Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

sepetang di polo



7.april 2010
arghh dah masuk april..
rasa lama benar tak tulis2 kat blog
takder mood.sebenarnya
tapi malam nih ada mood

semalam teman bff ke Polo Kelantan
nengok dia naik kuda..
training balik after 4 years tinggalkan arena kuda
cewahhh macam terror jer. haha

so sepetang tu aku duk tgk dia duk keliling padang
ngan ada sorang budak duk ajar dia..
takder lari2 pun.. tak lasak langsung. wkakaa
apapun.. i know
she really enjoy with Paris. (nama kuda dia)
nama ala-ala paris hilton giler. sebbaik putih..

so just a few photo.
lama dah aku tak amek gambar.. semua setting dah jadi hancus.
oh i love photography so much..

enjoy the pix









post signature

Tuesday, March 22, 2011

oh bulan

19-Mac -2011
ramai orang bercakap tentang SUPERMOON


supermoon ialah bulan berada dekat ngan bumi, 
biasanya jarak ialah 380ribu km tapi supermoon ni bulan berada dlm 350ribu km dari bumi. 
malam tu aku beria amek lenses gajah aku 
siyes rasa kaku pegang balik kamera.. lama betol tak tekan shutter
siyes rindu giler. rasa cam nak nangis je..!!

jenguk2 luar rumah. alahaii.. hujan.. sadis nyer
tapi hampir jam 9.30 awan hitam mula berarak lalu
bulan terang benderang walaupun masih dikelilingi awam hitam

yeayyyyy!!
finally dapat jugak snap. 
not good enuf i think pasal handheld je.
tripod kat dalam kete. alahai...
apapun.. bulan malam tu sangatlah cantik..mcam aku 

oh bulan!!!
karya aku untuk hari ini.adalah bulan
ini bulan aku.. bukan oh bulan by yuna ..ahaks.
Photobucket
supermoon not a superman
Photobucket
supermoon not a sailormoon

(thanks to someone. for info. really appreciate that!)
post signature

Friday, January 21, 2011

dua bangsa dua budaya



photoshoot kali nih 
mary maid aku di make over oleh kawan aku bart
dan tasneem pun di make over oleh bart

tema photoshoot kali nih..
dua bangsa dua budaya
pasal tasneem orang malaysia
maid aku orang vietnam

sian dia.. keh keh keh 
dipergunakan oleh aku. 
tak kisah lah janji dapat photoshoot.

ok.dah. tata
post signature

Thursday, January 20, 2011

dari kerana mata



(click gambar untuk image lebih besar)
pretty tasneem

Lirik Lagu Dari Kerana Mata - R Azmi

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Setiap waktu ku cinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujam rayu seorang
Lepaskan aku dari impian

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata


post signature

Friday, August 20, 2010

memory card sony

hari ni mmg pedih betul
beria aku bangun pagi untuk g berlandscape
siap mandi aku kejut maid aku 
nak suh dia teman aku..

kul 5 50 gerak dari rumah 
ke pantai si tujuh..
sampai je pantai sri tujuh..
aku buka lah beg kamera yang aku suruh maid aku pikul..
buka kamera tgk kat memory kosong
cari punya carik 
alamaaaaaaaaaaaaaakkkk
takda...
bengang giler.. rasa nak hantuk kepala pun ada 

tapi apapun, pagi nih matahari takda lah cantk sangat
terselindung di balik awan..
so takda lah ralat sangat
apapun.. perbuatan lupa bawak
flash memory mmg paling tak cerdik aku buat .. 

haihsssssssssssss.
macam mana lah boleh lupa.. ,mmmm

Thursday, May 27, 2010

gold coast with love

20hb Mei 2010
morning flight dari kb ke kl..
tunggu sampai jam 9 malam untuk flight ke gold coast..
sebelum tu sempat lah hantar dokumen kat kuala lumpur
nak cuti pun.. keje kena langsai babe


21hb Mei 2010
sampai di Gold Coast dalam jam 8.00++ waktu 
Gold Coast  awal dua jam dari malaysia
by the way perjalanan amek masa dalam 8-9 jam
tapi aku tidor je lam plane.. nak buat ape lagi..
sampai je terus naik bas ke Surfers Paradise..
cari hotel ..ingat nak duk backpackers je..tapi 
cari yang ada class sket.. ahaks...
300++ pernight.. cam hape

sampai je terus gi cari makan...
makan steak sampai lekat celah gigi.. sedak lah jugak..
cari sourvinier kat mereka-mereka yang patut..
sempat gi Pacific fair.. dorang kata murah
tapi banding duit mahal.. mahal lah wes..
so tgk-tgk je ler..
jam 5 dah macam jam 8 malam..
so disebabkan kepenatan.. tidor jam 5 ...giler kentang

