Saturday, October 9, 2010

doa buat kekasih

masih terbayang-bayang 
pertama kali kita berjumpa
tersipu-sipu malu 
tapi tetap jugak control 

perhubungan kita berjalan dengan baik
kita cuba berkawan dengan cara yang berbeza
melalui maya..
walaupun begitu ianya tidak lah menjadi halangan utk kita
meneruskan persahabatan ini..

dari persahabatan maya
kita berganjak setapak
dimana hati menyatakan bahawa sudah tiba masanya
saya dan awak membuat keputusan
01012010
status saya berubah
saya tahu awak dan saya sudah bersedia 
untuk rasa memiliki dan dimiliki

perhubungan berjalan dengan baik
walaupun adakala nya kita bertengkar
awak terlalu sempurna
awak sentiasa ada disisi saya

kita melangkah jauh lagi ke depan
bersaksikan dua keluarga 
awak datang membawa rombongan merisik
saya gembira kerana saya tahu awak pilihan saya 
pilihan saya yang terbaik

jarak dan masa memisahkan kita
beratus marhalah jauhnya
saya tahu banyak dugaan yang bakal kita tempuhi
tapi saya percaya pada awak
percaya pada perhubungan ini.

dalam masa yang sama saya menghabiskan 
masa bersama-sama rutin dan teman disini
disebalik kegembiraan kita rupanya terpalit juga kedukaan
mungkin silap saya semuanya
kurang memahami awak dari pespektif awak

duri yang tercalar dalam hati awak cuba saya padamkan
agar luka nya tidak terlalu dalam berdarah
tapi saya terlambat sudah
kerana awak mempunyai jawapan sendiri 
atas setiap kejadian yang berlaku...

dengan satu sms.
saya akur.. saya terima.
saya cuba untuk  bertabah
walau saya tahu saya tak akan pernah bisa kuat lagi
terlalu banyak difikirkan.
memikirkan ini satu mimpi..
adalah bukan dalam fikiran lagi..

sedikit demi sedikit 
awak berusaha melupakan saya
saya terima

rupanya benar..cinta tak semestinya bersatu


2 surat cinta ♥ :

Unknown said...

huh?bila ni...aiseh, entry lamo..tapi cerito baru. wat hapen?

linn said...

nih cerita lama entry lama , makcik.