pagi neh bermulalah tugas mummy
dalam memastikan aisha sentiasa bergerak cepat
seperti biasa mummy akan kejutkan aisha
seawal 6.30 pagi..
mummy kemaskan beg aisha
meletakkan baju persalinan dan tuala
sapu tangan dan air utk aisha bawa ke sekolah
sementara aisha mandi
mummy akan solat dan mengaji
biasanya satu helai sahaja waktu pagi. :D
sebab mummy akan menguruskan aisha
hari nih selepas mummy siap solat dan mengaji
mummy bunyi air aisha masih duk mandi
masa tu jam menunjukkan 6.50
so dah 20 minit aisha mummy
btw dia mmg suka mandi sebab dia suka berangan dalam bilik air
so mummy hampiri bilik air
mummy sound " aisha tak siap mandi lagi????"
suara mummy agak keras
mummy terus tutup lampu
" mummy takmo aisha lambat,
kalau lambat mandi mummy tutup lampu"
aisha meraung-raung dan mempercepatkan mandian
pakai baju pun sama.. lambat sungguh
mummy sound lagi sekali
" aisha kalau lambat pakai baju,
mummy suh aisha gi school tak pakai baju, aisha mau???
cepat aisha cakap, "aisha tak mau"
disebabkan aisha nak cepat
dia lupa amek botol air dan helmet
tapi takpe.. tang tu mummy ambilkan
dan tegur dengan baik.. " lenkali jangan lupa amek helmet dan air"
tang pakai stokin dan kasut
ya Allah itu pun lambat
mummy sound " aisha pakai kasut laju je lambat"
so cecepat dia pakai..
kesudahannya mummy jimat 10 minit dari biasa.
mmmm.. good progress. :)
tapi mummy belum habis disini selagi aisha tak mampu
bertindak laju sendiri
chaiyok chaiyok

comel je kan aisha with helmet :D
salam
so good to be here actually
but lately so busy to write something on blog.
so lets begin the story
sementara masih ada masa terluang kan
9-11 jun mummy bawak aisha ke kedah serta penang
melihat monkey di penang dan naik feri..
tapi itu bukan ceritanya disini.
11hb jun 2013
jadual mummy sangat sibuk bermula seawal pagi hingga petang
mujur encik hero bawak aisha bersarapan
mummy siapkan apa yang patut untuk dibawa ke mesyuarat
lagipun mummy puasa.. biarpun musafir tapi apa la sangat puasa
sekejap ajer masa berlalu..
mummy bawak aisha ke pejabat kwsp dimana sebagai wakil majikan
mummy pergi ngan 2 orang staf dari sana.
so masuk pejabat kwsp, mummy suh aisha duk dediam
maklumlah pejabat awam. mana bleh bising ..
sedang mummy rancak berbincang..
mummy dah dengar suara aisha duk suka-suka.
mummy pusing tapi tak nampak aisha sebab terlindung balik tiang
mummy biarkan aje.. 5 minit kemudian aisha datang bawak 5 ringgit
katanya atuk yang kasik
mummy tak cakap banyak.. terus bgtau " bagi balik"
mummy bukan apa,
mummy taknak aisha terbiasa ambil sesuatu dari orang yang tak dikenali
this world so cruel, my little girl
mummy di bawa jumpa ketua jabatan disitu..
so mummy makin tak nampak aisha.
seb baik satu staff temankan aisha disitu.
after selesai berbincang.. kami keluar dari pejabat awam..
staf mummy kasik tau..
mummy tanya aisha " dah kasik duit tu balik"
simple aisha jawab " dah"
staff yang jaga dia menambah
" dia bg balik duit tu, atok kata amek la bgtau mummy atok kasi suh beli aiskrim"
staff tu dengar aisha jawab
" tak boleh nanti mummy marah, mummy tak kasik amek duit orang.
tapi nanti aisha besar aisha amek la.. "
staff pun tergelak sama kat situ.. satu office gelak. patutlaa mummy dengar bising kat luar tadi
staff yang nama nadia lagi cakap pakcik tu kata
" aisha cerdik, mulut pandai cakap.. "
dalam hati mummy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aisha
bukan mummy tidak mahu aisha ambil
mummy sentiasa bersikap tegas dengan aisha
suatu hari aisha akan faham, dunia ini tidak selalunya manis
tapi sesungguhnya mummy tidak mahu mengajar aisha menerima.
biarlah aisha belajar untuk sentiasa memberi
dan menerima dari mereka yang aisha kenal .
Ya Allah, jadikan anakku, Aisha anak yang soleh dunia akhirat.
sedap kan nama dia..
korang tentu tak kenal sape dia.
ummmm...
sampai satu masa nanti
akan aku perkenalkan pada korang.
tu pun kalau berjodoh la kan.
hek hek hek misteri aisyah.