Monday, December 26, 2011

weekend.


22.dec.2011
my ahkak dan my ahbang
dua family datang to my house kat kelantan neh
aku nyer rumah mmg agak tak tersusun
after balik dari singapore ari tu ..
apapun, warm welcome to my ahbang.
first time datang to my house.
aktiviti malam pi makan ikan bakar.
disebabkan lapor.. takder la sedap sangat masakan tu
tapi rege malam tu cam mahai nauu

23.dec.2011
pagi berenang-renang di pool
suka sangat dorang
ngan aku-aku sekali merenangkan diri sehingga agak kelemasan
bingai!! tertelan air la plak. merah idum aku. sian aku.
seb baik orang tak nampak. cover malu.
ini semua gara-gara main bola dalam air.
sekali bola terlepas dr tangan.. muka terus tersembam dalam air. dislike betol
petang plak
walaupun aku takder anak yang bersekolah
tapi ahbang aku ada..
so ahkak ipar aku menshoppingkan beg-beg sekolah
jenuh jugak aku melayan ahkak ipar aku
tapi aku tahu motifnya..
mencari yang terbaik untuk anak-anak..
anak-anak pulak muka dah macam lempeng.. haha
penat mengikut.. aku pun sama..

24.dec.2011
ahkak ipar aku shopping lagi.
jenuh lagi kami menunggu . tapi takper la. sekali sekala shopping
biarlah puas hati..
lepas makan ahkak ipar dan ahbang aku balik ke trg
alhamdulillah selamat dorang sampai.
yang ahkak aku sefamily ke umah abang ipar dia
tinggal dua anak sedara ngan aku
haru betul kul 2.30 pagi depa lapar, aku start kete gi makan
roti canai kat mamak. hadoiii..

25.dec.2011
aku sempat g spa sebab dah sakit abis urat saraf aku neh
petang gi kbmall jumpa ahkak aku
shopping sesikit
then depa balik amek anak kitten
hadiah sempena birthday anak sedara..
pastu bertolak la dorang balik kampung
selamat sampai..
alhamdulillah :D

i had a great weekend !
yoshhhh.

post signature

Tuesday, November 29, 2011

lama


bila asyik dengan fesbuk lupa nak update blog
sekarang tak tahu apa nak tulis
pun macam takder apa nak dikongsi..
life being so average.

but now. im kinda busy with work
i guess i need vacation soon!
that so sooooonnnn! perhap.
and im being thinking about singapore.
mmm...

about home,
kitten grow up already
naughty and cute..
i love them all.

my wish:
im shopping alots last few week.
but cheaper bag, cheaper contact lenses and cheaper accecories
all this cheap but in the big quantity. haha
i need upgrade my saving laaaaaaaaaaa!

but now, im just dreaming about my sofa bed
haisey.. so nice la that sofa that i saw from furniture at kb
red color multifunction.
cant wait to buying and put at the hall.

otherwise. my mood swing like monkey

ops. talk about monkey.
i love marmoset that i saw at polypets.
but huge price. 6k. duhhh!
i rather buying motocycle.. muahahhaa

oklah.. my english so broken broken oredi
i need to take my lunch!

tata.

for all : don't say u quit but otherwise u still smoking
smoking will burn yr heart.. then u got no heart to give it to me.?
post signature

Sunday, November 27, 2011

angry bird


utk mulut longkang -- udah2 la cerita pasal aku 
utk stalker - suka sangat ehs stalk akaun aku !!!
utk yg ada akaun dua tu - tgk je udah ler. takyah nak komen lelebih

solution --> aktiviti meremove fi fesbuk giat dijalankan!


post signature

Friday, November 11, 2011

12.12.12


11.11.11
nice date nice lucky no 1

12.12.12
plan nak kahwin la.
taknak tetunang lagi dah
masuk je 12 12 12
nak kahwin.
tapi dengan sape? mmm

12.12.12
such a beautiful date ever
more then 111111
sebab takder lagi dah 13.13.13
nice isnt?

sesapa yang nak kawin ngan saye
tunggu tarikh 12.12.12
kita kawin ehs. keh keh keh

insyaAllah.

no need to rush. ending of the year so nice.
musim hujan lagi..
masuk plak bulan 1 terus gi hanimun :D

oh heaven.

