Friday, January 28, 2011

Thursday, January 27, 2011

mood makan

alamak
lately mood makan membuak-buak
aku jadi naik heran
asik nak makan benda yang lama dah tak makan
pelik gak kalau ikut perangai nyer tu
kejap nak makan etok. kejap nak laksa, nak sup perut
hari nih nak nasik ayam lah pulak!!!!
lebih dari orang mengidam pulak.
haiyoooo...

perut sudah muncit dah..
pipi sudah kembung
muka sudah bulat
oh.. i need diet..

apa dah jadi ngan diet aku neh..
aku rasa aku kena start bersukan balik
but im too lazy to play tennis.. to go gym.. malas amat!
post signature

Wednesday, January 26, 2011

penyakit malas menyerang


sekarang nih penyakit malas datang bertubi-tubi
kepala otak jadi blank pulak
tak tahu pasai apa yang jadik malas sangat
nak kata makan banyak sangat
takdak la. pasai aku nak diet nehhh
aku dah gemok weyyyy

kat office semakin malas
makanya kerja jadi bertambah banyak
biler banyak jadi bosan pulak. huhu

so aku rasa .. its time to go holiday
but where to?
mmm..fikir fikir..

ok. dah. takda idea dah.sebab malas nak taip bebanyak.
 tata.
post signature

Tuesday, January 25, 2011

Punca Masalah Haid dan penyelesaian

walaupun aku bukan doktor pesakit puan
tapi aku sebagai perempuan normal..
pernah mengalami masalah ini.. jenuh mencari ubat
masalah ini boleh melanda kepada sesiapa saja..

jom la kita menelaah dan mencari penyelesaian


Punca utama haid tidak datang  ini ialah masalah hormon daripada kelenjar pituitary , kelenjar ini tidak ada apa2 yg boleh menembusinya melainkan vibration sahaja. Herba dan kimia yg lain tidak dapat sampai ke situ.Itu lah sebabnya masalah ini tidak ada ubat di hospital masalah ini boleh dirawat, Insya Allah, dengan mencuba dahulu beberapa cadangan dan petua untuk membantu pembinaan dan kesihatan kelenjar pituitar. Sebenarnya permasaalah hormon , berpunca dari beberapa perkara,yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.

* Pemakanan- makanan yg tinggi logam berat boleh menganggu kelenjar pituitary, jaga makanan yang tidak memberi kesihatan, kurangkan pengambilan lemak dan protin yang berlebihan kurangkan pengambilan makanan serat, untuk mengelak dari berlakunya buasir,buasir menyebab tidur tidak puas, tidak cukup ini juga akan menjejeskan pituitary anda.

Antara petua untuk mengembalikan putaran haid yang normal, haid yang normal dapat mengeluarkan kolesterol dan logam berat dari badan adalan dengan mengamalkan penggunaan minyak zaitun (amalkan minyak zaitun dalam menu, minyak zaitun dapat bantu urai logam berat di kelenjar2 termasuk pituitary , minyak zaitun boleh ambil banyak tanpa had.

Masalah Harian - masalah yang dihadapi adalah kesan dari banyak ketidakseimbangan yang dapat menyatakan dimana area sebenarnya ada masalah level gangguan ini pada level fizikal dan warna yang tak seimbang ialah warna oren.

Bagi yang sudah bekeluarga cuba periksa masa silam sebelum masalah haid ini tidak datang, adakah wujud tekanan dalam kehidupan selepas anda berumahtangga, kiranya ada anda perlu menerima hidup berumahtangga satu yang meriangkan dan menyeronokkan bersama suami dan anak-anak , jangan ada rasa berat untuk mengharungi kesibukan semua segi. Maknanya disini ganguan hormon berkaitan dengan  emosi, jadi banyak berbincang dengan pasangan anda dan beryakinan tinggi dalam apa2 perkara. Peranan suami amat penting.Tenangkan perasaan dengan bercuti.

* Amalan Agama -sejarah lampau yang penuh dengan keperitan dan kegelapan,seksual bebas, dirogol , pengalaman mistik walaupun ia wujud, tapi tidak disebut-sebut dan sebaiknya elakkan daripada bertanggapan negatif. Maka dengan perkara-perkara  tersebut adalah mendekatkan diri dengan amalan-amalan suci menurut agama masing.Bagi orang Islam boleh di amalkan dengan perbanyakkan membaca Ayat kursi sebanyak2 untuk mengelak dari ancaman perasaan-perasaan hitam yang lalu.

