pertemuan itu tidak dirancang
namun dia hadir dengan senyuman
dunia berputar terasa ligat
terasa ingin terus berdiri memandangnya
dia tercipta bukan untuk sesiapa
dia pemilik hati yang dirantai
sedang aku hanya berdiri
menunggu masa hanya untuk
melihat dia tersenyum lagi
betapa cepat masa berlalu
terasa semakin singkat masa bersama
semakin hari semakin rindu
namun dia hanya.. memandang pilu.
hadiahkanlah senyuman itu
untuk menceriakan keresahan hatiku
jangan hanya memandang kosong padaku
kerana aku sudah letih menunggu
dia tidak pernah menjadi yang pertama
namun dia juga bukan yang terakhir.
kerana dia bukan milikku...
mungkin kerana itu. dia tidak pernah lagi memalingkan muka padaku
(p/s: dulu aku suka tulis jiwang-jiwang..perasan cam madah cinta la.. kah kah wat malu jek)
(belek-belek document lama.. ada lagi dalam notepad.. aku upload kat sini la. ahaks)
(sajak weii sajak ... geli pun ada..ahaks..)
2 surat cinta ♥ :
silap orang niiiiiiiiiiiiiii..hahahha, minah karat jugak ropenye!!!!
ces!
ahhahaa...
hak lama-lama dolu-dolu.
Post a Comment