Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya aidilfitri

kepada semua blogger
kengkawan yang aku kenal
kengkawan yang ada melepak kat blog aku

aku ucapkan.. 
selamat hari raya aidilfitri
semoga syawal membawa seribu keberkatan
dalam hidup kita ..

maaf zahir dan batin..
atas segala keterlanjuran
terkasar bahasa
termengumpat
ter'emo dengan tiba-tiba
ter naik angin dengan sengaja

mintak maaf lah yeeee...~

balik kampung ~

misi esok
siapkan semua kerja..
ejas staf mana yang patut..
buat semua kerja.. hingga siap

pack semua pakaian..dan kelengkapan
kuih raya ,, hadiah raya..
utk balik kampung ...

yeayyyyyyyyyyy
balik kampung nih esok
haishhh tak sabar-sabar aku nak balik kampung
nak beraya. haisey. best nyer..

baju raya lupa pulak tanya siap ke tak
kalau tak siap.. menangis tak berlagu la aku..
mai aku gi amuk satu kampung..
esok nak kena call.. tukang jahit..

halamak.. excited lebih nih..
malam nih my boo balik dari kl ke trg..
semoga perjalanan dia selamat sampai ke destinasi.
amin..
looking forward,b

selamat hari raya korang...


Saturday, September 4, 2010

china trip

30hb Ogos 2010
berangkat ke kuala lumpur
sempat berbuka puasa di renaissance hotel
keh keh boss belanja
sempat jugak gi tengok wayang 
citer phua chu kang ..
keh keh . cam takder cerita lain

31.hb Ogos 2010
penerbangan ke Guangzhou
seawal jam 5.00 pagi
meleleh nunggu kat airport.. haisey
tapi mujur tak delay
penerbangan tu 4 jam je.. 
so tidor je lah lam flight~
orang nak ke guangzhou tu ramai benor..
haishhh...
sampai di guangzhou terus ke hotel..
apalagi sambung tido dulu la..

sepanjang berada di guangzhou..
cuaca panas tapi boleh tahan lagi laa
debu banyak sebab dikhabarkan
kerajaan China bagi peruntukan utk semua pemuliharaan semula
bandar yang berdekatan jalanraya bagi imej Asean Games 2010
wah bagus betul kerajaan China

hari nih tak start keje lagi..
so sempat ke Beijing Lu..
mencari apa yang patut.. souvenier tapi tak lama pun
pasal dah lewat 
malam.. pi naik bot. arghh boring pulak naik bot
pasal sebelum nih dah naik. dahtu balik le.. tidor kat hotel

1hb ogos 2010 
meneruskan kerja.. terus ke haiyin
utk cari peralatan yang diperlukan
mau satu haiyin tu aku redah
pasal tak jumpa kedai bangshi tu
benci betul..berpeluh-peluh ketiak aku
mencikkk..
seharian duk kat situ.. hadoiii.. 
penim dengar dorang cakap mandarin.
certain part je aku paham
haiseyy

2hb Ogos 2010
masih lagi bekerja 
mencari barang-barang utk dibawa balik..
jenuh gak la. takder per yang menarik la..
dahtu sempat ke TeeMall.
tak best mane pun
pasal barang mahal..so shopping mata je laaa..

3hb Ogos 2010
yeayy... nak balik mesia dah..
sebelum tu sempat lah melilau kawasan shang yiu
tapi tak lama..

kul 5 dah gerak gi airport..
malam kul 2030.. balik mesia.. hoyehhh...
tapi flight tu lambatnye laaaa
aku kat flight membaca je laa
excited nak balik 

sampai mesia dalam kul 2 lebih gak
pasal lambat tu
alhamdulillah !
bye-bye Guangzhou
(p/s : takde sms, call , mms, misscall ... mmm.. baiklah !)