* Bertungku panas- selepas bersalin antara penyebab juga, kiranya tidak kena pada caranya.Tubuh yang panas juga boleh berlakunya kerosakkan kelenjar , maka kerapmandi ,elok mandi sekurang2nya 3 atau 4 kali sehari kepanasan dikawal oleh satu bahagian otak dinamakan serebrum jika serebrum kuat, kita ada kelebihan utk hadapi perubahan cuaca persekitaran serebrum lemah disebabkan sistem penghadaman kuat, kerana sistem penghadam juga dikawal oleh serebrum.Elak mandi air panas.

Apa-apa pun punca diatas adalah minor sahaja, yang paling penting untuk membantu perubahan dan baik pulih kelenjar pituitary first sekali adalah amalan tidur seseorang itu, seboleh-bolehnya cuba tidur awal dan tidur dalam cahaya yang gelap.Tidur di dalam bilik yang peredaranya udaranya baik tidak rasa rimas dan panas. Inilah punca utama permasaalahan haid.

Penyelesaian :
mandi kerap.
tidur dalam gelap dan tidur awal.
amalan pemakanan
penggunaan minyak zaitun.
 positif dan jangan terlalu memikirkan bebanan suatu masalah cuba cari penyelesaiannya.
dapatkan nasihat doktor pakar.
 amalan spritual dalaman untuk memberi tenaga dalam tubuh.
rujuk sini : period and pain
dan sini : facts of period

selamat mencuba.. 
sumber:internet

post signature

Monday, January 24, 2011

bruno mars! bruno mars!


oh.tidakkk..
aku semakin addicted dengan bruno mars
penyanyi yang aku tak tahu dari mane..
tapi lagu dia seme best-best ooooor

nak kata hensem sangat ..idop le..
tapi ada le rupe...
tapi lagu grenade tu ..oh sangat lah best
sampai berpusing-pusing aku dengor lagu nih
banyak kali pulak tu
sampai staf aku naik muak..arghh pedulik apa korang
akekekeke...

yang aku tahu nama dia Peter gene Hernandez
nama peter..cas bruno mars lak.. akekkeke
lahir pada october,8, 1985
oh adik agi rupenye.. huhu


apapun..best sesangat
and sekarang lagu
NOTHING
 by Janet Jackson sangat la best..
aku like byk kali.

dah. aku takde idea. tata
post signature

Memiliki Kulit Gebu dan Cantik..


Kulit yang putih dan gebu menjadi idaman setiap wanita asia hari ini. Namun tahukah anda pemutih kulit yang banyak dijual kebanyakannya mengandungi bahan bahan kimia yang biasanya mempunyai kesan sampingan seperti alahan kulit, pengelupasan dan banyak lagi. Jika anda salah seorang dari konsumer produk produk tersebut, anda sememangnya telah tahu akan kesan sampingan tersebut namun masih lagi mencari cari produk yang sesuai dengan kulit anda.

Pertama sekali anda harus faham penyebab kulit gelap. Penyebab utama kulit gelap asia ialah kerana sinaran matahari. Sinaran matahari  boleh menyebabkan hiperpigmentasi di kulit. Hiperpigmentasi adalah ketika kulit mendapat melanin yang meningkat, menyebabkan ia mempunyai bintik hitam. Bintik-bintik gelap membuat kulit tampak berjerawat. Dengan menggunakan ‘whiteners’ yang kami syorkan yang diperbuat dari bahan bahan semulajadi anda boleh meringankan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi tanpa risiko kesan bahan  kimia yang digunakan oleh beberapa whiteners kulit komersial.

Cuci kulit anda dua kali sehari dengan sabun dan kain tuala. Gunakan kain tuala untuk menggosok sabun di kulit dan membilas sabun dari kulit. Kain tuala akan membuang sel sel mati dan pertumbuhan sel-sel baru.

Sapukan masker campuran tomato dan jus lemon sebelum anda mencuci  badan setiap pagi. Untuk membuat masker, campurkan 1 tomato dan jus dari 1 lemon dalam pengisar. Sapukan lapisan tipis masker  dan biarkan selama 15 minit. Masker tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga satu minggu, ini dapat menjimatkan masa anda setiap hari. Setelah 15 minit, bilas kulit dengan air sejuk. Cuci kulit dengan sabun dan kain tuala. Tomato dan lemon bertindak untuk memutihkan kulit dan memberikan penampilan yang cerah. Jus lemon  boleh menyebabkan sensasi menyengat pada kulit, ini adalah perkara biasa. Dengan penggunaan kerap, kulit menjadi terbiasa dengan jus lemon, dan mengurangkan sensasi menyengat.

Pada sebelah malam pula sapukan masker  campuran madu dan jus lemon sebelum tidur dan sebelum mencuci badan. Untuk membuat masker, campurkan 1 sudu teh madu dengan 1 sudu teh jus lemon. Sapukan masker ke kulit dan biarkan selama 15 minit. Setelah 15 minit, bilas masker dengan air hangat. Cuci kulit dengan sabun dan kain tuala. Madu boleh melembabkan kulit, dan jus lemon boleh memutihkan kulit. Lemon boleh menyebabkan sensasi menyengat pada kulit, ini adalah perkara biasa. Dengan penggunaan kerap, kulit menjadi terbiasa dengan jus lemon dan mengurangkan sensasi menyengat.