22hb Mei 2010
pagi-pagi ke currumbin wildlife..
tgk binatang - binatang..
aku kan suka binatang tu ape seme.. haha
kat Gold Coast dorang naik bas je..
best jugak..pandai dorang buat..tempat semua clean je
koala bear dorang kecik dari yang kat melbourne 
tapi comel-comel..
aku bajet nak kidnap wat balik je..
tapi biadap betul koala tu..
tak mo lak dia ikut aku..haishhhh

23hb Mei 2010
hari nih ke Seaworld..
masih lagi menengok binatang-binatang..
tak kose aku nak gi warner brother.
nak tgk apa kat sana..tweety.. batman.. ngee
baik aku tgk dolphin.. polar bear..piguen
and of cos.. koala bear again.. ahaksss..
seharian kat situ.. aku beli dolphin bear
cam haram besar.. wat balik sampai kat malaysia.. 

24hb Mei 2010
awal pagi jam 4am waktu Gold Coast 
bersamaabn 2am waktu mesia
aku dah bangun nak ke airport
penerbangan awal pagi..
sanggap giler duk airport dah ar sejuk
sib baik ar ada dolphin .. leh peluk2
naik je plane.. alangkah bahagia..
dapat tidor selama 9 jam.. oh dunia..
finally around 3pm++ waktu mesia
aku selamat sampai...
malaysia im back.....

25hb Mei 2010
semalam tgk movie.. marathon..
the bounty hunter ngan Robinhood..
jam 8++ balik ke kota bharu...
sambung tidor balik... 
oh dunia...

tamat lah sudah..malas nak tgk gambar byk2
letih nak tunggu..
nak tgk..tgk kat facebook la..






Monday, March 15, 2010

when f.r.i.e.n.d.s outing

lately agak sibuk...
(sibuk la sangat ..:P)
tak byk update kat blog..
 tapi ari nih ada story nak cerita
March,12,2010
aku bawak aku nyer maid, nama mary
ngan aku nyer sugar glider, su kyi dan max
pi jumpa kawan-kawan
member aku elly .. kata nak bawak kitaorang gi kats atu tempat
cam australia katanya.. auww...
cam best jer..
tapi apa yang penting 
kami had fun.. 
 sambil amek gambar yang mana patut..
jadi model situ sini..hikhik 
jenuh jugak nak silau2 amek gambar kasik lawa





 ooooo.. i love photography so much

Tuesday, March 2, 2010

teknik HDR

semalam agak penat 
membuat tutorial HDR..
aku takder lah terror benor tang bab HDR..
tapi boleh laa..
memandangkan ada masuk forum dan aku buka thread HDR
tak sangka ramai pulak yang berminat nak belajar..
urm.. so aku post lah mane patut yang aku tahu..
 
korang pun patut sokong aku .. lam forum neh..
keh keh keh..
mane yang tahu fotografi tu.. boleh bertukar pendapat..
lagipun byk lagi thread kat dalam tu
by the way.. kat forum 
korang boleh lah register..then ada satu pertandingan blog
untung-untung apa yang korang tulis tu best
boleh menang RM300.00 free-free je.
nak kan??
kat nama referer tu tulis lah nama aku.. linnaziz
maner tahu aku boleh menang pertandingan referer
korang nak tolong kan??
apapun.. thread aku kat forum tu..
maner tahu korang boleh hasilkan foto cam aku buat neh..

selamat berforum...jumpa kat sana 

Monday, February 22, 2010

aku jadi pengantin... hah???

 
tiba-tiba kata arahan berbunyi
"linn..sila jadi model photoshoot pengantin aku"
ohh...apakah??? aku ? pengantin?
cam tak real... 
tapi cam fun jugak...
so berkobar-kobar lah nak jadi model nih..
janji petang kelmarin..
hallamak... hujan laa pulak.. kensel
sob sob sob..sedey..

"linn petang nih kul 4 ..jgn lewat"
ada lagi message lam inbox aku
rasa frust semalam tak abis lagi..
hari nih dah tak berkobar mana dah
takut tak jadi... maluuuuuu

ape pun.. harap 
photoshoot pengantin kita orang and the geng 
berjalan lancar... dan paling penting..
aku harap aku akan nampak macam pengantin...
walaupun ..aku bukan pengantin..

sekian untuk hari nih.. 
sila berdoa aku tak kalut..dan over excited.
kalu tak cantik... habislaa.. fobia nak jadi pengantin

Monday, February 15, 2010