Thursday, July 18, 2013

day 2 : aisha too slow

pagi neh bermulalah tugas mummy
dalam memastikan aisha sentiasa bergerak cepat

seperti biasa mummy akan kejutkan aisha
seawal 6.30 pagi..
mummy kemaskan beg aisha
meletakkan baju persalinan dan tuala
sapu tangan dan air utk aisha bawa ke sekolah

sementara aisha mandi
mummy akan solat dan mengaji
biasanya satu helai sahaja waktu pagi. :D
sebab mummy akan menguruskan aisha

hari nih selepas mummy siap solat dan mengaji
mummy bunyi air aisha masih duk mandi
masa tu jam menunjukkan 6.50
so dah 20 minit aisha mummy
btw dia mmg suka mandi sebab dia suka berangan dalam bilik air

so mummy hampiri bilik air
mummy sound " aisha tak siap mandi lagi????"
suara mummy agak keras
mummy terus tutup lampu
" mummy takmo aisha lambat,
kalau lambat mandi mummy tutup lampu"
aisha meraung-raung dan mempercepatkan mandian

pakai baju pun sama.. lambat sungguh
mummy sound lagi sekali
" aisha kalau lambat pakai baju,
mummy suh aisha gi school tak pakai baju, aisha mau???
cepat aisha cakap, "aisha tak mau"
disebabkan aisha nak cepat

dia lupa amek botol air dan helmet
tapi  takpe.. tang tu mummy ambilkan
dan tegur dengan baik.. " lenkali jangan lupa amek helmet dan air"

tang pakai stokin dan kasut
ya Allah itu pun lambat
mummy sound " aisha pakai kasut laju je lambat"
so cecepat dia pakai..

kesudahannya mummy jimat 10 minit dari biasa.
mmmm.. good progress. :)

tapi mummy belum habis disini selagi aisha tak mampu
bertindak laju sendiri

chaiyok chaiyok

comel je kan aisha with helmet  :D





post signature

0 surat cinta ♥ :