awak jom kahwin 121212

:)
post signature

Saturday, November 5, 2011

Petua Berhenti Rokok



lelaki ni banyak sangat alasan bila suh berhenti merokok
tapi bila pompuan, buat itu xboleh buat ini tak boleh 


susah sangat ke nak berhenti rokok neh 
tak susah pun cuma korang tu je yang eksyen lebih 
konon barulah nampak macho time hisap rokok


o yer.. release tension time wat kejer?
hisap rokok release jadahnya..
udah2 lah tu duk cakap release..
padahal mmg kaki perokok!


korang kalau tak tahu camne nak berhenti. meh aku ajar:



1. Melengah-lengahkan 
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang 
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu
 - Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu
 - Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
 - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan 
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
 - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

nahhh.. simple kan???

dah berhenti merokok ke belum? jangan pandai cakap je.

meminta harus memberi. 
tata.



post signature

Thursday, October 20, 2011

surat untuk kucing.. ALLEN.




malam ni mummy rasa sunyi sangat
malam pertama mummy sedar allen dah takder
mummy rasa rindu sangat kat allen

mummy ingat lagi masa pertama kali mummy
amek allen dari penang..
allen ada 7 adik beradik.. semua banyak color
sebab tu anak allen semua color pelik2
allen paling gemok tapi paling comot. but allen too active..
melompat jer time hari tu .. so cute.
mummy amek keputusan amek allen. walaupun masih ada
kaler putih, oren dan sebagainya.

mummy beli cage bagi allen, kita sama-sama naik feri dari penang
terus naik bas menuju ke alor star. sebab mummy ada kerja kat sana
malam tu kita bertolak balik dengan bas.. terus ke kota bharu
allen meraung duk lam bas. tak mo duk dalam cage
mummy amek letak kat mummy. allen diam..
allen naik kat bahu mummy then tidor kat situ. sangat comel. allen tido.. diam
pastu mummy nampak allen tergolek jatuh dari bahu mummy sebab bas brek mendadak
tak sempat mummy pick allen, allen dah bangun dan panjat semula bahu mummy
masa tu mummy rasa.. allen sangat la independent.. as like mummy

sampai di kota bharu. allen asik nangis. allen takmo kawan ngan amber
nak kawan ngan mummy je. mummy layankan je. sampai la allen besar.

allen tidor selalu dengan mummy. selalu urut mummy
kadang2 sampai berbekas calar sebab kuku allen tajam.
bukan salah allen, salah mummy tak kerat kuku allen.

allen bagi amber zuriat.. sangat mummy terkejut
allen boleh menghasilkan zuriat sebab buah zakar allen ada satu je.
sampai mummy pun confius adakah anak amber
anak kucing yang orang tinggalkan suh mummy jaga ari tu
tup tup anak amber kuar kaler hitam..
snowie, merlin dan cullen
snowie dan merlin dah menghasilkan zuriat yang comel-comel
cullen terlebih dahulu meninggalkan kita.

hidup kita sangat bahagia.
adanya allen, amber, snowie, merlin, darice, eden dan liffy.
seperti biasa setiap pagi mummy akan kemaskan tempat makan korang
mummy masukkan satu-satu dalam cage sebab taknak korang basah.
mummy nampak allen takder. mummy cari serata tempat.
mummy panggil allen , allen tak sahut balik mummy.. hati mummy risau
mummy rasa nak nangis tapi mummy kuatkan hati maybe allen merajuk ngan mummy
atau nak main sorok-sorok ngan mummy.

rumah kita tinggi. tingkat 29.. mummy turun ke tingkat 9
mummy lega sebab tiada kelibat allen kat situ
mummy yakin allen ada kat rumah .. sebab allen tak jatuh..
mummy cari lagi kat kitchen, drawer, kota kasut segala kotak-kotak yang ada
allen masih tak ada.

mummy dah lewat. mummy kena pergi kerja. mummy harap bila mummy balik
alllen ada kat pintu tunggu mummy balik.. sampai kul 4 mummy tak sedap hati. mintak balik awal,
mummy balik rumah tgk allen takder. mummy panggil lagi dan cari seluruh rumah hingga ke celah-celah sudut semuanya hampa.. allen tetap takder..