Sapukan  aloe vera gel organik untuk kulit dua kali sehari (pagi dan malam), setelah mencuci.  Aloe vera gel adalah pelembab yang boleh menyembuhkan iritasi pada kulit dan mencerahkan kulit.

Scrub kulit anda sekali seminggu dengan gula dan minyak zaitun. Buat paste dengan mencampurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 1 sudu besar gula pasir putih. Gunakan jari anda dengan lembut menggosok memasukkan ke dalam kulit dengan gerakan membulat seperti menggosok cermin. Jangan gosok dengan keras atau kuat kerana ia boleh mencederakan kulit. Berhati-hatilah di sekitar daerah mata untuk mengelakkan dari terkena atau termasuk dalam mata. Paste ini dapat membuang sel-sel mati dari lapisan permukaan kulit, memperlihatkan baru, kulit segar dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru.

memandangkan bukan senang nak jadi gebu dan cantik.. lagi aku kongsikan bersama korang ...
sila baca lagi yer... uhuks


Kulit cantik dan putih.

1) Bancuh susu tepung bersama air sejuk. Sapukan di muka dan biarkan kering seketika. After that basuh dengan air. Lakukan selalu. 

2) Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya menggunakan tepung ubi kayu dan mentimun yang dihancur bersama. Campurkan sedikit air dan pastikan adunan tak terlalu cair.Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cara ini dapat menegang, mencerah dan menyegarkan kulit muka.

3) Ambil air rebusan beras. Sapu dimuka dan biarkan kering seketika. Kemudian bilas. Amalkan selalu.

4) Ambil sebiji limau nipis dan belah dua.Gosok pada muka dan seluruh badan ketika mandi. Hasilnya kulit semakin cerah, licin dan berbau harum.

Menghaluskan/menyerikan kulit muka.

1)Bancuh air asam jawa bersama tepung ubi. Kacau hingga menjadi larutan pekat dan tampal dimuka sebagai pupur. Biarkan kering selama 15 minit dan barulah dibilas.

2)Ambil putih telur dan campurkan dgn sedikit madu (utk kulit biasa) @ limau nipis (utk kulit berminyak). Celupkan tisu ke dlm putih telur dan letakkan seluruh muka selama 15 - 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. 'Whitehead' dan bintik hitam akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu utk kesan yg memuaskan

3) Skrub yang mudah!Ambil sedikit oat dan perahkan sedikit lemon dan campurkan sedikit madu. Sapu pada muka. Lakukan sekurangnya 2 kali seminggu.

4) Serikan wajah dengan merendam teh semalaman. Sapu pada seluruh muka keesokan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan segar.

Pulihkan kulit terbakar akibat matahari 

1)Parutkan jagung muda dan tomato kemudian ambil patinya.Gaul dengan 1 camca madu. Sapu pada keseluruhan kulit. Amalkan setiap hari.Lihat hasilnya.

selamat mencuba

source:mr.gugle. aku ejas mane patut dan copy mane patut

post signature

Sunday, January 23, 2011

Kaedah Body Sugaring- Membuang Bulu Roma Ala Cleopatra

memandangkan lately aku suka bab kecantikan
jadi apa yang aku baca berkaitan kecantikan jugak la..
korang pernah dengar body sugaring..

mmmm..marilah kita menelaah.


Body Sugaring adalah kaedah membuang bulu yang tidak dikehendaki yang digunakan oleh Ratu Mesir iaitu Cleopetra yang terkenal dengan kecantikannya.  Cleopetra dikatakan akan memanggil  pakar Body Sugaring ini setiap bulan. Bahan yang digunakan ialah Gula, minyak, dan lemon  yang dicampur. Ramuan yang digunakan oleh ratu mesir tersebut adalah bahan yang semulajadi yang boleh dibuat di rumah sambil menjimatkan wang, membuang bulu yang tidak dikehendaki dengan cepat dan tahan lama.  
Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rambut dari tubuh anda. Elektrolisis adalah satu-satunya kaedah kekal. Semua kaedah sisa-cukur, waxing, mencabut, menggunakan ubat, Sugaring, dan sebagainya, adalah untuk sementara.

"Sugaring", merupakan amalan menggunakan campuran gula, tidak perlu dilakukan sekerap mencukur.  "Sugaring" juga kurang berbahaya daripada mencukur. Anda boleh menggunakan gula tubuh buatan sendiri untuk menghilangkan rambut dari mana saja pada tubuh anda. Namun, dengan menggunakan kaedah “Sugaring” adalah lebih baik daripada mencukur. Walau bagaimanapun “Sugaring” sedikit menyakitkan.


