Thursday, December 26, 2013

veil panjang 3m untuk saya


agak bersawang la belog saya neh . sebab sekrang takde masa nak menulis sangat dah
sebok ngan fesbuk dan ig ajek
ari ni terasa nak update.. 
i was wondering how i love blogging before..

well, dah agak lama tak bagitau tentang diri
well.. sekarang saya dah gumuk. ahahhaa 
ok abaikan je

btw . saya before sering terfikir bagaimana saya mahu 
kelihatan di hari pernikahan saya 
dan mempunyai long veil pada batang tubuh saya memang 
menjadi idaman saya sejak dulu

lama jugak saya sevey dan alhamdulillah 
hari neh dapat berita gembira kerana mampu memiliki veil yang shantek
serta panjang itue.. 

tak kisah la bila nak pakai
boleh berangan dulu ye dak...?

veil yang saya beli tu sebijik rope cenggini..
simple but nice. im totally in love with this veil

before neh ada jugak saya sevey yang long veil
tapi hak ni saya lebih suka..

sini ada pilihan yang saya nak pilih tak jadi dulu
yang nih 2.8 meter bleh didapati di redribbon 
but this one too simple to me. maybe yg pakai gaun okey la neh
very nice. tapi too sarat utk aku.. 
gambar neh veil dia 2meter
tapi tuan punya kedai boleh buat sampai 3 meter. 
shantek kan.. 
kedai kat langkawi neh. :D

apapun. aku dah buat pilihan
korang macam mana?


Monday, July 22, 2013

Seruan kepada Kaum Muslimin dan Tentera Muslim

Ya Allah, pemerintah kaum muslimin hari ini mengkhianati agama Mu
Ya Allah. Mendustai hukum-hukum Mu 
Ya Allah. Membunuh hamba-hamba Mu yang beriman kepada Mu 
Ya Allah. Mereka mengambil hak-hak kami
Ya Allah, tentera-tentera kaum muslimin hari ini di mandulkan 
Ya Allah. Polis-polis kaum muslimin diperkudakan 
Ya Allah, ada dikalangan mereka yang mengkhianati agama Mu Ya Allah. 
Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk sama-sama 
berjuang untuk menegakkan syiar agama Mu. 
Bantulah mereka ketika berhadapan dengan penguasa-penguasa yang zalim. 
Lindungi la tentera-tentera dan polis-polis 
kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan agama Mu Ya Allah.
Ya Allah, degupkan jantung-jantung mereka 
supaya mereka hanya takut kepada Mu Ya Allah.
Jadikanlah mereka Ahlun Nusrah sepertimana golongan Ansor, 
ketika Rasulullah SAW mendirikan Negara Islam yang pertama.

watch this.. watch on youtube if u cant see thru this blog. 

sesungguhnya doa itu senjata mukmin

Saturday, July 20, 2013

kisah lucu dalam bas

hari ni balik dari kt ke kb really really miss liffy.. 
 btw aku dalam bas cam biasa pasang headphone
 layan apa yg patut 
skrg yang selalu berputar adalah qunut nazilah 
korang pun kena amalkan qunut nazilah untuk saudara semuslim kita 

 sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.. 

 berbalik ke cerita ke dalam bas 
aisha sedang syok tido
 kaki mummy dah kebas macam hape.. 
 dan dan mummy alih kaki. 
 mummy nampak seat belah kiri 
 makcik tu duk hanyun2 tangan dia 
dari atas dan pegang galang besi belakang driver 
mean depan kerusi dia 
mamat yang sebelah dia plak tutup muka.. 
 aku dah curious dah neh 

apa hal ngan makcik neh tersedak ke apa?
 bebulan pose neh.. tak aci neh 
 pastu setiap kali bas laju dan melompat cam kuda 
langgar lobang agaknya setiap kali tu makcik tu buat aksi cam tu 
dan mamat tu mengekek suka sampai tutup ngan baju sah!!
 kali neh aku tau kenapa! ropanya makcik tu takot.. 
adoiii kesian pastu aku nengok 
dia duk tutup bukak aircond cam tak senang duduk aku tengok.. 
 tang tang aku kusyuk nengok 
 bas lompat lagi.. 
makcik tu buat senaman tangan lagi sekali 
kali nih sumpah aku tak tahan aku gelak. 
sambil kecover le jugak.. 
tapi bila dah berulang2
 mamat tu pusing tgk haku dan aku tgk dia aku pun gelak sah!
 dia perasan aku yg duk sisi kiri gelak!

 makcik maapkan saya .. bukan sengaja gelak 
tapi i wish i wont laugh at u 
but i really dont have any idea how to react like a statue without laughing.. 

 apapun.. selamat sampai makcik. saya dah sampai destinasi :)
 terima kasih untuk hiburan hari ini.