mummy turun lif ke tingkat 9 semula. takut allen terjatuh dan mummy terlepas pandang. tapi hampa namun mummy lega.. mummy  terus ke tingkat 8, takut allen jatuh dari balkoni rumah kita .. tapi allen takder. sekali lagi mummy lega... mummy naik ke rumah.. mencari lagi..

mummy ambil keputusan cari allen dari tangga kecemasan. mummy naik ke tingkat 30 sebab allen pernah nyorok kat situ, tapi takder.. so mummy turun dari tingkat 30 sampai 8 menerusi tangga.. sambil memanggil allen. tapi hampa.. namun mummy lega. sebab mummy rasa allen maybe ada nyorok dalam rumah ..

sampai tingkat 8, mummy jumpa makcik dan pakcik cleaner. mummy duk panggil allen. dorang nampak mummy  then mummy tanya dorang
" nampak kucing linn tak? "
dorang cakap
" kucing linn kaler hitam ker?
mummy dah nak nangis. sebab mummy rasa bila dorang tahu. mesti bkn perkahabaran baik
" ah ah kaler hitam"
dorang tgk mummy.
" kucing lin dah takder. pakcik dah tanam . jatuh kat tingkat 9 dari balkoni. "
mummy tak percaya
" maybe bukan kucing linn, ada bulu tak kat tengah perut dia"
mummy tanya sebab allen takder bulu . suka sangat jilat dan membersih
" tak perasan sebab mati nyer duduk kaki kebawah. sempurna. color hitam, besar sangat "
mummy dah start nangis. sebab mummy tahu tu adalah allen, hero mummy..

naper tinggal kan mummy cepat sangat?
naper tak hati-hati sampai tergelincir?
naper buat mummy rindu kat allen?
naper buat mummy sedih?

Allah SWT je tahu betapa mummy sedih bila allen takder. mummy nampak allen kat mana-mana dalam rumah neh.. buat hati mummy sebak.. masa makan tadi mummy salah panggil nama allen lagi.. bila mummy sedar allen takder, mummy nangis lagi.. mummy tahu mummy kuat sebab tu Allah SWT uji mummy dengan kehilangan allen. maaf sayang, mummy tak sempat tgk allen masa terakhir allen pergi.mungkin Allah SWT yakin yang mummy tak cukup kuat untuk tgk allen saat terakhir.

mummy cuma nak allen tahu.
mummy sayang allen. sayang sangat
allen duk baik-baik ngan kiko kat sana ehs
mummy pun rindu kiko..
kiko dah lama tinggal kan mummy
mungkin Allah SWT nak allen temankan kiko plak.
nanti allen carikan cullen cakap cullen mummy sayang dia.

..allen..
mummy sangat rindu.
post signature

Wednesday, October 19, 2011

rest in peace, Allen. mummy hero


rest in peace,Allen. mummy hero.

pagi mummy bangun nak kasi makan, Allen takde. 
mummy cari semua sudut dalam rumah, Allen takde. mummy cari luar rumah , Allen tetap jugak  takde.

mummy g office dgn harapan mummy balik Allen ada depan pintu tunggu mummy. then mummy mintak balik awal. sebab mummy tak sedap hati. 

mummy balik mummy cari lagi kat rumah, kat almari, bilik air, kotak kasik, cage, drawer, kitchen tapi Allen tetap juga takder. Allen gi mana sayang?

mummy naik lif ke tingkat 9, tgk sama ada Allen ada terjatuh, 
malangnya takder bayangan Allen kat situ

mummy turun tangga dari tingkat 29 sampai tingkat 8, Allen masih tak kelihatan.
 Mummy jumpa makcik ngan pakcik cleaner.

Makcik cleaner cakap dia dah amek Allen dan pakcik dah tanamkan Allen. Allen jatuh rupanya dari balkoni rumah mummy. Patutlah Allen tak menyahut bila mummy panggil..Mummy harap makcik tu salah tapi makcik tu cakap color kucing yang jatuh tu hitam, besar sangat, nampak sihat, bulu banyak jenis persian.. mummy tahu itu ALLEN. Allah SWt je tahu perasaan mummy masa tu. Mummy tak sempat pun tgk Allen kali terakhir. Maafkan mummy sayang

sekejap sangat mummy rasa Allen duk ngan mummy. mummy masih lagi rindu Allen dan nak Allen selalu ngan mummy. kenapa cepat benar Allen tinggal kan mummy? kenapa cuai sangat sampai jatuh? mummy kan selalu pesan supaya Allen jaga diri dan yang lain-lain.

