Tuesday, February 21, 2012

watermark baru

haips!
perasan tak? watermark kita yang baru tu 
sebenarnya takder le baru sangat pun
cuma kita ubah tulisan tu jek. wekkk.! 
cantik tak cantik tak?
pari-pari pegang bintang
cute kan! 

jelees lettew!

tu la kita ..
si pari pari yang pegang bintang polaris.
tak tahu polaris ?
gugel le sendiri
tak kose nak gitau semua ehs.
huhu

cantik kan!
belog kita suka ati kiter ler.

ohye ada dua kaler.
senang nak taruk ikut keadaan
alaaaa stroke color text je pun!

awasssssssssssssssss!
sape curi gambar-gambar kite
kita saman juta-juta gitue~

takot ler tu!

 lawa kan!

ohhhh.. kita nak berangan gi bintang?
ada sesape nak kasik kita bintang tak?
bakkk siniiii !
biar sampai ke bintang!

p/s: kita taruk balik ruangan chat
sila chat yang tak ke laut yer
tulis yang baik-baik sahaja!
diulangi BAIK BAIK sahaja
macihhh. tataaa!

post signature

sepetang bersama kucingggggg

masih ingatkah kau pada
M.A.R.Y
oh... itulah maid aku ..
haips
bekas maid okeh

hampir 7 bulan tak jumpa dia
sebab aku dah post dia balik kat vietnam
kontrak dah abis.. dia pun dah balik kahwin dah
tapi ari tu dia datang balik
datang ke malaysia nak kerja ngan bos asben dia kat kl
so sempatlah dia melawat aku..
ecehhhh bunyinya macam sayang benar ngan aku

yeleee. aku baik per!

so petang tu aku bawak dia ke taman
bersama Hichiro dan Alden
tiada perasaan mengambarkan
betapa seronoknya bersama
orang yang pernah bersama dengan kita
orang yang tahu menghargai kita seadanya kita!

so layan lah foto aku dan mary
dan hichiro dan alden
btw.. tenkiyu to Tas yang duk ngambek gambor
kita pakai bekberi je amek gambor skarang
malas  nak kendong slr huhu




 opss.. muka kita comel. muka mary cenggitu
kita post jugak la.huhuhu..
sebab muka kite comel huhi



muka alden dah bosan. haha..kesian!


cheeseeeeeeeeee. semua tgk kemre! gud gud!


asik asik asikk... je cantik ! hohoho




muahccccxxxxsssss!

 dan yang paling kita suka
hak ini...
comel kan!

oh miss our moment!
post signature

Sunday, February 19, 2012

memadai la dengan kita berdoa

berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul

gambar diatas yang anda dapat lihat adalah 
adik faris
anak kecil yang masih mahu melihat dunia
masih mahu menghirup udara
masih mahu riang bersama keluarga

adik faris menghidap
HLH-

Hemophagocytic Lymphohistiocytosis

(klik sini utk lebih lanjut)

sayu rasa hati saya bila melihat foto ini
salah seorang dari kenalan facebook saya 
yang mengirimkannya
tidak lah pula saya mengenali keluarganya
namun, saya tahu
keluarga mereka sedang bertabah menghadapi 
ujian dari Allah SWT.

adikku,
mungkin akak tiada yang apa boleh diberikan padamu
namun dari kejauhan akak mengirimkan doa
agar kau bisa berdiri gagah kelak
dan menjadi orang yang membanggakan 
ayah dan ibu 

sahabatku,
kita mungkin tak mampu membantu dr segi kewangan 
maka cukuplah dengan mendoakan 
agar adik faris sembuh dan menjadi anak soleh kelak 
kerana doa itu senjata orang mukmin. :)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا
“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari)

klik sini utk doa untuk orang sakit 
post signature

doa untuk orang yang sakit

Doa untuk orang yang sakit


1. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahwa beliau berkata kepada Tsabit Al-Bunani: “Maukah engkau aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?” Tsabit menjawab: “Ya”. Maka Anas membaca:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا
“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari)