Untuk membuat buatan sendiri “Sugaring”, anda hanya akan memerlukan beberapa bahan murah. Anda memerlukan satu cawan gula putih, satu suku cawan madu, dan satu aun jus lemon. Anda boleh menambah sedikit molase  jika ada untuk membuat campuran yang pekat. Tapi itu tidak perlu. 

Letakkan semua bahan dalam bekas microwave yang  kecil. Campur bahan bahan tersebut, walaupun agak sukar . Microwave kan campuran dalam setting yang tinggi selama beberapa minit. Selepas itu bahan di dalam bekas microwave tersebut akan menjadi panas dan melekit, kacau sehingga sebati. Jika campuran tersebut sudah lembut, ianya  sudah sedia untuk digunakan. Jika tidak, microwave lagi selama 30 hingga enam puluh saat. Keluarkan dari oven microwave dan biarkan hingga sejuk sedikit. Campuran “Sugaring” harus hangat, tetapi tidak terlalu panas pada saat anda menggunakannya.
Untuk menggunakan campuran tersebut anda memerlukan batang ais krim atau spatula. Anda juga akan memerlukan beberapa jalur/strip kain cotton atau muslin. Kain cadar lama amat sesuai digunakan. Jalur/strip kain ini kira-kira tiga inci lebar dan satu kaki panjang adalah disyorkan untuk mendapat kesan yang baik.

Sekarang, untuk menghilangkan rambut di kaki, ketiak, dan sebagainya, pastikan kulit anda bersih dan kering. Kemudian, gunakan batang ais skrim atau spatula untuk menyebarkan lapisan tipis “Sugaring” tersebut. Letakkan jalur/strip dari bahan kain cotton atau kain muslin di atas “Sugaring” tadi sehingga benar-benar tertutup. Gunakan tangan anda dan gosok ke atas material. Lakukan ini beberapa kali untuk menekan kain ke dalam “Sugaring” tadi.

Anda sekarang sedia untuk menghilangkan bulu. Pegang hujung material tadi. Kemudian, tarik dengan cepat melawan arah bulu tersebut. Kerana anda menarik bulu dari akar-akarnya, proses ini akan menyengat sedikit. Tapi, menyengat hanya berlangsung sementara.

Teruskan proses hair removal menggunakan “Sugaring” sehingga anda telah mencabut semua bulu yang anda inginkan. Anda boleh menggunakan semula material kain tadi beberapa  kali sehingga ianya tidak berfungsi dengan baik lagi. Gunakan jalur/strip yang baru. Jika “Sugaring tadi menjadi keras, microwave kan ia semula selama 30 saaat.

Apabila anda telah selesai menggunakan “Sugaring” di  tubuh anda, anda perlu mencuci sisa dari kulit anda dengan air hangat dan  air sabun. Sapukan pelembab yang baik untuk kulit anda untuk membantu mengisi minyak yang hilang dan menenangkan kerengsaan.

Cara terbaik untuk menyimpan sisa gula tubuh adalah untuk menyimpan didalam bekas microwave dan tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk. Jika anda ingin menggunakannya lagi, microwave kembali. “Sugaring” tahan lama mengikut sukatan yang anda buat.
sumber: facebook
post signature

Kenali Kewangan Rumahtangga Secara Berhemah.



kali nih pasal pengawalan kewangan 
pada yang berumahtangga khasnya
tapi ianya juga boleh dipraktikkan utk orang-orang bujang 
seperti aku kerana orang bujang pun selalu menghadapi masalah kewangan
sebab kita manusia mempunyai keperluan yang tidak terhad
duitnya.. ciput je.ahaks.. mari lah kita belajar mengendali duit secara berhemah
Masalah kewangan tidak hanya menjadi perhatian terbesar bagi pasangan berkahwin, malah juga sebagai punca utama perceraian. Ketika dua kehidupan bersatu, begitu juga dengan kewangan - sesuatu yang tidak semua pengantin baru fikirkan. Pendapatan yang berbeza, dan pola pengeluaran tabungan yang berlainan boleh menyebabkan ketegangan dalam perkahwinan. Memperkukuhkan kewangan dapat membantu menyelamatkan dan meningkatkan keakraban setiap pasangan.

