Saturday, June 19, 2010

doa untuk mu ..sayang.

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin.... 
Photobucket

Thursday, May 27, 2010

oh little sugar glider

hey orang kampung.....
sekarang aku rasa
tahap kesuburan haiwan ternakan aku menjadi-jadi
ari tu hamster aku beranak..sebelum aku ke Gold Coast
semalam lagi mau beranak..banyak pulak tu
sampai 9 ekor...
kucing-kucing aku kat rumah yang tiga ekor tu
dah makin gemuk dan membesar.. comel giler..
huhhuhu..

semalam kelahiran yang ditunggu-tunggu pun tiba
my sugar glider.. su kyi dan max..
dan jadi mak dan bapak..
huhuhu...dah beranak su kyi..
ada dua ekor anak dia.. comel tapi garang..
mula-mula aku cari gak... mana porch su kyi..
cam takder.. je.. muka mula dah frust..
aku tgk anak dia duk peluk dia je..
then aku biar je la..

sibuk aku duk ber facebook..
rasa nak gi tgk su kyi..
halamakkkkk.....
anak dia dah masuk porch la..
OMG ..that was great moments.. dem cute..
harap mereka-mereka membesar dengan sihat

kayala aku..
leh jadi peternak yang berjaya.. ahaksss
untuk korang... aku hadiah.. gambar anak su kyi 
sebelum masuk porch..
sekarang tak nampak dah anak dia..
pasal masuk porch tak kuar2.ahaks.
hihi.. comel kan??? geli pun ada.. 
but they such lovely little sugar glider
huhuhu...membesarlah dengan sihat~

gold coast with love

20hb Mei 2010
morning flight dari kb ke kl..
tunggu sampai jam 9 malam untuk flight ke gold coast..
sebelum tu sempat lah hantar dokumen kat kuala lumpur
nak cuti pun.. keje kena langsai babe


21hb Mei 2010
sampai di Gold Coast dalam jam 8.00++ waktu 
Gold Coast  awal dua jam dari malaysia
by the way perjalanan amek masa dalam 8-9 jam
tapi aku tidor je lam plane.. nak buat ape lagi..
sampai je terus naik bas ke Surfers Paradise..
cari hotel ..ingat nak duk backpackers je..tapi 
cari yang ada class sket.. ahaks...
300++ pernight.. cam hape

sampai je terus gi cari makan...
makan steak sampai lekat celah gigi.. sedak lah jugak..
cari sourvinier kat mereka-mereka yang patut..
sempat gi Pacific fair.. dorang kata murah
tapi banding duit mahal.. mahal lah wes..
so tgk-tgk je ler..
jam 5 dah macam jam 8 malam..
so disebabkan kepenatan.. tidor jam 5 ...giler kentang

22hb Mei 2010
pagi-pagi ke currumbin wildlife..
tgk binatang - binatang..
aku kan suka binatang tu ape seme.. haha
kat Gold Coast dorang naik bas je..
best jugak..pandai dorang buat..tempat semua clean je
koala bear dorang kecik dari yang kat melbourne 
tapi comel-comel..
aku bajet nak kidnap wat balik je..
tapi biadap betul koala tu..
tak mo lak dia ikut aku..haishhhh

23hb Mei 2010
hari nih ke Seaworld..
masih lagi menengok binatang-binatang..
tak kose aku nak gi warner brother.
nak tgk apa kat sana..tweety.. batman.. ngee
baik aku tgk dolphin.. polar bear..piguen
and of cos.. koala bear again.. ahaksss..
seharian kat situ.. aku beli dolphin bear
cam haram besar.. wat balik sampai kat malaysia.. 

24hb Mei 2010
awal pagi jam 4am waktu Gold Coast 
bersamaabn 2am waktu mesia
aku dah bangun nak ke airport
penerbangan awal pagi..
sanggap giler duk airport dah ar sejuk
sib baik ar ada dolphin .. leh peluk2
naik je plane.. alangkah bahagia..
dapat tidor selama 9 jam.. oh dunia..
finally around 3pm++ waktu mesia
aku selamat sampai...
malaysia im back.....

25hb Mei 2010
semalam tgk movie.. marathon..
the bounty hunter ngan Robinhood..
jam 8++ balik ke kota bharu...
sambung tidor balik... 
oh dunia...

tamat lah sudah..malas nak tgk gambar byk2
letih nak tunggu..
nak tgk..tgk kat facebook la..






Tuesday, May 11, 2010

hari yang cerah untuk bekerja

hari ini cuaca cerah
aku pun cerah ...
cerah mata ...
cerah otak..
mane tak nya ada lagi 6 laporan nak siapkan..

mane pulak perginye idea aku neh..
mmg tak leh buka fesbuk time buat kerja
ada jer notification sampai 
teruh rasa nak tgk..
langsung tutup je fesbuk...

oh incik boss...
demi nak pergi holiday..
sebelum 20hb mei 2010 
pasti saya siapkan semua kerja-kerja itu
incik boss yang gusar atau runsing...

untuk incik boipren..
sila bagi semangat yang sepatutnya
jangan asik membebel saya itu ini...
when i need u.. i need joke..
cakap romantik2 pun okay..

(p/s : naik ketar tangan dah buat kerja.haishh)