suh aku tukar dokumen itu ini.. tapi gak dalam sistem tak bagi tukar
memula tu okay.. follow up. siap call aper seme.
then okay la aku akui ada part yang aku tak leh tukar.
so keesokannya aku cek la
sebab dia suh cek dan hantar balik..
tgk punyer tgk tidak plak ada tempat yang aku nak tukar
yang tak patut aku tukar dia buat button
yang patut aku tukar.. haram xde button..
bila aku call.. mintap maap.. incik sekian-sekian bercuti.
call lagi esok.. ada kursus..
call lagi .. bercuti sekerat hari..
kekdahnya aku hantar email
dengan harapan dia nengok email aku yang dah aku list part mana
supaya sonang dia nengok dan buat button
bila aku antar email oyat part mana yang aku nak tukar..
so aku call lg,, dia duk membebel.. kekdahnya aku plak ngamuk
sebabnya dia nengok file lain.. aku rasa cam nak letup je
bila aku cakap boleh tak incik sekian-sekian nengok email saya
saya tak nengok email
boleh dia jawab.. saya tgk sistem rosa je!!
abis email tu buat ape????????????????
oklah,, so aku bg tau part mana yang aku perlu ubah
dan dia pun reti serta tahu part mane sebab sebelum neh dia komplain
aku dah lega dah sebab harap pasni takder kes seperti aritu
malangnya
button masih jugak takder.
ada pun dua tiga ketul jer
serius aku serabut tahap gaban z belah timun.
!@$$%^^&*()()_)*
nota:
incik yang keje kat pesuruhjaya sukan
,kalau incik tgk email saya tidak lah saya kena call beratus kali
dan repeat ulang yang incik membuat kesilapan lagi dan lagi dan lagi
kita kalau nak pakai sistem, kenalah cekap .. bukan seimbas lalu je
bukannya payah pun pendaftaran tu..
takkan nak suh saya ceroboh sistem untuk ubah data!
stress saya incik!
untuk kerajaan malaysia
saya dengan ini membantah pencen dilanjutkan
sebabnya usia meningkat mengurangkan kecerdasan seseorang individu
sila amek graduan yang masih bertenaga dan semangat tinggi dalam kerja
supaya kerja tak seperti kura-kura
paling penting beliau yang fokus serta mata tak rabun bila menghadap sistem
sekian,
rakyat prihatin yang stress dek kerana pegawai jaga sistem!
0 surat cinta ♥ :
Post a Comment