Saturday, January 28, 2012

theme baru. kiter suker!


ahha!!
perasan tak ? perasan tak?
theme belog kita dah tukor color
kita tukor kaler ijoo!!!

nih disebabkan virus kepala kering yang duk
sebok menengek kat belog kita ari tu.
so kita tgk belog kita dah tak berapa nak cantik
hilang abis kekatun yang kita susun dgn kretip!
benci sungguh kat virus bingai tu! huh!
so kita amek keputusan
kita tukoooooooooooooor je le ke kale ijooooooooo!

teng teng teng

*sinopsis pemilihan*

kat atas tu ada banyak orang kan
comel kan!
ada 2boboi
4 gegel.. comel je kan

kita kasi tahu ehs pasal apa kita amek theme ijo neh

2 boboi tu
mewakili abang kita.. sesatu nya abang kita
yang satu lagi tu.. bakal jadi nyawa kita
kita tak tahu agi sape.. tapi kita tahu dia akan jadi other half kita
tak paham? alahai sengalnya?
soomi kiter ler. ( ah malu kita)
gambar yang pegang tangan kat depan tu
kita ngan nyawa kiter la tuuwww ( ahaks miang kan kiter)
wekkk.. biar ler. belog kiter kan!

yang 4 lagi gegel tu
kita ada 4 beradik perempuan
ahaks..
semua gegel dalam keluarga kita sangat kita sayang
muahs muahs gituww..

yang takder mak ngan ayah kiter je dalam tu
tapi takper. mak ayah kita sentiasa kat ati kiter.

so tamatla kenapa kita amek theme kaler ijo neh
walhal kita idop ler gemor bebenor kaler ijo neh
tapi comel pulak kaler ijo neh kan!
nanti kita nak kahwin
kita nak pakai kaler ijo camne. haha
jeles letteeew!

okay la. kita nak sambung keje nanti boss kita marah

tata!

post signature

Friday, January 27, 2012

hatiku di kinabalu


 cak cak cakk!!


lama kita tak hupdate belog.
kalau kita hupdate pun takder orang baca gak
tapi ari neh kita ada mood nak nulis. so kita tulis la

seminggu lepas kita tgk citer drama
sedap yang amat
sedap lagi dari makan ekrem paddle pop!
siyes.. mmg best citer neh 

nak tahu citer apa?

taraaaaaa

yup citer neh.. siyesly sangat best

kita suka part-part yang memula cerita neh. 
sweet sangat la nak ngorat
sampai ke puncak gunung kinabalu
kita nak buat camneh jugak bleh???
( ayuh! panjat gunung kinabalu)


kita suka part neh time qistina duk cerita kat anuar pasal " cinabalu " pastu
lama lama lama lama lamaaaa
jadik "kinabalu"
huhu. sweet macam cakap " i love you"
tetiba jadi " nice view"

part nyanyi tu pun best.. sampai kita duk nyanyi lagu tu je.
dah cam sewel.. kita dah ingat lirik dia tau.
nanti kita sampai kat puncak kita nak nyanyi.. 


"Tinggi-tinggi gunung kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamu.. 
Biru-biru hujung kinabalu, tengok dari jauh hati saya rindu."'


huhu.bak kata Qistina..
tak nyanyi nanti nenek moyang marah. haha apa-apa je la huhu

part nih pun kita suka


macam best je kan.. !!!
ouch sangat awesome la dapat panjat gunung kinabalu neh..

lepas je nengok drama neh, kita tetiba duk berangan minat zul ariffin
abby abadi jangan marah ehs
kita tak amek dia. kita minat je..huhuhu
kita suka pulak cara dia ketawa..

dah dari tadi kita duk cerita part yang kita suka je kan
skrg kita nak kaborkan pulak part kita tak suka


arghhh.. tak suka part neh 
tapi sian Anuar nangis teresak-esak. mesti susah nak berlakon tu kan!


