Showing posts with label love story. Show all posts
Showing posts with label love story. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

Wednesday, June 1, 2011

Thursday, April 7, 2011

sepetang di polo



7.april 2010
arghh dah masuk april..
rasa lama benar tak tulis2 kat blog
takder mood.sebenarnya
tapi malam nih ada mood

semalam teman bff ke Polo Kelantan
nengok dia naik kuda..
training balik after 4 years tinggalkan arena kuda
cewahhh macam terror jer. haha

so sepetang tu aku duk tgk dia duk keliling padang
ngan ada sorang budak duk ajar dia..
takder lari2 pun.. tak lasak langsung. wkakaa
apapun.. i know
she really enjoy with Paris. (nama kuda dia)
nama ala-ala paris hilton giler. sebbaik putih..

so just a few photo.
lama dah aku tak amek gambar.. semua setting dah jadi hancus.
oh i love photography so much..

enjoy the pix









post signature

Wednesday, December 29, 2010

designer



hari nih sehari kat office
kerja akaun aku tak sentuh
semuanya gara-gara 
cubaan nak jadi designer

sebenarnya cita-cita jadi designer
tak pernah ada dalam list aku
kalau peguam tu ada la..
tapi tak berapa nak cerdik pulak
so takleh nak jadi peguam
nak jadi doktor.. kan bau darah
tgk orang luka sana sini.aku naik seriau pulak..
so biarlah aku keje akaun cam sekarang

hari nih pertama kali buat design.
buat design kad kahwin sendiri
tapi photo-photo tu orang lain punya la

hasilnya... biar lah rahsia. ahaks

tungguuu


anyone..just click here.more wedding card to see
cute and exclusive card
http://galerikadkahwin.com.my/

Photobucket

Friday, December 24, 2010

cartoon wedding card -part 2

hari nih sedang aku duk melayan movie
kat office pasal takda kerja sangat
aku survey lagi card kahwin
oh no...
sangat la comel ..

kali nih mmg buat aku pening..

korang tgk la..
sweet cartoon card








oh comel nyer... yang kat bawah nih paling comel

harga kad
2000 kpg : RM 0.60
1500 kpg : RM 0.65
1000 kpg : RM 0.70
0750 kpg : RM 0.90
0500 kpg : RM 1.20

klik here


comel kan..kan kan...
Photobucket

Friday, October 22, 2010

hanyut atau kimia...

ari tu ada terdengar kat radio 
satu lagu best.. fushhh..
sekali dengar dah tahu dah
faizal tahir yang nyanyi .. best giler lagu tu
tapi..haisey.. lupa pulak tajuk dia..

hari nih dalam kereta dengar lagu
siap amek telefon gi record.. 
amek part yang boleh search kat internet nanti

malam aku sibuk search...
jumpa.. yeayy
tapi bila cari kat youtube, 4shared atau segala bagai
takde.. uwaaaaaaaaaa

amek alternative tanya member
bersungguh gak lah member duk cari
pasal dia minat faizal tahir katanya..
sekali.. lagu tu kan kan kan

hahaha.. lagu HANYUT la..
bukan tajuk KIMIA
dem!

malu malu... hahhaa.. aku kemain konpiden je
ingat lagu kimia.. tu lah cari tak jumpa
fushh..

apapun .. utk korang.. dengar kan
aku suka lagu nih..
boo.. sila lah dengar  
lirik dia best
korang cari lah sendiri..
oh yer.. jangan cari KIMIA..
cari HANYUT okeh.

Sunday, October 17, 2010

bertemu ...

lately 
kita banyak bawa haluan masing-masing
hingga kadang-kadang kita terlupa
bahawa kita ada komitment diantara
satu sama lain

mungkin benar cinta jarak jauh itu
banyak dugaan nya
dan itulah yang kita lalui
dalam masa kita cuba mengenali hati masing-masing
kita diuji dengan jarak yang beratus kilometer jaraknya

dalam dugaan yang kita hadapi
kita hampir berputus asa
kerana mungkin tiada kepercayaan
atau mungkin kepercayaan kita masih tidak mencukupi

dunia kita berbeza
dunia kita berlainan cara
namun sebenarnya hanya dengan komunikasi
dan toleransi boleh menjayakannya

perjumpaan tanpa dirancang
merungkai segalanya
sungguh..
saya rindu untuk berada disisi awak
biarpun hanya sekadar melihat
dalam masa yang sama saya bersyukur
kerana saya masih mempertahankan hubungan ini
perhubungan yang saya yakin
mampu untuk kita jayakan..

