Monday, July 22, 2013

Seruan kepada Kaum Muslimin dan Tentera Muslim

Ya Allah, pemerintah kaum muslimin hari ini mengkhianati agama Mu
Ya Allah. Mendustai hukum-hukum Mu 
Ya Allah. Membunuh hamba-hamba Mu yang beriman kepada Mu 
Ya Allah. Mereka mengambil hak-hak kami
Ya Allah, tentera-tentera kaum muslimin hari ini di mandulkan 
Ya Allah. Polis-polis kaum muslimin diperkudakan 
Ya Allah, ada dikalangan mereka yang mengkhianati agama Mu Ya Allah. 
Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk sama-sama 
berjuang untuk menegakkan syiar agama Mu. 
Bantulah mereka ketika berhadapan dengan penguasa-penguasa yang zalim. 
Lindungi la tentera-tentera dan polis-polis 
kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan agama Mu Ya Allah.
Ya Allah, degupkan jantung-jantung mereka 
supaya mereka hanya takut kepada Mu Ya Allah.
Jadikanlah mereka Ahlun Nusrah sepertimana golongan Ansor, 
ketika Rasulullah SAW mendirikan Negara Islam yang pertama.

watch this.. watch on youtube if u cant see thru this blog. 

sesungguhnya doa itu senjata mukmin

Saturday, July 20, 2013

kisah lucu dalam bas

hari ni balik dari kt ke kb really really miss liffy.. 
 btw aku dalam bas cam biasa pasang headphone
 layan apa yg patut 
skrg yang selalu berputar adalah qunut nazilah 
korang pun kena amalkan qunut nazilah untuk saudara semuslim kita 

 sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.. 

 berbalik ke cerita ke dalam bas 
aisha sedang syok tido
 kaki mummy dah kebas macam hape.. 
 dan dan mummy alih kaki. 
 mummy nampak seat belah kiri 
 makcik tu duk hanyun2 tangan dia 
dari atas dan pegang galang besi belakang driver 
mean depan kerusi dia 
mamat yang sebelah dia plak tutup muka.. 
 aku dah curious dah neh 

apa hal ngan makcik neh tersedak ke apa?
 bebulan pose neh.. tak aci neh 
 pastu setiap kali bas laju dan melompat cam kuda 
langgar lobang agaknya setiap kali tu makcik tu buat aksi cam tu 
dan mamat tu mengekek suka sampai tutup ngan baju sah!!
 kali neh aku tau kenapa! ropanya makcik tu takot.. 
adoiii kesian pastu aku nengok 
dia duk tutup bukak aircond cam tak senang duduk aku tengok.. 
 tang tang aku kusyuk nengok 
 bas lompat lagi.. 
makcik tu buat senaman tangan lagi sekali 
kali nih sumpah aku tak tahan aku gelak. 
sambil kecover le jugak.. 
tapi bila dah berulang2
 mamat tu pusing tgk haku dan aku tgk dia aku pun gelak sah!
 dia perasan aku yg duk sisi kiri gelak!

 makcik maapkan saya .. bukan sengaja gelak 
tapi i wish i wont laugh at u 
but i really dont have any idea how to react like a statue without laughing.. 

 apapun.. selamat sampai makcik. saya dah sampai destinasi :)
 terima kasih untuk hiburan hari ini.

Thursday, July 18, 2013

day 2 : aisha too slow

pagi neh bermulalah tugas mummy
dalam memastikan aisha sentiasa bergerak cepat

seperti biasa mummy akan kejutkan aisha
seawal 6.30 pagi..
mummy kemaskan beg aisha
meletakkan baju persalinan dan tuala
sapu tangan dan air utk aisha bawa ke sekolah

sementara aisha mandi
mummy akan solat dan mengaji
biasanya satu helai sahaja waktu pagi. :D
sebab mummy akan menguruskan aisha

hari nih selepas mummy siap solat dan mengaji
mummy bunyi air aisha masih duk mandi
masa tu jam menunjukkan 6.50
so dah 20 minit aisha mummy
btw dia mmg suka mandi sebab dia suka berangan dalam bilik air

so mummy hampiri bilik air
mummy sound " aisha tak siap mandi lagi????"
suara mummy agak keras
mummy terus tutup lampu
" mummy takmo aisha lambat,
kalau lambat mandi mummy tutup lampu"
aisha meraung-raung dan mempercepatkan mandian

pakai baju pun sama.. lambat sungguh
mummy sound lagi sekali
" aisha kalau lambat pakai baju,
mummy suh aisha gi school tak pakai baju, aisha mau???
cepat aisha cakap, "aisha tak mau"
disebabkan aisha nak cepat

dia lupa amek botol air dan helmet
tapi  takpe.. tang tu mummy ambilkan
dan tegur dengan baik.. " lenkali jangan lupa amek helmet dan air"

tang pakai stokin dan kasut
ya Allah itu pun lambat
mummy sound " aisha pakai kasut laju je lambat"
so cecepat dia pakai..

