merasakan saya salah.. tapi tindakan kamu membiarkan saya berada dalam keadaan tanda tanya adalah tidak sedikit pun menyenangkan saya.. kerana saya cukup merasa terganggu dengannya..

kerana sahabat aku yang membaca post ini.. aku ingin sekali bertanya.. adakah .. perkataan.-perkataan. sayang.. muahss.. sayang ko.. rindu lah kat ko.. cukup pelik untuk korang ucapkan pada seorang sahabat.. kalau korang rasa perkataan yang diatas adalah salah untuk aku ucapkan pada seorang teman.. maknanya memang salah lah aku.. dan ianya mungkin kerana kita berbeza...

last..muahss untuk korang semua yang sudi membaca,..aku dah blur2 ubi menulis neh... :P

love is in the air,



Menangani Putus C.I.N.T.A ...melalui al quran...

sedang aku bekerja ... aku sempat melayari internet as usually aaa..aku tertarik ngan satu blog nih.. yang tajuk yang dia post kat topik dia ... 

PETUA MENANGANI SUASANA "FRUST BERCINTA" DARIPADA AL-QURAN...

pada aku biasalah adat bercinta..putus cinta semua tu dah jadi lumrah kehidupan tapi yang penting bagaimana kita menanganinya.. menjadikan semua keperitan sebagai satu landasan untuk menjadi lebih kuat.. urm..dari blog ti aku amek sedikit sebanyak.. copy pastu pasal tak tahu nak edit tang mana...apapun korang yang frust.. silalah amek sebagai pedoman..

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.
Nota kaki :
———-
[1] http://hadith.al-islam.com ; Sunan Tirmizi : 3305
[2] http://hadith.al-islam.com ; Sahih Bukhari : 7008
[3] http://hadith.al-islam.com; Sahih Bukhari : 5926

ihsan :http://webblog.myjodoh.net/

love is in the air,




Monday, December 28, 2009

aku dan games...

aku rasa hidup aku nih lately penuh dengan games jer.. huhu.. mane tak nyer hampir semua zynga games aku nak main.. tu tak termasuk yang tak terlayan.. huhu.. giler games dar kerja.. tapi bagus jugak aku addicted to games .. atleast aku tak addicted to shopping.. huhu.. kan lagi parah kalu aku addicted tang tu... sekarang games yang aku layan boleh tahan lah byk nyer.. :P... korang pun patut cuba main games cam aku..hhihihi...

senarai terkini games aku...

texas hold'em poker

 
premier football

farmville


cafe


happy aquarium tank 1


happy aquarium tank 2


happy aquarium tank 3


happy aquarium tank 4


roller coster


hihi.. banyak giler kan.. sampai aku rasa kerja admin acc aku nih dah jadi part time pulak.. duk ngadap ke games neh.. ngeeee.... parah parah aku neh.. tulum...tulum

love is in the air,


Sunday, December 27, 2009

dedicated to my lovely little sis.. zam

actually this post special post to my little sis, zam ..

today was not good day for her.. but i wish everything will be alright to her..

zam, apa yang zam lalui memang tak pernah kaklin lalui tapi kaklin tahu macam mana lah perasaan kalau jadi camtu.. mungkin kaklin tak memahami sepertimana zam rasa but its not hard to understand what is in your heart right now.. apa yang kaklin leh sarankan .. tabahkan lah hati.. kuatkan iman.. cekal kan hati.. mungkin ada yang terbaik untuk kita dihadapan kelak..

pasangan bukan selalu jujur.. its to hard for all people also ... tapi apalah erti nya kalau penipuan yang kita jelas depan mata.. masih kita nak tutup..memekakkan telinga membutakan mata.. that was not right action that u should take.. takut nanti hati dah jadi buta sebab cinta...so i think u should back off.. namun semuanya terpulang pada penilaian kamu...

apa yang terjadi antara kamu berdua biarlah berlalu.. kenangan pahit dan manis biasalah lumrah percintaan tapi bila kita dah nekad utk back off ..jangan lah kesal apa yang dah terjadi pasti ada yang memahami nanti... what u should do is back off..totally back off... so simpan lah semua gift , photo and all ... dari pandangan mata kamu..supaya tak terlihat... kan bile lihat teringat pulak.. jadi sedih dan nangis2.. takmo nangis2 la.. waaa

akhir kata dari kaklin... i wish u all the best.. and one day u will get someone who really know u.. and accepting all about u... God Willing... who know , aite???