" masih ingat kah cerita kinabalu, ceritanya sama"
"cuma ada sedikit perbezaan"


hadoiii.. kita tak gemor bab berpisah neh
kalau boleh nak bercinta-cinta sampai bebila gitu.. 
arghh tak suka.

apapun cerita neh sangat best.. kita dah suh semua orang dolod
kalau ada cd nanti kita suh depa beli.. huhu
kita frust bila zul ariffin kata kat twitter
takder episod ke dua 
haiseyyy

encik direktor.. tolong la buat 
hatiku di kinabalu 2

kita nak tgk Qistina lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

(dah! korang sume pun pastikan tgk)
(penat je kita duk cerita-cerita)

sinopsis: ( kita copy je neh, jenuh ler nak tetaip)

Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.

p/s: untuk suami kita.. tolong jangan kahwin lain! kita tak sanggup tau.. sebab kita setia cuma kita tak sedorkan diri je. huhu. 
post signature

Wednesday, January 4, 2012

virus kepala kering


menyakitkan hati juga kalau blog yang santek-santek
tetiba takleh access
asyik duk ripway.com memanjang

ceh betol
macam ler banyak nau orang nengok belog haku neh
sajer je dengki busuk hati kepala kering

dah kena restore balik
abis kreativiti aku yang dodulu
kekartun aku semua hilang
dislike betol ler..

tapi apapun,
lenkali aku menelaah balik coding-coding
untuk letak balik kekartun tu..

aku ada keje neh!
tata.
post signature

Sunday, January 1, 2012

2012 - how the past ending and new hope begin~


hello 2012
good bye 2011
2012
please be nice  to me

takder benda yang special dalam 2011
aku just melakukan rutin harian seperti biasa
masih dengan rumah yang sama
masih dengan kerja yang sama
masih dengan boss yang sama
masih dengan kereta yang sama
pendek kata semua nya sama..

yang tak sama adalah:
tiada lagi Allen, kesayangan aku
tiada lagi Eden, buah hati mummy
masih susah nak terima hakikat
yang kesayangan aku tu dah takder
kadang-kadang terbayang dimata dia masih berjalan-jalan
oh Ya Allah
sesungguhnya betapa aku rindu dengan mereka.
hanya Kau yang tahu betapa saratnya rindu
malah setiap kali memikirkannya.. hati menjadi terlalu hiba.

namun terima kasih Ya Allah
buat pertama kali dalam tahun 2011 aku masuk pertandingan kucing
yeehaaaawww Liffy menang okeh!
walaupun hadiah makanan yang dimenangi tak boleh dimakan langsung
tapi yang penting dia menang
dia menjadi kebanggaan mummy buat selamanya..

keluarga yang ku cintai..
terima kasih teramat sangat untuk segala perhatian yang diberikan
setiap kali jatuh, semangat baru sering disuntik
agar aku biasa berdiri gagah mengharungi hari-hari mendatang
sungguh tidak dapat dibayangkan sekiranya hidup ini tanpa kalian
betapa beruntungnya kehidupan dengan kehadiran
ahli keluarga yang sentiasa menyokong..
meskipun aku bukan anak yang terbaik
namun aku sering menjadi yang diutamakan disaat aku jatuh!
terima kasih Ya Allah atas anugerah yang diberikan
sungguh tak ternilai jika dibandingkan dengan segala kekayaan didunia ini

teman-teman
seikhlasnya mencari sahabat bukan la mudah
namun bagi korang yang bersama aku melalui waktu sukar dan senang
betapa aku berharap korang akan mengerti bahawa
aku sangat menghargai persahabatan ini
suatu hari nanti kita akan membawa haluan masing-masing
mungkin kita akan berjumpa lagi.. mungkin kita akan terus diam membisu
namun perlu kamu ketahui
sekali kamu adalah sahabat. kamu adalah sahabat selamanya
kepada yang luka hatinya kerna perbuatan aku
aku memohon maaf kerana aku tidaklah sebaik kamu dalam menjadi sahabat.
terima kasih teman

dalam haluan mencari pasangan hidup
sukar nampaknya jalan aku lalui
namun aku percaya pasti ada dalam berjuta-juta lelaki diluar sana
salah seorang adalah pemilik tulang rusuk aku
siapa dia? tidak la aku ketahui
dimana akan berjumpa ? hanya dengan izin Allah yang mengetahui
namun dalam hidup aku hanya menginginkan
seorang yang memahami tanpa meminta itu dan ini.
terima la aku seadanya selagi aku tahu membataskan pergerakan ku
yakin dengan kasih sayang
ikhlas dalam memberi tanpa minta dibalas..
semoga cinta itu akan menjadi milik aku
milik aku selamanya

untuk korang:

2012.. harap dunia belum kiamat
untuk kita bermuhasabah diri.
:)


post signature