Mummy rindu Allen. sangat sangat.



post signature

Thursday, October 13, 2011

mood tak best


pagi semua
aku nyer mood tak best pagi neh
serabut giler..
korang nyer mood aku tak tahu la camne
sebab aku  tak tanya. so, korang nyer mood caner?

semalam aku kerja sampai malam.
bekerja dengan tekanan
kerja ari nih nak hantar esok
kerje petang neh nak hantar esok
semua nak cepat.. tapi  tu aku boleh handle lagi
aku kan superwomen

well.. semalam sugar glider aku yang peknen
makan kot anak dia. ceh. aku tak sempat pun tengok lagi.
nengok2 perut dah kempis, anak pulak takder
sabor je la

berbalik pasal kerja. agak serabut la
memandangkan staf yang perangai cam agak haram!
budak2 skrg makin malas agaknya kerja
kalau yang kerja pun asik duk busuk hati ngan rakan sekerja
macam mana nak maju.. perangai cam tong sampah
bukan nye nak tiru wonderpets
kerjasama agaknya takder langsung dalam anak muda skrg
yang tahu nak dengki je manjang!

aku tak cakap staf korang. aku cakap staf aku sendiri
tapi ye la bukan semua .. tapi adalah virus tu..
apapun..
kerja tetap kerja
staf tetap kena jaga
kerja aku la tuuuuuuuuuuuu!

ok lah. marah buat aku lapar. tata
post signature

Friday, October 7, 2011

bila serabut


saya bila serabut.
saya shopping..

berapa banyak dah kasut saya shopping
sebab saya pengemar kasut..

kadang-kadang handbag
banyak handbag saya ada
dari yang mahal gedabak
 sampai yang murah tak sampai 20 hengget
janji cantik saya rembat!

sekarang saya kena saving!!!

chaiyok linn
kurang shopping tingkatkan saving.


(ok dah. saya nak nengok tahajjud cinta.. ofcos la kekasih saya berlakon : remy ishak : )
ngeeeeee
post signature

Monday, October 3, 2011

dear ayah!


ayah
tak sihat...

semalam muntah-muntah
nak dibawa ke klinik tapi tak mau dia
alihnya beralah jugak..
dari klinik terus rujuk ke hospital.
so hari nih hari pertama ayah kat hospital

mintak maaf ayah,
anak mu masih lagi tidak dapat balik menjenguk
tapi esok pasti anak mu akan pulang menjenguk mu.
itu pasti biar apa pun cara sekali pun..

doa utk ayah
semoga ayah cepat sembuh
dan menjadi ayah yang kuat seperti hari-hari biasa

sayang ayah!
post signature

Sunday, October 2, 2011

Serabuttttt !!!!, dan aku mmg marah

Hari ni rasa cam serabut sungguh... Pepagi mai kerja dengan semangatnya..masuk-masuk je kerja..lampu plak blackout.. Nunggu kat luar la kekdahnya.. Tensen sungguh.. Sedang duk tensen boss plak call aku lagi serabut hal staf yang berhenti kerja..macam oink oink.. Berhenti kerja dengan notis tak abis sebulan..pastu suh bapak saudara plak call!!! Kebetulan kawan bos plak pak sedara dia.. Cehhh!! Kena jaga air muka la plak..yang nampak jahatnya aku la jugak..sebab duk ikut rules syarikat!!!, bos kadang2 suka break rules sendiri sampai kadang-kadang buat aku hilang respek.. Oh yer...kawan kan,,kena jaga air muka kan ,boss.. Lagi pulak kawan tu majistret high court..bodoh betul org kerja kerajaan pun takleh ikut arahan.salahguna kuasa!!! Ceh yang staf aku tu Cakap dapat bomba tapi bila mintak surat tawaran bomba..haram takleh kasi.budak skrg kadang2 cam perangai hantu..bodoh pun bukan main...dahlah taknak tulis lagi. Aku serabut dan hangen satu badan!!! Ngan bos dan ex staf yang bodoh tu!

post signature

Friday, September 30, 2011

Boring

Nih buat pertama kali aku update blog using ipad...
Niatnya ada ipad nak rerajin la update blog aku neh...huhu..
 Lagipun aku ngah sanggap kat office neh tak tahu nak buat apa..

