Sunday, May 1, 2011

warkah buat sayang


dalam aku surfing.. aku jumpa sekeping nota
maka aku tuliskan disini..untuk berkongsi

sayang
perkenalan kita begitu simple
bermula dari pergaduhan di alam maya
hingga membuahkan perasaan unik antara kita

hari demi hari. kita semakin mengenali
kita semakin berkongsi
semuanya indah.. walaupun kita bukan serasi

sayang
perasaan unik kita dibawa ke perbincangan keluarga
saya bersyukur.. keluarga sangat mendokong
sesungguhnya restu keluarga itu sangat lah penting..
maka berlangsung lah upacara mengikat tali pertunangan antara kita
sesungguhnya.. sayalah perempuan yang paling bertuah
kerana hati sayang berjaya saya miliki

hari berlalu pantas
kita diuji dengan jarak yang bukan dekat..
kita cuba bertahan biarpun dalam kepayahan.
namun, badai itu datang bertalu- talu..
kita semakin renggang
kita menjadi semakin jarang berkongsi
mungkin kita menjadi semakin asing

sayang
kamu melihat saya tidak bersungguh-sungguh
dalam menjadi suri mu
mungkin zahirnya kelihatan begitu..
namun ingatkah sayang?
disaat pelamin kita dibatalkan..betapa saya sangat stress
betapa saya sangat moody.sehingga tidak mahu bercakap mengenainya..
namun sayang..dalam diam-diam
saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali pelamin yang sama
dan saya berjaya mendapatkannya utk pelaminnya kita
biarpun dari bridal yang lain.

mungkin dalam persiapan kelengkapan hantaran saya kelihatan sambil lewa
namun sayang, dalam kesibukan .. saya telah pun menyiapkan
semua senarai hantaran perkahwinan saya
hanya menunggu masa untuk diserahkan pada pihak mu..

pernah sayang mengajak saya membeli door gift
tapi kesibukan saya membatas semuanya
namun tahukah sayang.. semua doorgift vip
berserta paper bag vip telah pun saya beli

mungkin saya kelihatan tidak beria-beria
namun hampir setiap minggu saya mendesak tailor saya
menyiapkan persalinan saya untuk majlis akad nikah kita
kerana saya ingin menjadi pengantin yang cantik dimata kamu.sayang
dan baju persalinan saya telah pun sebenarnya siap..
putih sepertimana kita impikan

namun.. sayang
semuanya tanpa pengetahuan kamu.
semuanya tidak saya ceritakan kepada kamu
makanya benarlah tanggapan mu sayang.. saya tidak bersungguh-sungguh
untuk menjadi suri dihati kamu

esok merupakan hari dimana
kita bakal mengikut haluan masing-masing
maka doa saya kepada sayang
" berbahagialah duhai sayang "
"kerana saya begitu menginginkan kamu berbahagia"

saya faham
"cinta kita tak berjaya sampai ke kemuncaknya"
mungkin kita tak akan pernah berjumpa lagi
maka maafkanlah sayang segala kesilapan saya
saya begitu berdosa

pada keluarga sayang
maafkanlah saya.. semuanya salah saya
semoga kalian terus mendokong dia
kerana dia berhak menentukan kehidupannya.

kepada keluarga ku.
terima kasih atas kasih sayang kalian
betapa bersyukur berada dalam satu keluarga yang sangat menyayangi diri
betapa berterima kasih kepada mu Ya Allah.
post signature

5 surat cinta ♥ :

wati said...

alwizzzz love u...sampai ke hujung nyawa akan menyokong busu

Unknown said...

makcik, sorry to hear.

i know u're so strong for this. saya juga akan sokong makcik sampai bila-bila, tabahkan hati..semoga segala kepayahan dan keperitan dibalas dgn ketenangan dan kegembiraan saat dan tika ianya datang.

makcik, x tergambar pilunya hati seorg teman yg ingin melihatkan kebahagiaan teman tersayang..seolah2 ianya direnggut hingga berderai bertaburan ke bumi.

be strong!

wati said...

busu...ketahuilah kamu telah buat sehabis baik n hampir sempurna segala persiapan utk melalui 'hari' itu..
busu...aku percaya cuz walau my princess demam tapi kamu tetap menyuruh agar dpt meluangkan masa utk mencari pelamin...
busu...aku tau kamu mmg payah utk jatuh cinta n takan pernah curang,itu yg pasti sebab aku tau SIAPA KAMU...tapi ianya bakal berakhir walaupun kamu masih menitip satu harapan...
busu...sampai ke saat akhir,kamu tak pernah menyatakan yg buruk terhadap dia,kata kamu "dia seorang yg baik n aku tak mampu membencinya" cuma sebagai seorang kakak,aku mohon kau relakan kepergiaan dia,seandainya itu yg dipinta demi kebahgiaan dia...
busu...tabahkan hati kuatkan semangat cekalkan diri hadapi segala2nya...ameen

Anonymous said...

linn,
Always remember, ALLAH akan beri apa yang kita perlu :).
Jangan bersedih, jangan sesekali.
Memang sbg manusia biasa, lumrah utk berasa sedih, tp jgn terus menurut rasa. Ini ujian buat kamu, dan Allah uji kerana Allah masih peduli. Hang tough dearie.. am here.. always ! *hugs*

nixk dotnet said...

emm...linn...

emm...sabar...

emm...

p/s: nak komen juga, tapi lidah kelu seketika.sorry...tapi tahu linn masih beruntung kerana memiliki keluarga & teman2 yg senantiasa menyokong linn..