Sunday, March 9, 2014

Aku


❤️
Aku punya jalan cerita hidup sendiri . Dan aku menikmati keseluruhan hidup aku seadanya. 

Mempunyai pendidikan yang baik dari kecil mendapat ijazah sarjana dan pekerjaan semasa masa belajar amatlah membuat aku cukup berdikari. 

Merantau ke beberapa negara di usia yang muda membuat aku luas memandang dunia dr definisi aku sendiri. 

Mempunyai anak yang walaupun tidak lahir dari rahim dan tidak menyusukan dia tetap menjadikan aku seorang ibu. Biarpun aku bukan la ibu yang sebaik mana namun aku cuba selagi terdaya membentuk kehidupan dia dengan cara sederhana. 

Mempunyai keluarga yang memahami dan menyayangi membuatkan aku mengerti mereka adalah orang yang begitu bernilai dan aku tidak akan mengadaikan apa apa yang menukarkan kasih sayang mereka terhadap aku. 


Mempunyai rakan sentiasa membantu dalam keadaan diperlukan amatlah terasa begitu dihargai. 

Kehadiran ami aye yang tersayang membuatkan aku berasa hidup ini ingin aku nikmati hingga sejuta tahun lagi ❤️


Aku! Aku insan yang bahagia!

0 surat cinta ♥ :