Antaranya :

1. Setiap orang harus punya wang perbelanjaan persendirian atau pendapatan yang berasingan. Memiliki wang anda sendiri membantu anda bertolak ansur dengan tidak kehilangan sifat berdikari atau terlalu bergantung harap terhadap pasangan anda. (sila bekerja yer.. baru ada duit sendiri..tapi kalau encik suami tak bagi keje. takpe la. kan derhaka plak)

2.Tetapkan garis panduan perbelanjaan bersama atau menyediakan anggaran bulanan bersama jika diperlukan. Ketahuilah bahawa, sama seperti anda, pasangan anda akan mempunyai hobi tertentu atau kegemaran yang berbeza dengan anda dan sudah pasti itu akan memerlukan perbelanjaan. Jadi berilah sokongan anda untuk hobi dan minat mereka selagi berada di batas yang wajar. (berilah sokongan...mmm menarik.. kena support each other, jangan ikut kepala sendiri yer. pasangan punya minat lain.huhu)

3. Bertanggung jawab terhadap satu sama lain. Jangan pernah menyembunyikan kebiasaan berbelanja, dan selalu berunding dengan pasangan anda ketika anda sedang mempertimbangkan untuk membuat pembelian besar. (sikap nih paling penting.. jangan nak sorok korang beli hape. tak baik. huhu)

4. Bersikap realistik tentang berapa banyak simpanan yang anda miliki. Tetapkan matlamat kewangan yang wajar dan pastikan untuk menjadi kebiasaan supaya tidak berbelanja melebihi tahap kewangan anda.  (jangan berangan korang ada banyak duit, so realistik.okeh.)

5. Didiklah diri anda mengenai kewangan yang berhemah. Belajar semua yang anda sepatutnya tahu tentang cara menjana wang, meningkatkan pendapatan, cukai, melakukan perbelanjaan, tabungan dan pelaburan.semua ini tidak hanya akan membuat anda lebih bijaksana tentang kewangan - itu juga akan membantu anda menyumbang kearah memperkukuhkan perkahwinan anda.  (kena ajar diri bertabah gak nih dengan sebarang godaan YES..sales sales.. haishh)

6. Semak kebiasaan belanja yang bukan sahaja menyebabkan anda terlibat dengan masalah tetapi juga mengheret sama pasangan anda. Bersama-sama mencari jalan penyelesan bagi setiap masalah yang dihadapi. Juga tentukan yang mane isu-isu dalam hubungan anda adalah isu-isu peribadi, dan yang pula masalah kewangan.  (yang penting kerjasama...huhu)

7. Ajaklah pasangan anda berjumpa dengan pakar penasihat kewangan apabila hendak membuat keputusan berkaitan dengan perbelanjaan yang besar. (mmm sebelum beli beringat.. kan tak sampai sebulan beli, kena jual balik.parah!! )
selamat berhemah dalam perbelanjaan
sumber:facebook

post signature

Saturday, January 22, 2011

Kenali Tujuh Tanda Awal Suami Bermain Kayu Tiga?



sedang elok-elok aku berfacebook
aku terbaca artikel nih.
nampak menarik. jadi aku share ngan korang



Suami bermain kayu tiga atau curang adalah salah satu penyebab utama penceraian. Dalam kebanyakan kes, hampir separuh adalah kerana perbuatan suami yang bermain kayu tiga atau curang terhadap pasangannya. So, marilah kita mengenali tanda tanda awal supaya anda boleh bertindak sebelum terlambat. Erti ‘bertindak’ supaya anda dapat mengenalpasti masalah masalah dalam perhubungan anda dan memperbaikinya secara bijaksana seperti Zulaikha dalam cerita cerita dongeng.


1. Kehilangan Yang Tidak Dapat Dijelaskan – Jika suami/pasangan anda tiba tiba kurang menghabiskan masa bersama anda, selalu pergi outstation atau banyak menghabiskan masa bersama rakan rakannya, anda patut curiga. Jika dia tidak bersama anda mungkin dia bersama orang lain. Walaubagaimana pun jangan membabi buta menuduh nya curang. Siasat dan dapatkan bukti. (sila siasat dulu yer.. !! jangan membuta tuli)


2. Panggilan Telefon Misteri – Pernah kah atau tidak telefon suami/pasangan anda berdering semasa berada dalam kenderaan tetapi dia tidak mengangkatnya atau dia menjauhkan diri untuk mengangkat panggilan telefon tersebut dalam keadaan mencurigakan. Atau anda mengangkat telefon tersebut tapi talian tersebut terputus kerana diletakkan oleh pihak sebelah sana, anda patut  berjaga jaga kerana mungkin perempuan lain yang menelefon dan tiba tiba merasa takut. ( pasal apa dia nak letak yer.. mmm)


3. Menyembunyikan Sesuatu – Adakah suami/pasangan anda mempunyai emel atau telefon yang anda tidak ketahui? Jika anda menjumpai sesuatu seperti sim kad atau emel, salin emel atau sms sebanyak yang anda dapat. Walaubagaimanapun sentiasa bertindak rasional dan tidak memburukkan lagi keadaan. ( ini masa utk jadi spy)


