Sunday, January 23, 2011

Kenali Kewangan Rumahtangga Secara Berhemah.



kali nih pasal pengawalan kewangan 
pada yang berumahtangga khasnya
tapi ianya juga boleh dipraktikkan utk orang-orang bujang 
seperti aku kerana orang bujang pun selalu menghadapi masalah kewangan
sebab kita manusia mempunyai keperluan yang tidak terhad
duitnya.. ciput je.ahaks.. mari lah kita belajar mengendali duit secara berhemah
Masalah kewangan tidak hanya menjadi perhatian terbesar bagi pasangan berkahwin, malah juga sebagai punca utama perceraian. Ketika dua kehidupan bersatu, begitu juga dengan kewangan - sesuatu yang tidak semua pengantin baru fikirkan. Pendapatan yang berbeza, dan pola pengeluaran tabungan yang berlainan boleh menyebabkan ketegangan dalam perkahwinan. Memperkukuhkan kewangan dapat membantu menyelamatkan dan meningkatkan keakraban setiap pasangan.

Antaranya :

1. Setiap orang harus punya wang perbelanjaan persendirian atau pendapatan yang berasingan. Memiliki wang anda sendiri membantu anda bertolak ansur dengan tidak kehilangan sifat berdikari atau terlalu bergantung harap terhadap pasangan anda. (sila bekerja yer.. baru ada duit sendiri..tapi kalau encik suami tak bagi keje. takpe la. kan derhaka plak)

2.Tetapkan garis panduan perbelanjaan bersama atau menyediakan anggaran bulanan bersama jika diperlukan. Ketahuilah bahawa, sama seperti anda, pasangan anda akan mempunyai hobi tertentu atau kegemaran yang berbeza dengan anda dan sudah pasti itu akan memerlukan perbelanjaan. Jadi berilah sokongan anda untuk hobi dan minat mereka selagi berada di batas yang wajar. (berilah sokongan...mmm menarik.. kena support each other, jangan ikut kepala sendiri yer. pasangan punya minat lain.huhu)

3. Bertanggung jawab terhadap satu sama lain. Jangan pernah menyembunyikan kebiasaan berbelanja, dan selalu berunding dengan pasangan anda ketika anda sedang mempertimbangkan untuk membuat pembelian besar. (sikap nih paling penting.. jangan nak sorok korang beli hape. tak baik. huhu)

4. Bersikap realistik tentang berapa banyak simpanan yang anda miliki. Tetapkan matlamat kewangan yang wajar dan pastikan untuk menjadi kebiasaan supaya tidak berbelanja melebihi tahap kewangan anda.  (jangan berangan korang ada banyak duit, so realistik.okeh.)

5. Didiklah diri anda mengenai kewangan yang berhemah. Belajar semua yang anda sepatutnya tahu tentang cara menjana wang, meningkatkan pendapatan, cukai, melakukan perbelanjaan, tabungan dan pelaburan.semua ini tidak hanya akan membuat anda lebih bijaksana tentang kewangan - itu juga akan membantu anda menyumbang kearah memperkukuhkan perkahwinan anda.  (kena ajar diri bertabah gak nih dengan sebarang godaan YES..sales sales.. haishh)

6. Semak kebiasaan belanja yang bukan sahaja menyebabkan anda terlibat dengan masalah tetapi juga mengheret sama pasangan anda. Bersama-sama mencari jalan penyelesan bagi setiap masalah yang dihadapi. Juga tentukan yang mane isu-isu dalam hubungan anda adalah isu-isu peribadi, dan yang pula masalah kewangan.  (yang penting kerjasama...huhu)

7. Ajaklah pasangan anda berjumpa dengan pakar penasihat kewangan apabila hendak membuat keputusan berkaitan dengan perbelanjaan yang besar. (mmm sebelum beli beringat.. kan tak sampai sebulan beli, kena jual balik.parah!! )
selamat berhemah dalam perbelanjaan
sumber:facebook

post signature

0 surat cinta ♥ :