Dalam riwayat lain dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau berkata: “Dahulu bila salah seorang dari kami mengeluhkan rasa sakit maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengusapnya dengan tangan kanan beliau dan membaca:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا
“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkanlah petakanya dan sembuhkanlah dia, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada penyembuh kecuali penyembuhan-Mu, sebuah penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa beliau berkata: “Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam meruqyah dengan membaca:
امْسِحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِكَ الشِّفَاءِ لاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ أَنْتَ
“Hapuslah petakanya, wahai Rabb sekalian manusia. Di tangan-Mu seluruh penyembuhan, tak ada yang menyingkap untuknya kecuali Engkau.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa beliau berkata: “Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bila meruqyah beliau membaca:
بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيْمُنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا
“Dengan nama Allah. Tanah bumi kami dan air ludah sebagian kami, semoga disembuhkan dengannya orang yang sakit di antara kami, dengan seizin Rabb kami.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Dari Abu Al-‘Ash Ats-Tsaqafi radhiallahu ‘anhu, bahwa beliau mengeluhkan sakit yang dirasakannya di tubuhnya semenjak masuk Islam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya:
ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ فِيْ جَسَدِكَ وَقُلْ: بِسْمِ اللهِ ثَلاَثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
“Letakkanlah tanganmu pada tempat yang sakit dari tubuhmu dan ucapkanlah, ‘Bismillah (Dengan nama Allah)’ sebanyak tiga kali. Lalu ucapkanlah:
أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang kurasakan dan kuhindarkan,’ sebanyak tujuh kali.” (HR. Muslim)

5. Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda:
مَنْ عَادَ مَرِيْضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيْكَ، إِلاَّ عَافَاهُ اللهُ فِيْ ذَلِكَ
“Barangsiapa mengunjungi orang sakit selama belum datang ajalnya, lalu dia bacakan di sisinya sebanyak tujuh kali:
أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيْكَ
‘Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Pemilik ‘Arsy yang besar, semoga menyembuhkanmu,’ niscaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.” (HR. Abu Dawud, At-Turmudzi, dan dihasankan oleh Al-Hafizh dalam Takhrij Al-Adzkar)

6. Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengunjungiku (ketika aku sakit) dan beliau membaca:
اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا
“Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d. Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d.” (HR. Muslim) 
ihsan dari blog ini 

post signature

mood swing!


ari nih masih dengan mood memalas
sebenarnya ari-ari pun malas. huhu
kerja bersepah-sepah mintak disiapkan!

tapi biar ler dulu..

ari nih kita tambah lagu baru kat background
best aih lagu neh
kita suka sangat
sampai fefeling nyanyi nyanyi..
best tak best

biarlerrrr

okay la
selamat ari ahad seme.
hari aku keje
tapi
aku keje ari-ari. haips!
post signature

Saturday, February 18, 2012

akibat terlebih movie japan!


tadi tgk movie japang
best jugak! ala-ala winter sonata gitu
ke memang cd winter sonata..
lupa suda aku aih.

antara ayat-ayat dia:
( tak berapa serupa ler ngan cd tu hah)

kalu bawa awak ke bintang polaris sesuatu yg tak mustahil
akan saya usahakan
kalau ia sesuatu yg mustahil
saya akan bawa awak ke tempat yg sama perasaannya berada di polaris

nice word, sweet kan!

 tapi kat sini,
 kita ada sambungan nya selepas aksi menengok bintang
yang confirm tak tercapai dek tangan.


dan kalau mmg betul2 mustahil, malas plak nak fikir
huhuhu

wakkakaka..
ayat last tu paling best!
( aku sebenarnya takleh tido)
( taip apa ntah lagi memalam buta neh) 
( merapu? )
haishhh
post signature

....tak leh tidooo oooi....


jam dah jam 4.20 pagi
ai masih terlenggok depan komputer neh
masih tak tidor.
masih duduk atas kusi
masih tengok2 tepong
masih begini begitu..

pandang kiri kanan
semua kucing ternakan dah tidor
lena dibuai mimpi

haiahhhhhh!!!
kita tak leh tidor..

