Tuesday, March 22, 2011

bercerita tentang jabatan tenaga kerja


semalam aku pergi ke jabatan tenaga kerja
untuk bertanya tentang hak-hak sebagai majikan dan pekerja.

situasi:

aku:
 sebagai majikan..saya bayar gaji  pekerja ikut hari, contohnya 20 ringgit sehari
pegawai:
 yer kalau gitu gaji dia dikira hari dan gaji tidak boleh dipotong kecuali
potongan kwsp dan socso
aku:
kalau pekerja sepatutnya masuk kerja jam 1 tapi masuk kerja jam 4
maka gaji juga tidak boleh dipotongkah?
pegawai:
yer, perlu dikira 20 ringgit sehari
aku:
kalau begitu, saya start esok boleh pergi kerja jam 6 walaupun rakan sekerja
yang lain masuk jam 1 sebab gaji kami tetap dikira sama..itu menggalakkan persekitaran tidak sihat sama sekali dalam workplace.
pegawai:
yer!!! , sebab gaji tak boleh dipotong.itu prosedur!!!
walaupun menggalakkan persekitaran tidak sihat!
(watdehek)...(macam bengom jer!!! )
aku:
agak tidak adil disitu... kalau begitu, apakah hak sebagai majikan?
pegawai:
majikan boleh meminta beliau menggantikan masa yang lewat
aku:
sekiranya masih juga beliau tidak mampu untuk menggantikannya? apakah seterusnya?
pegawai:
majikan boleh mengambil tindakan disiplin atau membuang kerja dengan notis terlebih dulu atau sms
aku:
tindakan disiplin yang macam mana dibenarkan?
pegawai:
bergantung kepada majikan (pastu asik repeat yang sama!! sambil aku bosan)
(kan aku amek tindakan disiplin sendiri.. nanti kata aku salah pulak!! )
aku:
sekarang cubalah puan fikir secara logik,agak berat sebelah disitu. menjaga hak pekerja tanpa mengambil kira hak majikan, bukan?
pegawai:
hak seorang majikan hanya boleh mengadu pada jabatan tenaga kerja untuk mengambil notis berhenti kerja dari pekerja pihak cik..claim tidak boleh dibuat disini.
aku:
notis jer???? lepas dia bagi notis kira selesai ker? tapi bukankah notis berhenti kerja adalah sebulan lebih awal? so adakah bila notis diberi, bermakna dia perlu bekerja semula sehingga notis tamat.
pegawai:
bergantung kepada majikan.. (macam bengom lagi sekali!!!)
saya sarankan awak mengira ikut jam..contohnya 3 ringgit satu jam
aku:
kalau macam tu.. contoh dia datang jam 1.00-1.30 so hanya setengah jam? maka haruskah dikira 3 ringgit atau 1.50? sebab gaji dia mengikut jam?
pegawai:
kira hanya 1.50.. (pulak dah!!)
aku:
kalau macam tu saya kira ikut jam la lepas nih, senang.sebab kira ikut jam boleh dipotong jugak tu sebenarnya. so kira win-win situation.
aku:
sekiranya saya mendapati surat medical adalah palsu dimana ianya diubah oleh pekerja?adakah masih pembayaran perlu dibuat?
pegawai:
sekiranya, surat mc dikemukakan, majikan perlu membuat bayaran. untuk menentukan benar atau salah adalah luar lingkungan kerana gaji tidak boleh dipotong sama sekali
( sekarang aku rasa seronok sebagai pekerja!!! dem)

aku rasa jabatan tenaga kerja memang tak layak wujud. walaupun aku sebagai pekerja
tapi memang nampak sangat berat sebelah...
bila aduan dibuat, kita sepatutnya ada hak untuk melihat aduan tersebut
tapi jabatan tenaga kerja kata "itu prosedur, adalah rahsia"

ahaks... sangat macam bengom!!!
Malaysia patut lebih peka dengan setiap individu
tak kira pekerja atau majikan
tindakan berat sebelah tidak akan menguntungkan sesiapa..

sila la celik minda.

post signature

2 surat cinta ♥ :

Unknown said...

tau xpe..saya kena doh! last keje ngan Ntegrator sdn bhdn cawangan besor..beberapa negara ade cawangan. tapi hampeh! tutup kat malaysia; bagi notis sebulan..duit pampasan hampeh! JTK kunun2 leh wat sesuatu..sesuatu yg "B***S**T". sekian. sbb tu malas doh keje; wat tambah dosa sbb ari2 dok maki hamun !

linn said...

memang! macam gampang je!! bengang giler