Nak hadap kerja ..kepala dah serabut.. Takleh nak fokus.. So kena rileks dulu..
Nengok fesbuk macam taksder apa yang menarik.. Nengok gossip2 artis pun dah boring nau...

Korang wat apa ari neh ehs?
 Mesti sanggap boring cam aku jugak huhu..ok ler aku nak nengok siong plak. Tata


post signature

Thursday, September 29, 2011

saya dah ada boipren!! yeyyy


lama saya tak hupdate belog saya yang bersawang neh
alaaa. bukan ada orang yang rajin baca pun..

naaaaaa.. sekarang saya busy
maklumlah sejak ada boipren neh
tapi tu lah.. boipren saya pun asik sibuk je manjang
kadang2 geram nau.. dia takder masa pun nak jumpa saya

macam-macam yang saya dengar tentang boipren saya
tapi saya tak kisah sebab saya sayang sangat ngan dia..
dengar dia kaki pukul.. kaki perempuan
tapi saya pelik dia lelaki. camne leh ada kaki perempuan plak
haishhh. pelik tol korang..

rindu sangat kat boipren saya neh..
maklumlah lama tak jumpa..
tapi sebenarnya tak pernah jumpa.. sob sob sob..

nak tahu sape kan?? eee.. joyah tau korang..
yelaaaa.. saya post gambar dia sini..
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
taraaaaaaaaaaaaa
 ni la boipren sayaaa

remy ishak.  
hehehheheee. jeles lettew
post signature

Tuesday, September 27, 2011

rindu tak?


mesti tak rindu la kan?? muahaha

urm lately malas nak update blog sangat
kerja rutin bersepah nak dibuat.. banyak nau..sabar je lah
kan merungut ..rezeki jadi tak berkat pulak. haiseyy..

lately life biasa je..
semua smooth and good
just a little bit busy .. as always..

maybe sebab takder cerita nak dikongsi sangat skrg
dah kering idea..

apapun.. motivasi ari neh
kadang2 kita rasa kita perlukan orang tu
tapi hakikatnya.. kita sudah ada yang lebih baik dari itu

ok la. chow!
post signature

Tuesday, September 13, 2011

selawat bersama siti.





Selawat – Siti Nurhaliza 

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam 

Tola'al Badru 'Alainaa
Min Thaniyaatil Wadaa'ii
Wajabas Shukru 'Alainaa
Maa Da'aa Lillaahi Daa"ii 

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam 

Ayyuhal Mab'uthu Fiinaa
Jiktabil Amril Mutoo'i
Anta Ghauthuuna Jamii'a
Yaa Mujammal Lattibaa'i 

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam 

Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurun Fauqo Nuuri
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurun Fauqo Nuuri 

Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri
Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri 

apapun.. dalam banyak2 siti. aku suka siti yang neh. suaranya sungguh lunak dan sedap didengar.

post signature

Saturday, September 3, 2011

tokei kedai oiiiii




hari nih aku dah prepare masak nasik awal pagi.. 
seb baik laaaaa....

ini dek kerana tokei kedai makan masih sibuk duk beraya 
tanpa memikirkan aku yang kebuluran time bekerja.. 
udah-udah la tuuu beraya tokeii oiiii!!! buka kedai makan cepat!



aku bukan malas nak masak..
cuma bila aku masak tu sedap..
bila sedap kan aku makan banyak
kan aku gemok plak.. haishh
kalau makan kat kedai makan takder la sedap benor
so boleh ler diet :D
aci gitu??? ahaks


post signature

Friday, September 2, 2011

Thursday, September 1, 2011

Friday, August 26, 2011

Monday, August 22, 2011

bila rindu itu tiba



kita semakin menghampiri syawal
ramadhan sudah mau melabuhkan tirainya..

tak tahu kenapa malam nih rasa sangat syahdu
hati terasa rindu..
syawal yang bakal dilalui seperti tahun sebelumnya
namun aku mengharapkan..
agar syawal kali ini akan lebih bererti..