kita cecuba nyanyi lagu
"biar sampai ke bintang"
sampai sudah sore kita tak sedappp!!!
tone. pitching semua kelaut!
arghhh
semua serba tak kena aih!
sumbang.. hancus..
( takpe. esok kita try lagi.. positive positive)
chaiyok chaiyok!


apapun. skrg kita nak paksa tidor
nih takleh tidor. mesti ada sesuatu yang sangat tak beres

ok tata!
post signature

Friday, February 17, 2012

biar sampai ke bintang

sekarang ai suka dengar lagu neh
best kan tajuk dia

"BIAR SAMPAI KE BINTANG"

lirik dia penuh makna mendalam
alunan melodi yang cukup mendayu
just perfect song!

so sini ai paste kan video asmidar
enjoy

oyyeee. korang plis stop dulu background song ai
yang duk tinggi-tinggi tu...

moh ler kita layan lagu neh plak
ai dah terjatuh suka sangat aih ngan lagu neh!


Lirik Lagu
 Biar Sampai Ke Bintang – Asmidar

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus satu

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu 
Kerana ini impian
Setia satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang


post signature

kita yg masih bernafas


salam..
dah masuk bulan februari.
cepat sungguh masa berlalu..
banyak sungguh perkara yang telah dilalui..

hidup kadang2 bukan semudah yang kita sangka
hidup bukan selalu mengikut apa yang kita mahukan
tapi aku percaya semua yang terjadi
adalah untuk kebaikan

kita merancang
Allah SWT menentukan..

kitaran akan tetap berlalu
sama ada kita menyedari atau terleka
kita masih tetap kita yang sama.

selamat hari jumaat!
post signature

Sunday, February 5, 2012

Festival Pengantin Terengganu 2012


ari tu kita kan dah kasi tahu

yang kita g nengok
Festival Pengantin Terengganu 2012

so ari neh kita nak upload skit gambor ler
kekdahnya masa tu kita bawak slr
tapi kita pakai 50mm ler plak.
tak muat laaaaa..
so kita amek via bekberi je le kekdahnya.
so pepaham ler kualiti gambor kemre tepom neh.
jangan nak komplain tak lawa
kalau nak pi tgk sendiri karnival tu.. wekkkksss

so antara pelamin nyer adalah :
teng teng teng
taraaaa...

nih theme fairytale.. kiter berkenan jugak
tapi pakej dia mau kat 5ribu
alahaii.. kita seluk2 kocek kiter
macam takder budget cenggitu sekali la.. 
huhuhu. tgk je laa kan :D


nih peseng meriah.
sebenarnya atas tu ada lagi cam kek la kekdahnya
pelamin neh colourful kan :D hhuhu
tapi kita idop ler gemor mane yang neh

yang nih chantek
simple tapi exclusive.
nice kan?
bunga dia lembut je plus putih pelamin tu 
just nice.
kusi dia besar benauu.. huhuhu

muhahhaa kita amek foto neh 
time kita duk minicure so senget ler nasib le
nih pelamin bunga sangatlah colourful
tapi jangan bimbang.. bunga bleh je korang nak yang mane
boleh kasi pilih-pilih katanya.
cantik je pelamin neh. 
nampak mewah dan meriah

taraaaaaaaaaaaaaaaa!
yang mana suka classic 
boleh cuba amek neh.
mahal tak mahal pakej dia 3000 hengget
kalau pelamin ajek dalam 2000 hengget
exclusive, classic and expensive but overall is
worth it!

ada banyak agi tapi kita idop ler snap semua gambar
jenuh ler nak ngambek semua gambor dalam tu.. 
dah kata nak gi nengok-nengok je kan. huhu
ni dah kira cukup baik neh
tapi sebenornya adalah 
kita duk amek gambor yang satu neh je
pelamin neh sampai berkeping-keping kita ngambek nyer
suke benoooooooooooooor!
nak tgk..
meh tgk!

