Saturday, May 7, 2011

surat dari l.i.n.d.a untuk MUM !!!


 when people outside there telling story about Mum..
i also got story!

mum..
ingatkah bila mak bersusah payah
mengandungkan linda selama 11 bulan
(*ok mak aku panggil aku linda..cute gitu)
sedang orang lain 9 bulan dah beranak
tapi mak memang gagah .. up dua bulan lagi ..
maybe linda selesa duk dalam perut mak yang comel tu..

tepat 28 april 1981
lahir lah linda yang sangat comel
adorable.. and kiut miut * biarkan aku perasan ok!
sesungguhnya sempurna sifatnya!
walaupun linda tak minum susu ibu
linda minum susu lembu.. itu tetap membuatkan
linda putih kulit..dan comel.. ahaks. *ok..aku out topic :|
walaupun abang asyik kata linda bukan anak mak dan ayah
tapi anak orang asing.. semua kerana muka linda yang lain
padahal memang muka adik-beradik lain per...
walaupun linda selalu merajuk.. mak selalu pujuk cakap "jangan peduli,abang"
bile besar linda tahu.. abang tu jeles lah tuuuu!!! huh


perjalanan sekolah rendah tidak begitu lancar
dahlah duk kelas belakang jerk.. daftar lambat
kepala otak pulak tak berapa nak cerdas.. haihh
tapi mak tetap tabah bila linda asyik ponteng sekolah
ayah dah tak berapa nak cool... last2 sekali kena ikat pokok..
tapi masihkah mak ingat.. lepas tu linda rajin gi sekolah
100 peratus kehadiran. ..siyes hebat kan masa tu

masa berlalu pantas..
masihkah mak ingat sekolah menengah linda..
sungguh gemilang .. huhu.. ramai peminat * ok. mak tak patut tahu
kelas asik naik je.. keh keh .. hebat giler..
dan dari hari ke hari mak cuba mengajar linda menjadi seorang manusia
memberi dorongan untuk peperiksaan agar tak pernah kecundang
walaupun result tak cemerlang orang lain
tapi aku tak der yang F = fail !! okay ar tu.

kehidupan di universiti begitu bersinar
ingatkah mak linda mengesat hingus keluar time mak antar ke kolej
siyes biler teringat balik... malu betol.. tak cool.. *haihhh
tapi masa tu.. hati linda sebak..
mak juga sebak.. mereka juga sebak..
4 tahun bergelumang dengan buku
maafkan linda pasal tak gi majlis graduan..
tak tahu pasal hati rasa tak best..
alahai.. tak sempat nak rasa lalu atas dewan ..amek scroll
tapi tak mengapa. asal mak tahu
linda memang abis belajar!! ahaks..

hari demi hari berlalu
perjalanan linda masih di perantauan..
masih seperti yang dulu .. cuma lebih matang
semuanya kerana doa mak yang tak putus-putus terhadap linda..
biarpun berkali-kali mereka diluar sana memberitakan perkara buruk
tapi mak tahu linda macam mana.. mak diamkan..
tapi linda tahu.. mak terguris..
terima kasih atas kepercayaan yang tiada tolok bandingannya.

mak..
linda sedar.. antara linda dan mak..
kurangnya komunikasi.. kerana dari kecil ..
mak mengajar linda supaya lebih berdikari..
berpijak di kaki sendiri.. jangan mengeluh..jangan berputus asa..
namun..
linda tahu..kasih sayang mak tak pernah berkurang terhadap linda
malah makin berkembang setiap hari..

mak..
linda tak pernah tahu..
sekiranya pernah mak menangis kerana kecewa terhadap linda
linda tak pernah tanya sekiranya mak pernah marah pada linda
tapi apa yang berlaku kebelakangan ini..
linda tahu mak kecewa
linda tahu mak berpura-pura menghiburkan linda
sedangkan mak sendiri terluka..
linda mohon ampun..
linda masih tak mampu menjadi anak yang baik untuk mak..
tapi linda bersyukur
kerana mempunyai keluarga yang begitu menyayangi..

pada ayahanda yang tersayang
betapa linda kagum dengan sikap cool!!
betapa linda kagum dengan sikap tak menentu ayah
yang kadang kala memeningkan.. tapi menghiburkan..
namun semua sikap tu sikit sebanyak mengajar linda menjadi lebih baik

selamat hari ibu.. selamat hari bapa..
selamat hari -hari..
linda sayang u mum !!!
post signature




6 surat cinta ♥ :

Anonymous said...

miss my mama.. :')

linn said...

call her.. or texting her.. :D

Unknown said...

u make me cry;

everythg about u..i'll cry; whether coz of sad @ happy.

but, i'm really proud to be ur fren..

to mak linda & ayah linda; i'm really proud to be ur dotter's fren..really!

erk..i feel 'sumthin' when i called u linda.hehehhee

linn said...

kinda good huhu.. when back to name of linda..

and u know what.. mean of linda is beautiful.. akeke

please la dear.. dont cry.. its funny entry :p

Unknown said...

funny meh? pesal cam sad jeeeeee.

linn said...

errrr~