Ya Allah,
semoga ramadhan masih akan aku lewati
di tahun-tahun yang mendatang..
dan andai sekiranya
ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir buatku
aku memohon kalian memaafkan segala kesalahan aku..
aku insan yang tak pernah leka dari kesilapan
sikap aku mungkin pernah menguris perasaan kamu
sama ada yang aku sedari dan tidak ku ketahui..

ku memohon agar rindu ini cepat berlalu..
kerana aku yakin..
kebahagiaan itu masih ada diluar sana menanti..

maaf zahir dan batin.
post signature

tik tok tik tok



tik tok tik tok..
wahh jam asyik berbunyi jer lately
maka masanya tiba..
22 ogos akhirnya tiba jua

"happy birthday kakak ku sayang"
semoga tahun ini akan bertambah keberkatan buatmu
semakin jelita dan comel serta menawan kalbu
seperti adik mu ini...

sudah suku abad kita menjadi adik beradik
dan aku masih adikmu yang dulu
yang ganas..yang comel..
biarpun muka aku makin cantik
dan berubah menjadi semakin lawa
ada benda yang tak pernah berubah..
iaitu kasih sayang kitaaaaa...
tidak pernah berganjak walau sedikit pun

bersempena hari jadi mu
semoga kau menjadi kakak yang sentiasa kuat
dalam menempuhi cabaran hari mendatang
doaku buatmu selalu..

:)
post signature

Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

tak abis- abis



rasanya bila masalah ni nak selesai
makin teruk jadinya..
aku plak semakin bengang!!
serba tak kena dibuatnya..
ikutkan hati mau dilempang-lempang jer
tapi tu laaa.. nak wat camner..
sabar jer la kekdahnya..

hari nih.. perasaan bercampur bau
masalah bertimpa-timpa plak

apapun..
harapan aku..
semoga kelak dia menjadi insan berguna..

che su sayang dia.
post signature

Wednesday, August 10, 2011

syahdu



raya belum lagi tapi aku dah start syahdu neh
mengenangkan tahun nih raya dua hari je

bertambah syahdu nak drive balik kampung memalam raya
macam tak berapa nak best jer!!
pepagi buta raya ketiga nak pandu balik ke kota bharu
perghhh... tragis jugak

apapun.. tima kasih encik hero.
bagi cuti kat saya..
atleast dalam jugak lah makan nasi minyak mak saya buat
tetiap tahun sepanjang 30 tahun.. nasi minyak je la pepagi raya
rasa sama je.. dari kecik sampai sekrang..
tapi kan encik hero..
apalah salahnya approve cuti saya lagi dua hari

haishh... gawattttt !
post signature

duhai cinta hati



duhai cinta hati,

kadang-kadang kita dihadapkan dengan pelbagai masalah
tidak lepas dari kekusutan terdahulu
kita terjerumus pula dengan kebimbangan yang baru

oh mungkin adakah
kita adalah penyebab masalah..

setiap hari kita berdoa agar diberi kekuatan
tapi bila berdepan dengan masalah yang besar
kita sering saja goyang..
adakah kerana doa kita tidak cukup mengharukan Allah SWT
mungkin kita perlu terus berdoa lagi

saban hari kita bercakap cinta..
cinta datang begitu dan begini
persoalan sering dibangkitkan..
"kenapa kita bersama dengan cara ini"
"kenapa kita bercinta demi untuk berpisah"
tapi..apapun jua .. hakikatnya adalah
cinta itu adalah satu anugerah yang terhebat
memilikinya belum tentu membuatkan kita bahagia selamanya
tapi sekurangnya kita pernah jua bahagia bersama dia..

hidup.. penuh dengan komplikasi yang unik..
tapi itulah kehidupan..
yang akan bakal menjadikan kita lebih matang..
semoga dengan kematangan itu..
kita akan lebih tabah mengharungi hari mendatang!!

post signature

Monday, August 8, 2011

berbeza


pelbagai pilihan yang hadir
mungkin kita tetap akan membawa haluan berbeza

maka..
itu lah takdirnya..
biar seribu daya kita mencuba..

memiliki pilihan tak semestinya bagus
kerana jawapan nya masih juga hampa.

post signature

Monday, August 1, 2011

the time i need u most


dear diary,
got one day...
that was the time i need u most
i tried to call or give a beep of sms
but i cant..
and im still hoping that u will call
maybe got some instinct..
but u never call

that was terrible and horror..
but i go thru by my own..
and i thank to friend and family... willing to hear
but yes.. the feelings can be the same as you was around
but it working to cheer me up..
and smile again..

oh... finally i
know why its happen
because u also dont want make any call
and ask me to not giving any call..

as u wish..
because your wish is my command.