4. Kekurangan Nafsu Untuk Sex – Jika suami/pasangan anda seperti tidak bernafsu untuk melakukan sex samada sebelum atau selepas dia keluar dengan ‘Kehilangan Yang Tidak Dapat Dijelaskan’ anda patut memberi perhatian serius. (glurpp.. no komen)

5. Bertindak Terlalu Defensif atau Marah – Apabila anda bertanyakan tentang sesuatu yang mungkin berkait rapat dengan ‘Kehilangan Yang Tidak Dapat Dijelaskan’ suami/pasangan anda bertindak terlalu defensif atau marah, mungkin suami/pasangan anda cuba untuk mengalihkan perhatian anda. Berhenti menyoal suami/pasangan anda kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. (sila bagi dia ice cream...supaya dia cepat sejuk. keh keh)

6. Baunya Lain – Jika anda menjumpai kesan kesan lipstick atau bau pewangi badan perempuan, memang sah suami/pasangan anda ada affair di luar. Terpulang kepada anda untuk tindakan seterusnya.(memang cari nahas)

7. Berpakaian kemas dengan Tiba Tiba – Tiba tiba suami/pasangan anda berpakaian kemas dengan tiba-tiba (menyemat) kalau sebelumnya berpakaian macam petani kampung tiba tiba membeli pakaian baru, memakai minyak wangi dengan rambut bergel dan berniat membeli motor besar atau kereta sport. Ulat bulu sudah naik daun. Mungkin terdapat perempuan lain yang ingin di tacklenya. (amboiii...menyemat nampak)

Walaupun artikel ini adalah untuk wanita khususnya tetapi kaum lelaki hendaklah mengambil perhatian tentang apa yang wajib tidak dilakukan oleh mereka seperti artikel di atas.

Untuk isteri isteri, adalah lebih baik menyelesaikan masalah dengan bijaksana dari menarik rambut dan menangis berhari hari. Berikan layanan istimewa kepada suami/pasangan anda. Berdandan secantik cantiknya dan berikan apa yang dimahukan oleh suami/pasangan anda. Sesungguhnya lelaki hanya ada dua deria rasa, ereksi dan lapar. Gunakan lah dengan sebaiknya.
(p/s : dulu amber pernah curang ngan allen--(kucing aku okeh)
sumber: facebook.

post signature

Friday, January 21, 2011

darice dan eden


tanggal 16.november 2010
eden ngan darice diberanakkan oleh amber
kucing persian yang aku beli baka australia
nih kali ketiga amber give birth
so dia agak bijak dalam penjagaan anak dia
aku dah tak perlu risau lagi
darice
little female kitten
kucing berbulu putih dengan eye bags
hidung selalu kena bersihkan sebab ada kesan hitam-hitam
boleh dilihat tapi payah disentuh
time sentuh je mula lah melalak tak tentu hala
sangat nakal dan pembuli
tapi time tidur sangat la nampak adorable.. baik je
nak letak tidur kat pangku pun takpe
tapi harus diingat.. time tidur je okay.
eden
my litte black sheep
kadang orang confius dengan eden 
orang ingat kan jantan tapi nih betina tau
makin lama makin cam bulu biri-biri aku tengok eden.
sangat comel dan hyperactive
tapi selalu jadi mangsa buli darice..huhu

(p/s: thanks to my bff, abby kerana beliau sungguh sabar masa snap gambar dorang. aku tak pernah ambil gambar eden ngan darice pakai slr.payah! pasal depa takleh duk statik. bikin aku tension..huhu.. thanks )

post signature

dua bangsa dua budaya



photoshoot kali nih 
mary maid aku di make over oleh kawan aku bart
dan tasneem pun di make over oleh bart

tema photoshoot kali nih..
dua bangsa dua budaya
pasal tasneem orang malaysia
maid aku orang vietnam

sian dia.. keh keh keh 
dipergunakan oleh aku. 
tak kisah lah janji dapat photoshoot.

ok.dah. tata
post signature

Thursday, January 20, 2011

dari kerana mata



(click gambar untuk image lebih besar)
pretty tasneem

Lirik Lagu Dari Kerana Mata - R Azmi

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Setiap waktu ku cinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujam rayu seorang
Lepaskan aku dari impian

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata


post signature

seorang anak, seorang ibu, seorang isteri


memandangkan aku dalam proses untuk belajar make up
so sentiasa ada lah mangsa-mangsa
yang aku nak make up..

dushh.. here is my bff
biby asiah
seorang anak pada seorang ibu
seorang mama pada dua orang anak
seorang isteri pada seorang suami

just simple make up
hahaha padan muka dia kena tonyoh kat muka
keh keh .. maklum lah beginner. ahaks.

post signature

teknik bersolek


lately aku suka nak menyolek orang
nak tambah skill dalam diri
mungkin jugak ia salah satu cara aku melepaskan stress
tapi sebelum tu.. kena amek tahu dulu perkara asas.
jangan main hentam jer .. huhu


jom.. baca

Teknik Bersolek

Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.

Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.

Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.
Solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.

Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan .

Memakai bedak asas juga memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.

Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering.
Bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah. 

Teknik Bersolek
Langkah satu:
Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.
Mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.
Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

Langkah dua: 
Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.
Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.
Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang bet

Langkah tiga:
Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.
Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang.

Langkah empat: 
Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.
Secara teorinya, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah. 

Apa patut tahu
Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak. Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah. Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai. Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.

selamat mencuba. 
source: facebook

Wednesday, January 19, 2011

tips menghadapi stress


since lately aku asik stress
aku mintak tolong incik gugle pasal stress nih ..
jom..kita hadapi stress

Langkah bijak menghadapi stress
Definisi stress
Stress merupakan reaksi tubuh manusia terhadap stressor. Reaksi tersebut merupakan upaya untuk menyesuaikan diri terhadap gangguan keseimbangan diri, yang mengakibatkan terjadinya proses homeostasis, yakni proses agar manusia tetap sehat. Usaha tersebut dilakukan agar tubuh dan jiwa bisa menghadapi bahaya.
Hasil penelitian dari Hans Seyle, menunjukkan bahwa penyesuaian pada tubuh menyebabkan cortex cerebri (bagian otak untuk berpikir) memberi tanda bahaya kepada hipotalamus (otak tengah). Saat itu, terjadilah rangsangan pada system saraf simpatis yang menyebabkan perubahan pada system tubuh, diantaranya: denyut jantung bertambah cepat, tekanan darah meningkat serta tubuh mudah mengeluarkan keringat. Bila stress tidak lagi terkontrol, maka kelenjar adrenal akan mengeluarkan kortikoid yang menyebabkan hambatan pada system pencernaan, reproduksi bahkan respon kekebalan.

Menghadapi stress
Ada beberapa hal yang bisa anda lakukan untuk mengatasi stress, diantaranya:
1.Relaksasi
Pada jam istirahat, cubalah untuk melakukan relaksasi otot secara progresif. Lemaskan otot-otot tubuh dengan bertumpu pada tangan, lengan, muka, kepala, leher, bahu, dada, lambung dan punggung bawah, lalu terakhir ke daerah kaki. Tiap otot ditegangkan selama 5-7 saat kemudian dikendurkan selama 12-15 saat. Prosedur tersebut diulang sampai 5 kali. Kaedah relaksasi ini boleh membantu untuk meredakan stress yang anda alami
2.Terapi muzik
Seorang pakar bernama Corelini telah meneliti pengaruh positif muzik terhadap kesehatan jiwa. Muzik dapat memperbaiki gangguan psikologis dan mengembalikan tubuh pada kondisi normal. Pilihlah muzik yang sesuai dengan minat anda. Muzik tersebut kemudian diputar dengan durasi 10-30 minit .

3.Berolah raga
Dengan berolah raga, anda boleh melepaskan ketegangan yang kerapkali anda alami di tempat kerja dan menggantinya dengan memberikan suasana rileks pada tubuh.
4.Selesaikan masalah anda
Jika anda memiliki masalah dengan atasan atau dengan rekan sekerja seberapa besar usaha anda untuk mengatasi rasa stress tersebut, tentu saja tidak berhasil kerana anda tidak menyelesaikan dari sumber permasalahannya.
5.Ubahlah persepsi negative yang anda miliki selama ini
Cubalah untuk berpikir positif dalam melihat suatu permasalahan di tempat kerja anda. Atasan yang marah-marah pada anda bukan bererti ia sentimen atas hasil kerja anda. Tapi cubalah ambil positifnya bahawa atasan anda memberikan suatu masukan atau feedback yang berguna untuk pengembangan kinerja anda di kemudian hari. Segala sesuatunya bersumber dari pikiran. Kuncinya dalam menghadapi stress adalah just positive thinking.

ok. selamat menghadapi stress.. chill.smart working



Tuesday, January 18, 2011

penuh ... full


bila tengok balik jadual untuk bulan nih
campur dengan bulan depan
is FULL!!!

gile meraban aku bekerja
tu belum campur lagi nak amek cuti
plan nak gi sana sini sinun..
fushhh....

apapun, yang penting
aku harap aku boleh
manage kepala otak dan fizikal aku
untuk menghadapi stress tahan gaban z.

