Saturday, January 22, 2011

Kenali Tujuh Tanda Awal Suami Bermain Kayu Tiga?



sedang elok-elok aku berfacebook
aku terbaca artikel nih.
nampak menarik. jadi aku share ngan korang



Suami bermain kayu tiga atau curang adalah salah satu penyebab utama penceraian. Dalam kebanyakan kes, hampir separuh adalah kerana perbuatan suami yang bermain kayu tiga atau curang terhadap pasangannya. So, marilah kita mengenali tanda tanda awal supaya anda boleh bertindak sebelum terlambat. Erti ‘bertindak’ supaya anda dapat mengenalpasti masalah masalah dalam perhubungan anda dan memperbaikinya secara bijaksana seperti Zulaikha dalam cerita cerita dongeng.


1. Kehilangan Yang Tidak Dapat Dijelaskan – Jika suami/pasangan anda tiba tiba kurang menghabiskan masa bersama anda, selalu pergi outstation atau banyak menghabiskan masa bersama rakan rakannya, anda patut curiga. Jika dia tidak bersama anda mungkin dia bersama orang lain. Walaubagaimana pun jangan membabi buta menuduh nya curang. Siasat dan dapatkan bukti. (sila siasat dulu yer.. !! jangan membuta tuli)


2. Panggilan Telefon Misteri – Pernah kah atau tidak telefon suami/pasangan anda berdering semasa berada dalam kenderaan tetapi dia tidak mengangkatnya atau dia menjauhkan diri untuk mengangkat panggilan telefon tersebut dalam keadaan mencurigakan. Atau anda mengangkat telefon tersebut tapi talian tersebut terputus kerana diletakkan oleh pihak sebelah sana, anda patut  berjaga jaga kerana mungkin perempuan lain yang menelefon dan tiba tiba merasa takut. ( pasal apa dia nak letak yer.. mmm)


3. Menyembunyikan Sesuatu – Adakah suami/pasangan anda mempunyai emel atau telefon yang anda tidak ketahui? Jika anda menjumpai sesuatu seperti sim kad atau emel, salin emel atau sms sebanyak yang anda dapat. Walaubagaimanapun sentiasa bertindak rasional dan tidak memburukkan lagi keadaan. ( ini masa utk jadi spy)


4. Kekurangan Nafsu Untuk Sex – Jika suami/pasangan anda seperti tidak bernafsu untuk melakukan sex samada sebelum atau selepas dia keluar dengan ‘Kehilangan Yang Tidak Dapat Dijelaskan’ anda patut memberi perhatian serius. (glurpp.. no komen)

5. Bertindak Terlalu Defensif atau Marah – Apabila anda bertanyakan tentang sesuatu yang mungkin berkait rapat dengan ‘Kehilangan Yang Tidak Dapat Dijelaskan’ suami/pasangan anda bertindak terlalu defensif atau marah, mungkin suami/pasangan anda cuba untuk mengalihkan perhatian anda. Berhenti menyoal suami/pasangan anda kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. (sila bagi dia ice cream...supaya dia cepat sejuk. keh keh)

6. Baunya Lain – Jika anda menjumpai kesan kesan lipstick atau bau pewangi badan perempuan, memang sah suami/pasangan anda ada affair di luar. Terpulang kepada anda untuk tindakan seterusnya.(memang cari nahas)

7. Berpakaian kemas dengan Tiba Tiba – Tiba tiba suami/pasangan anda berpakaian kemas dengan tiba-tiba (menyemat) kalau sebelumnya berpakaian macam petani kampung tiba tiba membeli pakaian baru, memakai minyak wangi dengan rambut bergel dan berniat membeli motor besar atau kereta sport. Ulat bulu sudah naik daun. Mungkin terdapat perempuan lain yang ingin di tacklenya. (amboiii...menyemat nampak)

Walaupun artikel ini adalah untuk wanita khususnya tetapi kaum lelaki hendaklah mengambil perhatian tentang apa yang wajib tidak dilakukan oleh mereka seperti artikel di atas.

Untuk isteri isteri, adalah lebih baik menyelesaikan masalah dengan bijaksana dari menarik rambut dan menangis berhari hari. Berikan layanan istimewa kepada suami/pasangan anda. Berdandan secantik cantiknya dan berikan apa yang dimahukan oleh suami/pasangan anda. Sesungguhnya lelaki hanya ada dua deria rasa, ereksi dan lapar. Gunakan lah dengan sebaiknya.
(p/s : dulu amber pernah curang ngan allen--(kucing aku okeh)
sumber: facebook.

post signature

9 surat cinta ♥ :

achik ezam said...

caner kolo hasben/wife ketagih fesbuk????

jeng jeng jeng!

elly hamzah said...

ahaksss..pandai doh dia lenim.

bijop2, kena gi check tok laki kito pah ni weiiii..

l.i.n.n سي ڤاري ڤاري said...

ezam. ahaks.. kena beli sistem yang block facebook. hehe. buka utk yang perlu je. :p

makcik- akekeke.. khas utk makcik.

Neezhom Photomalaya said...

Salaam. hoyyo, wahaya ngat artikel! x dok peluang la suami2 lepas ni keh3

doh guaner pulok petanda isteri main kayu 3 suku boh? ;)

diary mama said...

best-best topik ni...

l.i.n.n سي ڤاري ڤاري said...

nizam- haha.. nih kes elakkan laki main kayu tiga. hak puan main kayu 3 pun serupe lebih kurang ginim jugak peel peseng nyer.

akak sina- huhu.. utk pedoman.

wati said...

bagusnya tips..tapi...seorang isteri mempunyai deria ke 6 n naluri yg kuat bila suami sedang melakukan sesuatu yg tak disukainya...so para suami beware when u art,someone alwizz watching u....wakakakkaa ada berani!!!!????

l.i.n.n سي ڤاري ڤاري said...

wakakaa.. sajakkk!

l.i.n.n سي ڤاري ڤاري said...
This comment has been removed by a blog administrator.