(* i like this song!! ..indeed)
(arghhh..apa la novel camne. novel nih tak best!  )
post signature

Saturday, July 23, 2011

visitors


dear visitor ..

thanks u

wah ada visitor dari japan..
agaknya saper yer..
dari california pun ada
wahh.. agaknya mata dia biru tak
dari melaka pun ada..
saya tak pernah sampai melaka..
ceciter skit apa best melaka
dari terengganu
oh.. itu mesti akak aku yg takder keje
duk stalk belog aku.. ahaks

mmm..dari klang pun ada.!
tapi itu bukan kamu kan?

apapun.. happy nice day everyone.
post signature

sama


hari ini perasaan tu masih lagi sama..
sama seperti kelmarin yang dulu...

sekrang aku rasa nak sangat ke raub
menjenguk keluarga angkat disana.
katanya ema
"kaklin.. umah kita dah dekat cameron highland"
"dua ploh minit je sampai"

seriously.. aku nak sangat ke sana..
doremon tolong laaa...

berkaitan rutin
masih sama. malah makin sibuk
kerja di rumah semakin bertambah
namun masih lagi dalam kawalan..

hidup kita singkat kan?
mencari bahagia sebanyak mungkin
bukan la begitu mudah..
post signature

Thursday, July 21, 2011

messy


oh blog dah bersawang..
tapi takpe la. bukan ada orang nak baca,

hari nih 21-07-2011
dalam sejarah..
pedih sangat rasa...
tak tahu nak luah kat sape..
tapi takpe..
kadang2 aku nak sangat
ada orang disisi saat aku berserabut
mencari cerita lucu untuk diceritakan pada aku

hari ini buat pertama kali..
piggy nose yang aku selalu klik tak dapat jugak
menenangkan hati aku..

sesungguhnya
Allah SWT lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui..
semoga dilindungi keluargaku dan sahabatku
dari perkara yag merugikan mereka

hari ini buat aku berfikir..
berfikir sangat dalam
mungkin inilah takdirnya...

pedih! sangat!
post signature

Sunday, July 3, 2011

tak de


banyak yang dah tak ada dalam hidup aku
maid aku dah takde
dah balik vietnam
kitten-kitten dah takder
duk ngan owner baru

bbm. internet mobile pun takder..
life kinda boring..
but its good..

silent sometimes..much much better!
post signature

Saturday, June 18, 2011

ok! hari nih saya malu


mintap maaf kpd sesiapa yg berkenaan..

baru perasan. phone saya mendial sendiri.
bongok nyer blekberi!!! 

mms sent sampai 10 gambar kucim. sebbaik pending..
debor jugop takut sampai semua mms tu

dah lah pada orang sama.. yang di call..


macam mana boleh mms pun nak hantar..
semua gambar kucim.. merlin yang pregnant terbaru.. haishhh
tapi bila tgk mms dia kat tepi semua ada tanda seruan
ohhh.. lega.. pending lah tu..
gagal...

seriously malunya time tu...
aku cepat2 delete semua mms tu takut dihantar ..
alahai blekberi.. jangan silap hantar lenkali boleh tak???
gagal..betol didikan aku utk ko behave.. arghh geram!

                 
fikir nyer fikir.. 
oh yer.. awak jadik sasaran. sebab awak call semalam..
rasanya awak je lah call kelmarin.. 
haishh.. henpon nih tak tahu behave betol!! tak suke
tukar tepong baru ahh cenggini!!!
(*sambil belek2 mudah.com)

mintap maap yer awak!