Thursday, July 18, 2013

day 2 : aisha too slow

pagi neh bermulalah tugas mummy
dalam memastikan aisha sentiasa bergerak cepat

seperti biasa mummy akan kejutkan aisha
seawal 6.30 pagi..
mummy kemaskan beg aisha
meletakkan baju persalinan dan tuala
sapu tangan dan air utk aisha bawa ke sekolah

sementara aisha mandi
mummy akan solat dan mengaji
biasanya satu helai sahaja waktu pagi. :D
sebab mummy akan menguruskan aisha

hari nih selepas mummy siap solat dan mengaji
mummy bunyi air aisha masih duk mandi
masa tu jam menunjukkan 6.50
so dah 20 minit aisha mummy
btw dia mmg suka mandi sebab dia suka berangan dalam bilik air

so mummy hampiri bilik air
mummy sound " aisha tak siap mandi lagi????"
suara mummy agak keras
mummy terus tutup lampu
" mummy takmo aisha lambat,
kalau lambat mandi mummy tutup lampu"
aisha meraung-raung dan mempercepatkan mandian

pakai baju pun sama.. lambat sungguh
mummy sound lagi sekali
" aisha kalau lambat pakai baju,
mummy suh aisha gi school tak pakai baju, aisha mau???
cepat aisha cakap, "aisha tak mau"
disebabkan aisha nak cepat

dia lupa amek botol air dan helmet
tapi  takpe.. tang tu mummy ambilkan
dan tegur dengan baik.. " lenkali jangan lupa amek helmet dan air"

tang pakai stokin dan kasut
ya Allah itu pun lambat
mummy sound " aisha pakai kasut laju je lambat"
so cecepat dia pakai..

kesudahannya mummy jimat 10 minit dari biasa.
mmmm.. good progress. :)

tapi mummy belum habis disini selagi aisha tak mampu
bertindak laju sendiri

chaiyok chaiyok

comel je kan aisha with helmet  :D





post signature

Tuesday, July 16, 2013

seharian aisha di pejabat kwsp

salam
so good to be here actually
but lately so busy to write something on blog.

so lets begin the story
sementara masih ada masa terluang kan

9-11 jun mummy bawak aisha ke kedah serta penang
melihat monkey di penang dan naik feri..

tapi itu bukan ceritanya disini.

11hb jun 2013
jadual mummy sangat sibuk bermula seawal pagi hingga petang
mujur encik hero bawak aisha bersarapan
mummy siapkan apa yang patut untuk dibawa ke mesyuarat
lagipun mummy puasa.. biarpun musafir tapi apa la sangat puasa
sekejap ajer masa berlalu..

mummy bawak aisha ke pejabat kwsp dimana sebagai wakil majikan
mummy pergi ngan 2 orang staf dari sana.
so masuk pejabat kwsp, mummy suh aisha duk dediam
maklumlah pejabat awam. mana bleh bising ..

sedang mummy rancak berbincang..
mummy dah dengar suara aisha duk suka-suka.
mummy pusing tapi tak nampak aisha sebab terlindung balik tiang
mummy biarkan aje.. 5 minit kemudian aisha datang bawak 5 ringgit
katanya atuk yang kasik
mummy tak cakap banyak.. terus bgtau " bagi balik"
mummy bukan apa,
mummy taknak aisha terbiasa ambil sesuatu dari orang yang tak dikenali
this world so cruel, my little girl

mummy di bawa jumpa ketua jabatan disitu..
so mummy makin tak nampak aisha.
seb baik satu staff temankan aisha disitu.

after selesai berbincang.. kami keluar dari pejabat awam..
staf mummy kasik tau..

mummy tanya aisha " dah kasik duit tu balik"
simple aisha jawab " dah"
staff yang jaga dia menambah
" dia bg balik duit tu, atok kata amek la bgtau mummy atok kasi suh beli aiskrim"
staff tu dengar aisha jawab
" tak boleh nanti mummy marah, mummy tak kasik amek duit orang.
 tapi nanti aisha besar aisha amek la.. "
staff pun tergelak sama kat situ.. satu office gelak. patutlaa mummy dengar bising kat luar tadi
staff yang nama nadia lagi cakap pakcik tu kata
" aisha cerdik, mulut pandai cakap.. "

dalam hati mummy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aisha
bukan mummy tidak mahu aisha ambil
mummy sentiasa bersikap tegas dengan aisha
suatu hari aisha akan faham, dunia ini tidak selalunya manis
tapi sesungguhnya mummy tidak mahu mengajar aisha menerima.

biarlah aisha belajar untuk sentiasa memberi
dan menerima dari mereka yang aisha kenal .