p/s: u should try to start blogging dear! hihi

love is in the air,


blog sometimes is complicated

urm.. lately aku banyak jugak menerjah ke blog orang lain... adalah dua tiga blog aku suka baca walaupun aku tak follow pun blog dorang.... tapi blog dorang buat aku have fun mungkin sebab owner dia agak nakal dan ceria.. cakap bukan main hentam jer.. but as long as dia tahu yang dia tulis tu blog dia.. peduli apa lah kan orang nak cakap aper... huhu.. tapi yang peliknya.. ada jugak sampai bergaduh lam blog.. dia kata kat blog dia.. hak nih kata kat blog hak nih.. macam-macam dorang... dalam blog pun boleh jadi tempat pergaduhan.. huhu.. kiranya virtual fighting la :P

love is in the air,

cupcakes..!! :D

lately aku suka tgk page cupcakes macam nih.. comel kan.. ada byk pattern semua nya comel... aku harap suatu hari nanti kalau ada kelapangan boleh belajar macam mana nak buat cupcakes neh.. sesuai utk events dan santai... korang kalu tgk cupcakes cam ginim.. beli lah untuk aku.. huhu.. tapi kalu beli tak sampai hati nak makan.. comel sangat... simpan dalam peti ais lah jawabnyer :P


i wish i could have this kind of cupcakes for my big day .... God Willing...



love is in the air,

Saturday, December 26, 2009

msn dan lukisan

sesungguhnya aku sendiri tak caya aku berbakat sungguh dalam lukisan... mmg leh jadi cikgu ajar orang melukis.. ngeee.. apapun .. sessi lukisan telah diadakan pada waktu tidak tepat iaitu masa kerja.. maaf boss ..jangan lah marah.. antara lukisan terbaik yang telah kami ciptakan hari ini antaranya adalah :

















love is in the air ,


Friday, December 25, 2009

bila kami mula bercakap romantik d malam kismas...

malam agaklah bosan dan takder apa pun..sambil mencuba window live messenger yang baru dan mencuba semua games yang ada kat dalam live messenger tu .... kami masih agak borim.. aku cuba nak buat video call jer asalnya tapi asik takleh jer.. jadahnye kenapa tah. boring aku dibuat nyer.. ngeeeee........ sebenarnya tadi hajat nak tidor awal.. ngeee terbabas cakap benda-benda romantik.. hodow.. romantik tang mane.. korang takyah lah tahu yang pastinya kelakar ada.. sampai sakit perut aku menahan ketawa.. kalu ada nasik lemak kat dalam perut aku neh.. gerenti nasik tu dah menari-nari dalam perut aku neh....

macam-macam isu pulak keluar bila nak bercakap romantik neh.. but we have fun... !! :P

(p/s: aku blur2 ubi nak tulis ape.. arghhhh)

love is in the air,

nite of Christmas day :P

today is christmas day.. teringat pasal semalam.. ades tepat jam 12.00 malam, tiba-tiba jer aku dapat satu call.. huhu ucap merry christmas kat aku... aiks.. aku pun dapat ucapan merry christmas.. cam tak caya aku.. aper pun... to all yang menyambut christmas tu.. aku ucapan kan.. merry christmas.. pada sesiapa yang sambut birthday tu.. happy birthday... pada sesiapa yang kawin.. selamat pengantin baru.. moga kekal akhir hayat...


love is in the air,

Thursday, December 24, 2009

Qaireen Az Zahra...

tepat 22hb Disember 2009, aku ngam2 berada kat Terengganu atas urusan kerja.. banyak lah sangat kerja yang perlu aku uruskan.. banyak sampai lupa nak tengok handphone.. jam 8 lebih.. aku tgk handphone.. maklumla pagi2 malas nak usik handphone.. aiks... ada 4 misscall.. dan 2 msg.. dari im.. baca msg pulak.. ada mms.. alamak.. kakti dah give birth la.. ngeee.. ngam2 nyer.. nih tak sabar nak drive makin laju neh gi hospital.. aku lepak umah irene kat taman semarak sambil letak my boss kat situ.. then terus ke Pusat Rawatan Keluarga ...hepenim giler rasanya.. its a girl.. dalam perjalanan tu sempat call somebody pasal excited sangat kan.. nak jugak berkongsi cerita .. sampai je aku kat Pusat Rawatan Keluarga tu.. serentak ngan kakla.. so kita orang masuk sekali laa.. my mum ngan my dad serta keluarga sebelah im was there.. kakti and baby girl also was there.. OMG.. that was lovely baby.. exactly same with his sister, Qaseh Soffiya... kecuali tang rambut ngan kening.. yang nih agak hitam skit.. but still in same pattern...


dalam aku duk kat hospital tu sempat lagi aku online.. ops.. its boo online.. urm.. aku pun dengan sepantas kilat suh dia datang menjenguk baby baru nih sambil berkongsi kegembiraan.. huhu.. dia pun jugak dengan sepantas kilat je sampai .. huhu.. kebetulan masa dia sampai tu semua orang dah nak bertolak balik.. so tinggal kami berempat je laa.. and baby... !! dalama ku nak amek picture baby sempat aku suh boo pegang baby tu.. ngee.. kelakar jugak tgk dia pegang sampai tak bergerak but in overall he doing good job.. sampai tak bergerak takut baby jatuh la.. patah laa.... macam2 huhu.. letak macam tu.. macam tu lah posisi dia.... but he doing so good and lovely..

see.. told u... he doing well and lovely isnt???

love in the air,