(morale: takut pulak nak letak phone dalam beg pasni. haishh!)

 post signature

Friday, June 17, 2011

profile


oh sangat menyakitkan hati..
dari semalam aku nak edit profile kat fesbuk
tapi tak dapat2 save
ntah kenapa la dia dengki ngan aku
bukan nya selalu aku edit profile

arghhhhhh!!! tak suka..
lebih2 lagi kena fikir cara untuk terminate no phone!!!

life so messy and i hate that!!
post signature

Sunday, June 12, 2011

satu hari berkenduri


semalam dalam sejarah pi kenduri jam 6 lebih
sampai maghrib berkumandang umah pengantin.. uhu
gara-gara abby tertinggal kunci kereta dia
di rumah pengantin yang satu lagi..

alahaiii..

apapun.. kami selamat sampai ke rumah pengantin
sam festo dan nazliah..
pengantin duk sebok mengambil gambar time tu
keduanya nampak berseri dan manis..
comel jerk...

kami??
buat sebok.. then snap gambar sekeping dua
terus pi makan..
arghh sonoknyaa..ikan kering dia best~

ohyaaa lupa nak kasik tahu..
aku bawak maid aku..
kah kah kah ..

aku: siap diri.. nak gi kenduri orang kahwin
mary: nak kena pakai baju apa? malunya

5minit kemudian.. dia siap pakai kebaya ngan jeans
okay lah tu. pasal aku pun pakai camtu jugak..

mary: mummy, kena pakai tudung ker?
aku: ah ah..
mary: macam mana nak pakai..
kah kah dia orang vietnam. mana pandai pakai tudung
aku pun pakaikan utk dia.. comel.

taraaa
sampai umah kenduri...
lepas makan dapat wat balik lauk..banyak balance katanya sam.. hahaha
best jek! apa lagi.. dorang pun dengan beg plastik isi makanan..
balik rumah
maid aku lagi cakap..
"alahai.. dia pakai tudung.. tu kak abby takyah pakai tudung pun.. :|"
aku diam je! malas nak cakap aper2

sudahnya aku balas
alah.. tadi pakai tudung pun cantik apa.! sweet je.
dia senyum sampai telinga gamaknya! huhu

apapun.. selamat melayari perkahwinan sahabatku
mmap gambar korang lupa nak snap.. duk sebok amek lauk. ahaha
post signature

Saturday, June 11, 2011

Friday, June 10, 2011

wedding gift


dear diary.
sorry lama tak hupdate.
rasa takder mood nak hupdate blog
takder idea..

mmm... hari tu aku balik cuti di kampung
sangat seronoknya.
malam tu tiba-tiba dapat call..

aku :
hello
dia: 
hello linn, esok majlis umah ko start jam berapa?
*aku gosok2 mata.. tgk kalendar dah 5hb June 2011
aku: 
majlis apa? hari jadi aku dah lepas la..
dia: 
cett..majlis kenduri kahwin ko laa.. jam berapa esok?
aku:
errrrrrrrrrrrrrrrrrrkkkkkkk!!
terus tukar posisi , duduk amek nafas
ok..malam esok kita jumpa..
dia: 
oit.. aku kena tipu ke ape neh..damn!
aku:
 malam esok kita jumpa la.. makan2..
danggg!!! aku off phone

malam nya..
kami makan2 kerang bakar. sotong celup tepom
sangat best.. apatah lagi dengan one of my bestie.

dia: 
oit. sorry aku tahu ..
tetiba je buat suara ayu dia. huhu
aku: 
takde hal.
dia: 
aku dah siap beli hadiah beb..
aku: 
alah.. ko hari jadi pun tak bagi hadiah.. kira hadiah ari jadi ar tu..
dia: 
yeleeee..
aku tiba-tiba rasa riang ria... huhu


balik ghumah.. terus je excited buka..
sangat comel bungkusan nya

tadaaaaaaaaaaaaaa
cantik kan..
lampu tidur malam.. sangat comel..
thanks you gee.
muahs~
post signature

Wednesday, June 1, 2011

lagi sakit


halamak..
semalam mai sesak nafas..
susah nak tidor..
macam lelah.. tapi takde lelah sangat

badan panas sejuk tapi ari neh nasib baik tak fever
alahai..
konduksi badan tak berapa bagus lately..
maybe i need rest
mind need to more relax..

eh bukan aku dah relax ke??
post signature