Friday, March 4, 2011

saman dan pdrm -langsung tak efisien!!!!


(entry nih melepaskan perasaan angry!! aku memang hangin)
27.02.2011
bila kerajaan duk war-warkan yang kompaun saman
yang kena blacklist... aku pun pergi la nak membayarnya
sebab aku tetiba dah masuk senarai blacklist..
so seawal jam 10 aku dah bertenggek kat IPD
pastu pusing ke pejabat pos berdekatan di pengkalan chepa..

oh no!!!!!!!
korang just imagine no giliran aku tu.. sanggap giler
perghhhhh 
405 
orang lagi kat depan
hak nih okay skit....
98 
orang di depan...
so aku decide utk stay kat pejabat pos...
sambil aku call staf untuk datang .. supaya dia boleh tunggu dia IPD...

tick tock tick tock..
siyes naik bengang!! line offline.. macam hape.. lembap nak mampus..
bila je online.. 2 minit je... lepas satu orang
offline pulak lebih 2 jam... dah pukul 2 lebih.. aku dah mula lapar..
staff aku datang aku suh ke IPD.. sanggap lagi dia disana..
mane taknye.. bodoh tak bodoh..
nak suh orang pi bayar saman.. orang datang punya lah ramai
kaunter semak bukak 1
kaunter bayaran bukak 1 kaunter...
tak efisien langsung!! apa ko ingat aku nih tak kerja ker?
pakcik makcik yang datang tu.. takder benda nak buat ker?
yang aku pasti..polis lain berlonggok jer duk kat dalam office..
pasal aku masuk gak bahagian personal.. untuk tgk pasal apa aku kenal saman
dapat lah tgk gambar kereta aku... macam dem!!! arghhh
lagi pakcik polis tu cakap..
"ngan awak saya kasi free je.. biasa nak tgk gambar kena bayar rm10 hengget"
bengong ke ape..??? salah ke aku tgk bukti kesalahan aku
mane tahu ko sesuka ati je amek gambar aku..
tu mujur aku tak sound.. saya nak tgk video!!! 
sebagai bukti. gambar tu korang boleh amek kat mane2
kat parking pun boleh..setakat gambar no plate je ngan bonet belakang je...
argh..sangat bengom..

masa berlalu
semua orang duk merungut... aku pun sama..
just imagine la.. kul 10.30 kaunter tiket dah tutup..
so yang ada yang amek tiket seawal pagi la..

lagila dem kalau tgk kaunter tu bukak 1 je.. cam hape kan.. 
buah duku betol!!!!
lagi nak bagi pejabat pos.. alih2 asyik offline.. bajiro betol....

yang pasti kul 6.45 baru aku boleh bayar.
tu pun ada abang tu kasi no kat aku.. no
2351
apapun nyesal aku gi bayar,, lepas aku baca nih
perihal saman--->ketip sini
menyesal !!!!
oh aku memang emosi ari ni...
sila faham !!
post signature

Thursday, March 3, 2011

takdir dan jodoh


oh. aku dah tukar lagu ...
lagu nih aku terdengar bila tgh membelek mp3 di internet
pertama kali dengan lagu nih
aku belek2 lirik dia..
sangatlah menusuk kalbu....
tajuknya sangatlah best...

takdir dan jodoh

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu raja
di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan kacak bergaya
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu jiwa indahnya peribadi insan


sangatlah.. mendalam bagi aku ..
alangkah indah kalau kita ditakdirkan untuk berjodoh
dengan orang yang sayang..
namun
Allah Maha Mengetahui
menetapkan segala yang terbaik untuk kita
amin.
( nak gelak pulak aku baca doa nih ... haha)
post signature

Tuesday, March 1, 2011

c.i.n.t.a


cinta
adalah penyatuan dua hati
dimana perlu saling melengkapi

kau mungkin bukan yang terbaik untuk ku
begitu juga aku yang tidak pernah sempurna untuk kamu
namun aku percaya
tiada yang penting dalam percintaan
selain, rasa kasih sayang
yang disulami keikhlasan dan kepercayaan

cinta bukan bermakna menakluki
juga bukan untuk merubah seseorang menjadi seorang yang lain
dia akan berubah.. tapi sehingga itu
berikan dia masa
masa yang menuntut kesabaran...
kerana ..aku telah memilih kamu

cinta itu indah..
kita mungkin disogok dengan segala macam dugaan
kita kadang-kadang mengambil sikap tidak mengambil tahu
kerana itu, sikap memahami tidak boleh pernah gagal
dalam membentuk satu perhubungan

cemburu, marah itu perlu
tapi biarlah kena pada tempatnya...
kerana ianya mungkin merosakkan rasa cinta...

cinta adalah kejayaan
kejayaan dalam meraikan dua hati...
post signature

self potraiture


19 jan 2011
dua bulan lepas punya cerita
tapi aku nak tulis jugak. huhu

self-potraiture nih aku ambil dengan azmie sulaiman
talented photographer.
and. fyi dia photog aku masa my engagement
so nih termasuk dalam packages
dapat buat self potraiture. nice jugak la kan..

petang tu aku dengan abby
jumpa ngan tas..
lagi ada jihan, muien
dorang tag azmie

first pergi ke kawasan yang aku pun tak berapa nak pasti
because we plan to go pantai mek mas
on the way tu lah tempat tu. lupa lak nak tanya nama apa.
pasal gps takder. but nice place ever
pokok dia memang cantik dan aku suka

siap disitu berangkat ke pantai mek mas..
agak seronok disana. pasal aku memang suka sama lalang-lalang
di pantai mek mas. terbaik...
*tapi jangan hidup seperti lalang...

apapun.. this is my potraiture..
i care so much about output from that session
lucky me..
memang comel.* sambil tengok cermin

apapun.. i love myself
and i love for being me..

thanks to all..
pokok tu cantik.. tapi takder pulak yang full
oh saya agak comel disitu
*apasal aku edit merah pulak neh. haishh
cak cak cak.... tak nampak memang buta la.. :p
comel je pokok nan sebatang neh
disebabkan comel.. aku suh snap sekeping lagi.. kah kah 
takder keje amek gambar ngan pokok kelapa.
*haips.. takdak pokok kelapa.. takdak santan..
macam mane mau buat curry?? huhu
oh encik kambing yang sangat sporting
aku bagi makan sket je.. dia nak lagi..
sampai botak rumput kat situ.. huhu
taraaaa..nih lah dia Pantai Mek Mas
comel sesangat..
akeke.. editing aku nyer word takleh blah..
jiwe-jiwe pulak.. ades
ahaks...macam citer hindustan. 
hahha.. malu malu
akeke.. aku suka this picture..
props tu comel. love love pink gitu
posing kena la tukar-tukar.. 
sama je aku pun naik boring
pendek kata semua photo aku suka
tapi dah lama duk lam hdd aku
tak jugak gi cuci-cuci.. haihhh...

apapun... that was a great day
nanti nak print bebesor.

panjang lak tulis. banyak lak gambar.
dah. aku dah nak off.. tata
post signature