Monday, July 23, 2012

jangan laaa. jangan!


aku kira dah lama tak hupdate belog
sebab skrg nih busy benor dengan kerje yang berlambak
lagi bulan puasa neh..
kerja sama je banyak.. cuma energy skit kurang
apapun setakat ari neh.
kiraan puasa aku cemerlang..
yang tak berapa nak cemerlang.. selalu tak sempat berterawih
belom ada kesempatan..
insyaalllah..

alhamdulillah tahun neh berkesempatan
bersahur dan bukak puasa dengan famili
pergghhh bukan senang nak dapat masa camtu
walaupun serba sederhana..
tapi perut terasa kenyang yang amat
buat bekalan kerja malam. huhu tapi bukan tu aku nak citer kan

teng teng.. cerita sebenar
jeng jeng jenggg ( sedikit suspen disitu :p )

akceli aku neh peseng bawak kereta lelaki
eh eh bukan.. bawak kereta lelaju
sian nurkasih ( nama kete aku )

kadang-kadang bila nampak kemalangan masa dijalan
aku datang insaf kejap.. terus bawak nurkasih seslow untuk setengah jam pertama
pas dari tu dia start balik dah... hadoiiiii
bukan nak berlagak ke aper.. bukan nak kasitau aku je ada kete
cuma kalau bawak seselow aku ngantuk..
aku dah ler drive sengsorang.. so kekdahnya mengantuk
lagu disko dung dang dung dang aku kuat aku pasang pun
time bawak nurkasih slow sure aku tetap mengantuk.

tapi tu bukan cerita aku nak cerita yang sebenarnya..
ahahahhahahaa ( sila jangan alih pandangan anda dr screen itewww)

yang sebenarnya ( bukan lagu yuna)
aku selalu berdoa bila aku naik kereta
aku takkan langgar kucing..
huhhuhu. tak tahu kenapa!
lepas doa jangan langgar kucing.. baru doa..
semoga perjalanan aku selamat pergi dan balik..
sebenarnya hati rasa sayu nengok binatang kena langgar atas jalan
tapi aku paling syahdu tengok kucing..
terus teringat kekucing aku yang shantek iteww
so aku berharap seumur hidup aku
aku takkan langgar kucing..
biarlah aku langgar siput babi, ulat gonggok atau semut je.
asalkan bukan kucing!
( siyes takleh bayangkan kalau aku yang langgar)
mau trauma aku tak leh bawak kete!
:'(

untuk anda diluar sana!
sila sayang kucing.. sila jangan tendang kucing
kalau aku nampak ko tendang, aku tendang punggung ko!!

arghhhh aku emosi
okayla tata!

post signature

Monday, June 25, 2012

kibod baru

keh keh.. arini ada mood menulis 
sebab hari nih i beli keyboard ipad yang baru 
kehkeh 
setelah seia lama duk tekan touchsreen
 akhirnya aku give up makanya tadi aku beli kibod ipad yang comel..
 sila jeles.
 gambar???? nak gambar?
 lenkali lenkali ler upload skrg mood nak nulis je.
 huhu..okla lapar plak. masakla plak. :D tata!
post signature

Friday, June 22, 2012

Dejavu di Kinabalu | Summer Scent


oh aqasha datang lagi
kali nih dengan tiz zakyah..

semua orang duk sebok citer neh
aku pun turut serta.. hadoiii
selalu nak terbabas maghrib. isk isk
insap lin insap

btw aku kasi copy paste sket sinopsis dia


Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.

Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?

pendapat aku!!
aha! aku suka citer neh sebab aqasha best
tiap kali berlakon je dia mmg best 
akceli bila aku nengok citer neh dan sinopsis dia
cam filem korea yang pernah aku tengok 
aku siap beli cd tuuuu. wkakakaa. 
mau tak beli. hero neh time tu top 
keh keh keh
apapun gini la rupanya 
citer " summer scent"
lagi sekali aku copy paste la sinopsis dia

Yoo Min-woo adalah seorang pemuda yang sudah tidak percaya akan cinta, setelah tunangnya, Eun-hye meninggal akibat kecelakaan menjelang pernikahannya. Namun, semuanya berubah saat ia bertemu dengan Shim Hye-won, gadis yang memiliki masalah pada jantungnya. Pertemuan yang terjadi di lokasi pegunungan tersebut membuat Yoo Min-Woo mula keliru kerana Hye-won memiliki banyak persamaan dengan tunangannya yang telah tiada, sehingga Min-woo merasakan gadis itu adalah reinkarnasi dari Eun-hye. Hye-won juga merasai hatinya kerap bergetar saat melihat pemuda itu. Mendapati dirinya sudahpun bertunang, Hye-Won sering mengelakkan diri dr berjumpa Min-Woo namun atas urusan kerja, mereka bertemu semula.

aha!! 
cam sama kan????? ahakss!
apapun layannnnnnnnnnn! sebab citer neh best!
sangat best!
bezanya cuma mungkin yang suka pada pelakon lelaki tu dalam citer korea neh adik dia
bukan akak dia macam citer dejavu di kinabalu..

apapun kita saksikan kesudahannya!!

.post signature

Thursday, June 21, 2012

musim spain dan england tiba lagi!

aha! jumpa lagiii
dah bersawang dah belog beta!
sebelum beta lupa password blog beta
baik beta rerajin buka belog..
bukannyer tak biasa tak ingat password.
keh keh keh

well sekarang musim bola
beta cam biasa la
sokong england ngan spain
bukan kerana apa..
sebab deme ramai yang semat bukan semakk
ahhahaa oh kidding!

dorang main beta suka..
suka tang mane tak tahu la beta
(tetiba statement depa smart tu.. macam betol)
akceli zaman david bekem lagi beta suka england
walaupun asik kalah tapi beta totap sokong
bekem pun dah tak main agi..
agak tak best tapi beta sokong jugak..

perghh spain!
giler beta tak minat spain
cesc pebegas tu.. torehhhh tuu..
haiseyy.. iker casilas tu
david villa je tak main..
idola beta tak main.. agak tak best
tapi beta tetap sokong

hari bila games england ngan spain
beta gi keje selalu lambat
mata dah cam panda.. seb baik menang
tak sesia beta beli jersey. hahhaaa

amacam semangat tak??
kah kah sila jeles!!!!
post signature