PARI PARI SAKURA
ahaks...
tema dia sakura!
siyesly kita terpegun, terpesona
dan terus rasa nak kahwin!
siyes tak tipu!
suka sangat-sangat neh
meh la kita kahwin!



kah kah kan dah cakap
kita suka..
kekdahnya kita interframe ler..


so gitu la pelamin yang kita nengok..
pastu ada jugak le kita nengok baju
cantik le jugak..


comel kan color dia. lembut je..
sekali sewa 950 kauuuuu! muahhahaa
mahaiiii!
nih pun comel
malas dah nak tanya rege
tengok je laaa. 

so gitu la seharian di karnival perkahwinan
macam-macam yang ada
pelamin ,baju dan semua la
sangat murah dari biasa 
sebab dia kasi 20% diskaun.

buat kiter nak kahwin je
ahaks! geli

dah la.. kita tutup lu kisah neh!
tata

post signature

Jumpa lagi, Cinta

Time kita taip belog neh..
Kita duk lam bas..
Terkial-kial jugakler naip dlm bas neh
Cekal kan kiter? Huhu
Ekceli
Hati kita sayu- sayu jer aser..
Hati kita dah start rindu
Pada dia, dia ..diaaa

Oh mak.

Nak cuti lagiiiiii
Uwaaaaaaa.

Apapun, misi mencari pendapatan perlu ambik kira
Anak-anak mummy kat rumah mesti rindu kat mummy
Mummy pun rindu sangat.. Siyes rindu

Semoga perjalanan kite selamat sampai
Amin..

Salam maulidur rasul semua..
Semoga kita boleh berkorban seperti
Baginda Rasulullah SAW.

:)

post signature

Saturday, February 4, 2012

Bercuti dgn gumbira

Start dua hari lepas kita cuti..yeay
Oh seronoknya bile tetime cuti neh..
Air kat rumah sejuk cam ais..
Mood malas mandi mulala datang. Huhu
Haip haip..kiter mandi ehs.

Kite balik kg ngan kawan kiter
Malas nak drive . Kita nak jadi bigboss je
Huhu..sambil melayan anak kawan kiter yg chomel
Mak aii perjalanan sungguh lamaaaaaaa akibat jem
Tapi takpe la asalkan kita selamat sampai
So aktiviti malam kite cuma termenung dirumah aje..huhu

Kemarin kita g tgk pameran pengantin..
Kuar je dr kete jalan dgn penuh gaya..
Sekali pintu kereta terbuka..nak tersedung kita
"Allahuakbar" kita jerit manja
Ralat budak tu..takoot lettew..
sebbaik mood kita baik..
Kita senyum je.
Kan awak kan? Kan? Huhu
Kekdahnya Mak dia plak duk emo
marah anak dia tak tgk time buka pintu..
Baik kan kita melatah..
Sebbaik kita xkeluarkan ayat2 xsenonoh
Kalau x malu kiter kat budak.. Haips.

Masuk je dewan pameran..
Ya ampun terus kita rasa nak kahwin..
Ada sesape nak kahwin ngan kita tak?
Haha jgn ngader cakap ada..wekkksss
Tapi siyesly sangat kagum..cantik aihh

Dlm pada masa nengok pelamin tu
Ada booth minicure.. Sempat agiler kita minicure
Kekdahnya..kuku kita jadi santek..
Jelles lettewwww..sian ada yg menunggu kita minicure
Muahaha pasti kena bebel
"kerat kuku 10 hengget baik wat makan"
Kita wat ded je. Muauauaua.. Kita andaikan dia jeles.
hehhee.. sila jeles bertubi2. ahaks
budak pompuan yang duk buat kita minicure tu shantek
tapi sian ler korang.
sebab kita lupa amek no tepong dia. 
korang carik ler sendiri kalau nak ngorat dia.
weekks.
jangan ngorat kita dah. muahaha

Ari neh kita nak g pantai
Nak g detim ..ngan sapa?
Adalaaaaaaa.. Rehsia rehsia.
Sebok je nak tau ..wekkkksss

Oklah kita nak sambung termenung balik.
Eh eh mak kat dapur ngamuk mintak ditolong
Haisey ingat kita nak tolong makan je. Huhu

Ok. Mak dah sound. Tata

post signature