Allah itu sungguh bermurah hati
mempermudahkan jalan untuk kita
disaat kita berada di kekusutan yang memuncak
mungkin ini kah dinamakan "jodoh"

biar apapun kekurangan saya
belajar la menerima saya
menerima mereka yang berada disekeliling saya
kerana dalam perhubungan ini
mereka sering mendoakan yang terbaik untuk kita

untuk awak
tiada apa yang boleh saya ucapkan
bimbang akan lebih mengguris perasaan kelak
namun cukup la awak tahu 
awak sempurna untuk saya
(p/s: videoclip asal takleh share plak :( )



Saturday, October 9, 2010

doa buat kekasih

masih terbayang-bayang 
pertama kali kita berjumpa
tersipu-sipu malu 
tapi tetap jugak control 

perhubungan kita berjalan dengan baik
kita cuba berkawan dengan cara yang berbeza
melalui maya..
walaupun begitu ianya tidak lah menjadi halangan utk kita
meneruskan persahabatan ini..

dari persahabatan maya
kita berganjak setapak
dimana hati menyatakan bahawa sudah tiba masanya
saya dan awak membuat keputusan
01012010
status saya berubah
saya tahu awak dan saya sudah bersedia 
untuk rasa memiliki dan dimiliki

perhubungan berjalan dengan baik
walaupun adakala nya kita bertengkar
awak terlalu sempurna
awak sentiasa ada disisi saya

kita melangkah jauh lagi ke depan
bersaksikan dua keluarga 
awak datang membawa rombongan merisik
saya gembira kerana saya tahu awak pilihan saya 
pilihan saya yang terbaik

jarak dan masa memisahkan kita
beratus marhalah jauhnya
saya tahu banyak dugaan yang bakal kita tempuhi
tapi saya percaya pada awak
percaya pada perhubungan ini.

dalam masa yang sama saya menghabiskan 
masa bersama-sama rutin dan teman disini
disebalik kegembiraan kita rupanya terpalit juga kedukaan
mungkin silap saya semuanya
kurang memahami awak dari pespektif awak

duri yang tercalar dalam hati awak cuba saya padamkan
agar luka nya tidak terlalu dalam berdarah
tapi saya terlambat sudah
kerana awak mempunyai jawapan sendiri 
atas setiap kejadian yang berlaku...

dengan satu sms.
saya akur.. saya terima.
saya cuba untuk  bertabah
walau saya tahu saya tak akan pernah bisa kuat lagi
terlalu banyak difikirkan.
memikirkan ini satu mimpi..
adalah bukan dalam fikiran lagi..

sedikit demi sedikit 
awak berusaha melupakan saya
saya terima

rupanya benar..cinta tak semestinya bersatu


Thursday, September 23, 2010

dorang datang tengok-tengok

raya tahun nih happening
yang paling happening 
hari raya kedua..
ada makan-makan kat rumah
ramai pulak orang datang..
meriah rumah jadinya..

dorang datang pastu borak-borak
then makan-makan..
pastu dorang tinggalkan barang..
cantik..

cantik kan ?

cantik sangat kan..
sampai berdarah hidung tgk.. huhu..

tapi tu saya punye.. 
(malu saya)

Saturday, September 4, 2010

Saturday, August 28, 2010

sayang.. kicap dah tumpah~

semalam balik kampung
haisey cuti dua hari je..
bengang jer... tapi takpe lah .. 
cuti dua hari pun boleh lah.

cuti dimanfaat dengan baik
balik dengan rombongan photographer kelantan
kami lima buah kereta pandu ke terengganu
ada event gathering di terengganu
aku...
for sure nak balik kampung
jumpa keluarga
jumpa dia
event dengan photog 
aku join sampai sebelum asar je
sempatlah singgah ke seberang marang ngan pantai pandak
untuk amek landscape

lepas asar..
boo datang rumah 
rindu nyaaaaaaaaaaaa
aku bawak qaireen
kami gi bazar ramadhan tanjung
letih jugak bawak budak kecik tu ..berat..

hari nih first time boo datang rumah
berbuka puasa kat rumah
alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
elok-elok makan
prangggg
alamak.. kicap jatuh.. 
ops... kami sengih memandang satu sama lain
nervous agaknya
lepas buka puasa terus sembahyang marghrib.
aku ngan boo keluar
lamanya tak keluar ngan dia..
rindu gile
tapi tak lama..
kuar 830 kami balik 1030..

apapun.. terima kasih sayang 

Saturday, June 19, 2010

doa untuk mu ..sayang.

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin.... 
Photobucket