Ya Allah, jadikan anakku, Aisha anak yang soleh dunia akhirat.
post signature

Monday, July 8, 2013

first time memakai detox foot patch

wake early the morning terus tgk kaki. fushh masih ada..
 dan masih ada jugak detox foot patch yang haku pakai semalam.. 
dengan penuh suspen haku bukak.. walaweeeeiiii terkejottttt!!

takder hape hape... 

adakah ini bermakna badan haku tadak toksin.
berkat minum air mineral banyak gamaknya.. 
patutlah muka dah gegebu. kehkehkeh..
 so dengan hati gumbira kemas rumah bagai. 
siap je kemas sempat ler online sebab nak main ‎#candycrushsaga
. dan dan jugak search mana patut.. 
so search la balik detox foot patch..

haramjadah! 
aku silap pakai ropenya. 
terbalik time lekatkan dia. terbalikkkkkk. 
kena repeat balik!!!! dushhhh ‎#apapuntakboleh!


cehhh buat haku patah hati je!
post signature

Tuesday, June 25, 2013

jerebu

dalam jerebu neh..
bukan kita je yang tak elok duk kat luar
anak anak bulus pun kena kuaratin takleh kuar rumah..
Liffy And The Gengs pun dah sanggap rumah tertutup
pasal mummy close semua windows kecuali balkoni je.
nasib la korang. saper suh korang semua tak pergi bekerja

tapi lembu kambing harimau? takkan nak letak dlm rumah jugak
mmmm.. takpe antibodi dorang kuat kot. huhuhu.
dah teruk sangat kan. sila pakaikan mask buat depa :D

macam neh hah! comel kan???

post signature

HOT!!!!! kisah chef ireland

ok. dah lama tak melawat blog
sila korang jangan marah
takpe la lama aku tak hupdate pun..
lani aku hapdet aku kasik cerita hot kat korang :D

btw aku nak cerita kisah sorang chef
orang mesia stay kat ireland. dublin.
katanya dah dapat pr kat sana..mmmm

okay ceritanya macam neh
kes neh baru je kelmarin dulu
dia pm aku ..tanya soklan tak banyak
tetiba ajak aku kahwin
whattttttttttttttttttttttttttttt???
siap cakap dah solat isthikarah laie.
 ( bab neh sumpah aku tak percaya dia buat)

mabuk ulam ke dia neh? mabuk cheese maybe?

tapi aku menten cool

umur dia sama aku
stay dah lama kat ireland katanya
sedang mencari calon isteri setelah banyak kali gagal bercinta
mmmm. aku cakap suh mak carik .. dia taknak. demand!!
dia neh ada la 2 kali reply kat aku nyer facebook.
takder la kenal sangat pun.. tak nengok pun profile dia.
sampai la ke hari tu.

well.. aku bukan apa.. aku mmg taknak la kat dia kan
aku dah enjoy ngan life aku skrg
busy dengan my little flower, aisha dan kekucing lagi.
dah lah tengah sedih kitten semua orang ambil :(

well.. dia neh aku boleh katakan berani la. straight to the point
tapi sikap mendesak dia boleh tahan straight.
emo jugak aku disitu bila aku kaborkan aku tak bg no phone to stranger.
dia pun kata. nak talk je (talk to the hand la bro)
aku bila didesak.. mmg emo jugak la  tapi dia takder la desak secara kasar
cuma aku tak boleh blah dengan orang tak paham bahasa.
aku cakap takmo bagi then stop it la!!

kekdahnya.. dia block aku  terus. haha
elok jugak la. sebab kalau tak aku block ko jugek.

apapun chef, semoga ko jumpa awek yang beriman
memandangkan ko cakap ko lost kan.. adios amigos.

post signature

Friday, March 8, 2013

sengal

boleh tahan sengal mummy pagi neh. 
kejut aisha pepagi suh mandi tukar baju uniform school.. 
siap2 semua nak anta gi school.
 tup tup ada yang call.. 
tanya delivery bleh hantar hari ni tak? 
hari jumaat!!! 
"ohhhhhhhhhhhhh today is friday!!!!"

mummy syak tentu sebab mummy excited nak naik scooter anta aisha g school. dushh

( jangan tak tau mummy dah ada scooter.. jeles kan ..jeles kan) 
huhuhu

post signature

Saturday, January 26, 2013

Friday, January 25, 2013

h.e.l.l.o

hello eberibadi
lama kan lama kan lama kan..
lama tak dengar aku merapu rapu dih.

keh keh keh
rindu?
mmg tak la kan.

lani aku sibuk.. banyak kerja
tahu je la mr hero..
kalau company tak untung.. bising ajek
mata tak bukak lagi dah kena bebel.
time untung.. buat lambat plak bagi bonus.
tapi takpe. janji ada..
keh keh keh

korang how life?

aku bukan setakat sibuk keje je..
liffy merlin snowie amber darren hichiro alden
dah pun membesar bagi johan biri-biri
so semakin sibuk la aku mengemas rumas
kecuali meng"iron" pakaian..
masih lagi menten 5 bakul dalam bilik pakaian
tak terusik langsung. siyes aku malas iron!

takder mende nak cerita sangat.
hopefully semua orang baik-baik saje.
macam aku yang semakin jelita. ahaks
sila jeles! hahahhaa

oklah. dah lewat pi keje. chow.post signature

Tuesday, January 1, 2013

bekerja di tahun baru

boss aka incik hero neh tadi beria-ria suh email
padahal aku dah abis waktu kerja.
dah siap aku typing dan post thru email

selamba badak plak dia kata.. 
tomorrow, i will check your email and i will let u know.

oh!! dugaan  nyaaaaa bekerja di hari tahun baru ini.

post signature