Saturday, November 5, 2011

Petua Berhenti Rokok



lelaki ni banyak sangat alasan bila suh berhenti merokok
tapi bila pompuan, buat itu xboleh buat ini tak boleh 


susah sangat ke nak berhenti rokok neh 
tak susah pun cuma korang tu je yang eksyen lebih 
konon barulah nampak macho time hisap rokok


o yer.. release tension time wat kejer?
hisap rokok release jadahnya..
udah2 lah tu duk cakap release..
padahal mmg kaki perokok!


korang kalau tak tahu camne nak berhenti. meh aku ajar:



1. Melengah-lengahkan 
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang 
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu
 - Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu
 - Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
 - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan 
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
 - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

nahhh.. simple kan???

dah berhenti merokok ke belum? jangan pandai cakap je.

meminta harus memberi. 
tata.



post signature

3 surat cinta ♥ :

Sang Pemikir said...

Disebabkan dadah dalam rokoklah orang lelaki susah nak berhenti. Sebab tu alQardhawi fatwa haram. Mudharatnya terang-terang dah dijelaskan.

BonD JeLLa said...

smoking cessation.
on the paper, based on procedure, memang kita nampak mudah untuk diorang berhenti merokok. hakikatnya, its quite hard u know. especially orang2 yg dah merokok lama. always supporting them to quit smoking. and keep on supporting. dont force. make it slowly.

linn said...

they have too!

quit smoking start from now on~ that wont be so hard if they want too!

:D