wacaaaa. dah. takder idea. tata.
post signature

Monday, January 17, 2011

lately.seperti biasa.harapannya


lately jadi malas
lately jadi sangat sibuk dengan report
lately jadi sangat moody
lately start insomia
lately start bangun lambat

seperti biasa addicted to facebook
seperti biasa miss my friend
seperti biasa rasa nak balik kampung
seperti biasa rindu giler nak shopping tapi duit kering

harapannya dapat jumpa chinta hati
harapannya dapat berlandscape lagi
harapannya dapat buat self potraiture
(duit dah bayar ooii, dari ari tunang tu agi)
harapannya semua akan baik- baik sayang

amin. ok dah. tata
post signature

Saturday, January 15, 2011

Friday, January 14, 2011

stress meter is up again

  minggu stress datang lagi 
aku rasa minggu nih aku kerja tanpa henti
lunch ngan breakfast asik skip je.
tapi peliknya aku tetap jugak gemok
haish. kena diet neh

report semakin membuat aku giler
lagi sikit nak mereng 
mmg stress abis.. mulala rasa bad mood
lebih-lebih lagi takda cerita lawak
yang nak di search kan..
aku rasa this week aku keje
dengan mental yang sangat kuat
boleh dikatakan aku guna 99% kepala hotak aku 

tapi walaupun aku sibuk.
aku masih sempat lagi mencari coding-coding
untuk blog aku.. akekeke..
walaupun tak der lah cantik cam blog2 orang diluar sana
tapi asal best mata aku memandang 
kira okay la kan.
lagipun aku jugak yang nak baca...

arghh dah takleh nak merapu lelama
nak kena sambung keje
ops.. office hour dah abis la.
sambung kat rumah la pulak. 

dah. tata. korang pun balik laa..
opis hour dan abis.. 
nak claim overtime bebanyak la tu..weekkk








post signature

Thursday, January 13, 2011

ultraman noob

lately agak menyerabutkan
penat dengan kerja yang berlambak
so aku lately asik layan video-video yang lucu
agak terhibur sikit hati bila nengok video..

video hari nih mmg tak kering gusi dibuatnya
layannn

video of the day
ultraman noob

aku syak otomen nih tak pas sekolah 
takpun belum abis belajar dah kena serang
yang lawak nya muka raksasa yang suspen 
biler time laser tak kuar.
hadoiii..
sian pulak aku tengok otomen nih 
siap cari dalam air lagi tu..

pecah perut.

Photobucket

Monday, January 10, 2011

gentleman



mari bertukar pendapat tentang 
"gentleman"

apakah lelaki yang mintak perempuan belanja itu "gentleman"?
apakah lelaki "gentleman" perlu membuka pintu kereta bg perempuan?
perlukah lelaki "gentleman" perlu mengangkat barang gf yang sedang shopping?

mmmm..

bagi aku ..
lelaki yang minta perempuan belanja.. 
agak tak gentlemen malah agak sangat tak gentlemen
tahap menyampah bila time nak bayar
buat diam je.. sanggup tunggu sebab nak suh perempuan belanja
tetapi kalau perempuan tu nak belanja
atau duit perempuan tu melimpah ruah banyaknya
dan lelaki tu mmg tengah sengkek time tu.. 
tu boleh skip la isu gentle tu . hahaha.

pasal buka pintu kereta tu
ohh.. itu sangat caring ..
dan bagi aku itu sangat gentle.. 
walaupun nampak cam ngade2
hahahaha

yang mengangkat barang shopping tu
baiknya... 
lenkali angkat lagi.. 


Photobucket

Sunday, January 9, 2011

makcik dan cupcakes

makcik..
baru tadi saya terbaca kat blog awak
oh awak buat saya terharu
walaupun awak tak tulis nama
tapi saya tahu . awak tulis untuk saya 
(klik sini)

makcik..
saya okay.. 
that day boss datang 
saya pulak kena gi outstation..
agak sibuk dalam minggu tu.

makcik rindu ekh?
alolooo rindu lah tu...

yang pasti saya bukan menyendiri
bukan ada apa-apa masalah.
im okay
just bit busy 
dengan bos yang datang 
ngan outstation
ngan report 
mana nak siapkan akaun lagi
hukhuk
( okay..termengadu pulak..huhu )

but makcik.. seriously.. 
im okay. 
dan makcik jangan tak tahu
saya dah pandai buat cupcakes
hehehe.. 

oh rayyan..

rayyan makcik dah start sekolah
saya takder lagi anak
so tak pi sibuk2 nak gi hantar anak sekolah.
smart betol rayyan pi skolah.
rambut kemain agi


teringat pulak msg2 rayyan melalui fb mama

December 30, 2010 at 12:28pm
b bbb jht5567y7h6yhhyyhhhhhgbnynbbbbbbbbbbbbbbbbbb;pnp

 January 8 at 10:22am
;pbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

ahaks..

Photobucket