kesudahannya mummy jimat 10 minit dari biasa.
mmmm.. good progress. :)

tapi mummy belum habis disini selagi aisha tak mampu
bertindak laju sendiri

chaiyok chaiyok

comel je kan aisha with helmet  :D





post signature

Tuesday, July 16, 2013

seharian aisha di pejabat kwsp

salam
so good to be here actually
but lately so busy to write something on blog.

so lets begin the story
sementara masih ada masa terluang kan

9-11 jun mummy bawak aisha ke kedah serta penang
melihat monkey di penang dan naik feri..

tapi itu bukan ceritanya disini.

11hb jun 2013
jadual mummy sangat sibuk bermula seawal pagi hingga petang
mujur encik hero bawak aisha bersarapan
mummy siapkan apa yang patut untuk dibawa ke mesyuarat
lagipun mummy puasa.. biarpun musafir tapi apa la sangat puasa
sekejap ajer masa berlalu..

mummy bawak aisha ke pejabat kwsp dimana sebagai wakil majikan
mummy pergi ngan 2 orang staf dari sana.
so masuk pejabat kwsp, mummy suh aisha duk dediam
maklumlah pejabat awam. mana bleh bising ..

sedang mummy rancak berbincang..
mummy dah dengar suara aisha duk suka-suka.
mummy pusing tapi tak nampak aisha sebab terlindung balik tiang
mummy biarkan aje.. 5 minit kemudian aisha datang bawak 5 ringgit
katanya atuk yang kasik
mummy tak cakap banyak.. terus bgtau " bagi balik"
mummy bukan apa,
mummy taknak aisha terbiasa ambil sesuatu dari orang yang tak dikenali
this world so cruel, my little girl

mummy di bawa jumpa ketua jabatan disitu..
so mummy makin tak nampak aisha.
seb baik satu staff temankan aisha disitu.

after selesai berbincang.. kami keluar dari pejabat awam..
staf mummy kasik tau..

mummy tanya aisha " dah kasik duit tu balik"
simple aisha jawab " dah"
staff yang jaga dia menambah
" dia bg balik duit tu, atok kata amek la bgtau mummy atok kasi suh beli aiskrim"
staff tu dengar aisha jawab
" tak boleh nanti mummy marah, mummy tak kasik amek duit orang.
 tapi nanti aisha besar aisha amek la.. "
staff pun tergelak sama kat situ.. satu office gelak. patutlaa mummy dengar bising kat luar tadi
staff yang nama nadia lagi cakap pakcik tu kata
" aisha cerdik, mulut pandai cakap.. "

dalam hati mummy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aisha
bukan mummy tidak mahu aisha ambil
mummy sentiasa bersikap tegas dengan aisha
suatu hari aisha akan faham, dunia ini tidak selalunya manis
tapi sesungguhnya mummy tidak mahu mengajar aisha menerima.

biarlah aisha belajar untuk sentiasa memberi
dan menerima dari mereka yang aisha kenal .

Ya Allah, jadikan anakku, Aisha anak yang soleh dunia akhirat.
post signature

Monday, July 8, 2013

first time memakai detox foot patch

wake early the morning terus tgk kaki. fushh masih ada..
 dan masih ada jugak detox foot patch yang haku pakai semalam.. 
dengan penuh suspen haku bukak.. walaweeeeiiii terkejottttt!!

takder hape hape... 

adakah ini bermakna badan haku tadak toksin.
berkat minum air mineral banyak gamaknya.. 
patutlah muka dah gegebu. kehkehkeh..
 so dengan hati gumbira kemas rumah bagai. 
siap je kemas sempat ler online sebab nak main ‎#candycrushsaga
. dan dan jugak search mana patut.. 
so search la balik detox foot patch..

haramjadah! 
aku silap pakai ropenya. 
terbalik time lekatkan dia. terbalikkkkkk. 
kena repeat balik!!!! dushhhh ‎#apapuntakboleh!


cehhh buat haku patah hati je!
post signature